1.0 PENGENALAN
Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan. Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Yang demikian, kita akan melihat keempat-empat jenis kemahiran berbahasa ini, perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selain itu, kita juga akan melihat apakah yang disebutkan dengan kemahiran bernilai tambah sebagai pengetahuan tambahan dalam menghasilkan kualiti pengajaran yang tinggi dan berkesan. Bagi memastikan pengetahuan terhadap kemahiran bernilai tambah ini benar-benar diperolehi dan dikuasai, pelaksanaan amali pengajaran menggunakan kemahiran ini akan dilaksanakan. Akhirnya pula, berdasarkan kepada pengetahuan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa yang kita bincangkan sebelumnya, kita akan memilih salah satu daripada kemahiran tersebut dalam mengajar murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran.
2.0 KEMAHIRAN BERBAHASA
Seperti yang kita ketahui bahawa, kemahiran berbahasa itu merupakan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam penguasaan bahasa yang mana meliputi tiga kemahiran iaitu kemahiran lisan mendengar dan bertutur, membaca dan menulis seperti yang dapat lihat dalam rajah 1 berikutnya.
KEMAHIRAN BERBAHASA |
Kemahiran Lisan ; mendengar dan bertutur |
Kemahiran Menulis |
Kemahiran Membaca |
Rajah 1 : Kemahiran-kemahiran berbahasa
2.1 Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level). Penguasaan terhadap kemahiran ini amat penting dalam aspek kemahiran berbahasa kerana merupakan kemahiran paling asas dalam kemahiran berbahasa. Justeru, kita akan melihat apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran mendengar ini dan beberapa lagi aspek tentang kemahiran berbahasa.
2.1.1 Definisi kemahiran mendengar
Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan seseorang memahami apa yang didengar dan melakukan tindakbalas yang sesuai. Chuah (1987) menyatakan dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.
Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati, mendengar dengan menjiwai apa yang didengar kerana daripada situlah timbulnya celik akal. Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan mencapai tahap nirwana kendiri, yang akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan keupayaan dan intelektual secara maksimum dalam proses pembelajaran. Mendengar adalah perbuatan yang menggunakan organ bersama- sama dengan saraf pendengaran di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya proses pendengaran dapat dilakukan dengan betul.
2.1.2 Peringkat kemahiran mendengar
Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar iaitu kemahiran permulaan, kemahiran pertengahan dan kemahiran peringkat maju.
Kemahiran-kemahiran permulaan peringkat kemahiran mendengar ialah mengecam bunyi, mengajuk bunyi, memilih bunyi yang kasar atau bunyi yang indah, mendengar dan menyebut perkataan, ayat, dan rangkai kata, mengecam makna perkataan, melakukan sesuatu yang diminta atau disuruh, menjalankan perintah dan permintaan, bertindak terhadap soalan yang mudah, memadankan perkataan dan ayat dan mengingati perkataan dan ayat yang mudah secara tepat.
Kemahiran mendengar peringkat pertengahan meliputi kemahiran-kemahiran mengecam dan mengingati fakta dan butiran secara terperinci, mengenal maklumat khusus, mengenal urutan, mengenal sebab-sebab dan akibat, mengenal situasi ( perhubungan orang yang berinteraksi )dan mengenal sikap dan perasaan oang yang bercakap dan sebagainya.
Kemahiran-kemahiran peringkat maju ialah mengenal isi-isi penting, mengetahui fungsi-fungsi tekanan, mencari jalan mengatasi masalah yang didengar, mengikuti aliran dalam dialog atau perbualan dan mentafsirkan tujuan penutur dan menggunakan pelbagai struktur nahu.
2.1.3 Aktiviti kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar bersesuaian dengan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang pertama iaitu setelah akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu murid dapat mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan formal.
Aktiviti pula ialah salah satu perkara yang penting untuk memastikan murid-murid telah dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik. Dalam kemahiran mendengar juga terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau meningkatkan tahap kemahiran mendengar setiap pelajar. Antara contoh aktiviti yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut perkataan. Pelajar mendengar guru menyebut perkataan. Seterusnya pelajar dikehendaki mengulangi perkataan yang disebut oleh guru berulang kali. Misalnya jika guru menyebut perkataan ladang, padang, lantai, pantai, lali, lori, galah atau kalah, pelajar juga perlu mengulang dan menyebut perkataan yang sama dengan guru. Hanya pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik dapat mengulangi perkataan yang disebut oleh guru. Aktiviti latih tubi pemintal lidah juga boleh dilakukan kepada para pelajar.
Pelajar diuji untuk menyebut perkataan yang hampir sama sebutannya berulang-ulang kali. Ayat yang dibentuk berasaskan perkataan tersebut mestilah bermakna untuk memaksimumkan kesannya. Contoh- contoh ayat pemintal lidah ialah pandang tandan depan padang, dari darah dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah, berat beras dua belas kilo dan tulang temulang di atas belulang.
Aktiviti yang lain ialah memadankan perkataan dengan gambar. Murid diberi kertas edaran yang mengandungi beberapa set perkataan yang mempunyai sedikit perbezaan bunyi dalam suatu set perkataan. Guru menyebut perkataan itu dan murid diminta memadankannya dengan gambar berkenaan. Contoh aktiviti tersebut adalah seperti berikut :
Arahan kepada murid : Bagi tiap-tiap soalan kamu akan mendengar tiga perkataan. Tuliskan huruf-huruf A, B atau C dalam ruangan di bawah gambar yang sesuai.
Soalan 1 :
A = buku, B = kuku, C = duku
Rajah 2 : Gambar buku, kuku dan duku
Disamping itu, aktiviti mendengar untuk memahami dan melakukan tindak balas juga boleh dilaksanakan. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan dengan , antaranya ialah :
I. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas.
II. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih lama.
III. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan
2.2 Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran kedua dalam aspek kemahiran berbahasa. Kemahiran ini dikuasai dan dipelajari selepas seseorang kanak-kanak berjaya menguasai kemahiran mendengar. Kemahiran ini dikatakan sebagai dikuasai selepas menguasai kemahiran mendengar kerana kedua-dua kemahiran lisan ini mempunyai kolerasi antara satu dengan yang lain. Hal ini kerana, jika seseorang kanak-kanak itu tidak berjaya menguasai kemahiran mendengar bermakna dia tidak dapat mengetahui tentang bahasa yang digunakan. Sekali imbas, dapat ditafsirkan kemahiran bertutur ini sebagai kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang kemahiran ini, kita terus melihat aspek-aspek kemahiran bertutur ini.
2.2.1 Definisi kemahiran bertutur
Menurut Nor aina dani (2007), satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Nor aina dani (2007), pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur dipengaruhi aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.
2.2.2 Objektif Bertutur
Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di sekolah, kemahiran bertutur diajarkan kepada murid-murid bagi membolehkan murid-murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan betul dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat. Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid:
Menyebut dengan jelas
Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi
Menunjukkan arah
Bertemu ramah
Memberikan penerangan dan memberi alasan
Membina soalan untuk mencari maklumat
Bertukar-tukar pendapat dan maklumat
Melaporkan peristiwa dan member sesuatu huraian dengan tepat
Bertutur secara bertatasusila
Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi
2.2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi Pertuturan
Faktor utama yang mempengaruhi pertuturan kanak-kanak ialah faktor kecerdasan yang mana kanak-kanak yang cacat otaknya selalu mempunyai pertuturan yang tidak sempurna. Kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lembab bercakap didapati lebih lewat kecerdasannya berbanding dengan kanak-kanak yang cepat bercakap. Ini membuktikan bahawa kanak-kanak yang rendah tahap kecerdasannya akan mengalami kesukaran untuk bertutur dengan baik.
Faktor kedua ialah faktor kesihatan yang bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap. Selain itu ialah faktor fizikal yang mana pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik.
Di samping itu ialah faktor taraf sosioekonomi iaitu kajian tentang penguasaan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak daripada keluarga atasan dan pertengahan didapati boleh menguasai bahasa dengan lebih cepat dan lebih baik dariapda kanak-kanak keluarga bawahan. Semakin tinggi taraf ekonomi sesebuah keluarga, semakin tinggi pula taraf penguasaan bahasa ahli-ahli keluarganya. Seterusnya ialah faktor jantina yang mana melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanakkanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.
Akhir sekali ialah faktor dwibahasa iaitu kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Kanak-kanak yang mempelajari bahasa kedua sering menemui kesulitan. Ini kerana penguasaan bahasa pertama atau bahasa ibunda selalu menggangu bahasa yang dipelajari itu. Sistem nahu dan sebutan bahasa ibunda iti tidak sama dengan sistem bahasa sasaran dan ini menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa tersebut.
2.2.4 Aspek-aspek pertuturan
Terdapat beberapa aspek penting yang harus kita beri perhatian dalam kemahiran bertutur. Antaranya ialah sebutan, tekanan, mora, jeda, intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran dan juga laras bahasa.
Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus menyebut dengan betul
mengikut bunyi, ejaan dan makna. Tekanan pula adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan.
Mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan 'harakat' dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas dalam Bahasa Melayu dan kalau ada pun ia tidak membezakan makna. Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam Bahasa Inggeris dan Arab. Unsur ini disebut juga sebagai persendian. la digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat yang diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa makna yang berbeza jika ia digunakan.
Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. la kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang
dituturkan. la boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang menurun. Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam Bahasa Cina.
Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. La terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan, walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan. Kelancaran bermaksud murid-murid boleh bertutur atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung
Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur dan lancar tetapi mereka juga boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayatayat yang dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka boleh bercakap seperti seorang penutur jati yang terpelajar. Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-murid boleh menggunakan bahasa itu untuk tujuan-tujuan
berkomunikasi secara berkesan.
2.2.5 Peringkat kemahiran bertutur
v Melafazkan pengucapan bertatasusila. v Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar. v Menyoal untuk mendapatkan maklumat . v Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi. v Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu. v Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. v Memberi arahan. v Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya. v Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar. |
Peringkat Pertengahan |
Peringkat Awal |
v Membuat deskripsi tentang objek atau gambar v Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri. v Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa. v Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu. v Membaca iklan dan peraturan-peraturan. v Memberi ucapan pendek dan mudah. v Mengambil bahagian dalam perbualan mudah. v Memberi komen secara mudah. v Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah. |
Peringkat Maju |
v Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya. v Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. v Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog. v Bertanya untuk mendapatkan maklumat. v Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan. v Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat. v Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan). v Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain. v Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan. v Mendeklamasi puisi. |
Rajah 3 : Peringkat-peringkat kemahiran mendengar
2.2.6 Pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur
Dalam pemilihan bahan untuk mengajar kemahiran bertutur, seseorang guru boleh memilih alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kriteria seperti yang berikut iaitu bahan yang sedia ada, kesesuaian dengan objektif pengajaran dan keberkesanannya.
Alat atau bahan bantuan mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu yang pertama ialah guru, murid dan bilik darjah. Gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran, misalnya ; guru menaikkan dan menurunkan tangan kanan atau menggerakan kepala bagi menunjukkan perbezaan intonasi dalam pertuturan ; guru menunjukkan cara membunyikan sesuatu sebutan ; dan, guru menggunakan papan tulis untuk mencatat perkataan atau frasa yang perlu digunakan oleh murid apabila berrtutur.
Kedua ialah objek sebenar iaitu objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan bahan pengajaran yang berkesan, untuk membolehkan murid ; mengaitkan konsep dengan bunyi, contohnya, bunyi pelbagai kenderaan, mergastua dan air dengan menggunakan alat audio seperti radio dan pita rakaman ; mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku. Contohnya, pertuturan sekumpulan manusia di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar. Contoh ini boleh dutunjukkan atau didengari melalui alat audio dan visual seperti television, vedio, filem dan transperansi ; dan, bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahan yang boleh digunakan secara kreatif sebagai bahan bertutur.
Akhir sekali ialah penggunaan gambar yang mana guru digalakkan mempunyai fail untuk menyimpan gambar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bertutur. Sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri boleh digunakan sebagai bahan ransangan untuk murid-murid bercerita, berlakon, berpuisi dan berdialog. Gambar-gambar yang digunakan hendaklah sesuai dari segi saiz, terang dan jelas.
2.2.7 Aktiviti-aktiviti bertutur
Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah atau temu bual dan lain-lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk aktiviti yang membolehkan murid-murid mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling dekat dengan situasi kehidupan sehari-hari. Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri prosodi dapat dipratikkan. Aktiviti-aktiviti di atas bolelah dijadikan ransangan atau model aktiviti lisan sebagai aktiviti lanjutan di dalam kelas.
Salah satu contoh aktiviti yang dipilih bagi kemahiran bertutur ini ialah aktiviti berbual. Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu tajuk. Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru tersebut, oleh kerana itu bolehlah guru menyusun atau meminta murid-murid sendiri memilih kawannya. Dalam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri yang menceeritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain mengikut tajuk yang telah ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan menceritakan semula apa yang telah diceritakan oleh rakan bualannya itu. Ketika murid bercerita, guru menyusun strategi. Antara strategi yang boleh guru laksanakan ialah pertama, guru boleh menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam perbualan itu dan yang kedua, pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya guru merancang tajuk dan tajuk itu disebut oleh murid, guru bolehlah kemukakan soalan yang boleh menerbitkan tajuk yang dirancangkan itu Contohnya aktiviti perbualan tersebut ialah seperti berikut :
Tajuk : Pekerjaan bapa saya sebagai Ketua Pejabat Pos
Langkah pelaksanaan adalah seperti berikut :
i) Kemukakan beberapa soalan yang boleh menerbitkan hal-hal yang berkaitan dengannya. Misalnya, gelaran atau panggilan kepada pekerja di bahagian-bahagian tertentu seperti posman, kerani, penjual setem, juruwang, penerima bungkusan dan lain-lain lagi.
ii) Guru siapkan juga benda-benda yang diperlukan ada di pejabat pos seperti setem, bungkusan-bungkusan, surat, gam, buku simpanan wang, borang telegram dan sebagainya.
iii) Guru boleh membina sebuah pejabat pos olok-olok di dalam kelas misalnya ;
v Letakkan semua label di kaunter-kaunter yang berkenaan, seperti setem, telegram, bungkusan dan lain-lain.
v Letakkan murid sebagai pekerja di tiap-tiap kaunter.
v Tetapkan murid-murid yang akan memegang paranan sebagai pembeli, penghantar surat, penghantar bungkusan dan sebagainya.
v Tetapkan perbualan-perbualan yang dikehendaki contohnya:
· Minta beli setem
· Bertanyakan harga setem
· Minta borang telegram.
· Hendak menyimpan wang
iv) Perkenalkan barang-barang yang hendak digunakan itu seperti setem dengan harga-harganya( misalnya 5 sen, 10 sen, 20 sen, 75 sen, RM 1.00) dan seterusnya setakat yang sesuai dengan pengetahuan membilang dan mengenal angka yang telah sedia ada pada murid-murid.
v) Bincangkan bentuk dan ragam ayat yang digunakan.
vi) Daftarkan di papan hitam atau kad imbasan perkataan-perkataan yang diperlukan dalam aktiviti yang akan dijalankan.
vii) Mengadakan latihan menggunakan ayat-ayat yang hendak digunakan di dalam aktiviti itu.
viii) Menggunakan ayat-ayat di atas dalam situasi sebenar di pejabat pos tadi.
ix) Minta tiap-tiap orang murid yang telah mengambil bahagian tadi menceritakan semual apa yang telah dibuatnya di pejabat pos sebentar tadi.
x) Guru boleh bersoal jawab dengan murid-murid lain yang mengambil bahagian tentang apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan mereka sebentar tadi.
xi) Guru boleh menyediakan dialog pendek sebagai ransangan pelajaran lisan untuk aktiviti selanjutnya.
2.3 Kemahiran membaca
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Selain itu, penguasaan kemahiran membaca juga akan dapat membantu dalam menguasai kemahiran menulis. Kita terus sahaja melihat kepada apa yang disebutkan sebagai kemahiran membaca ini.
2.3.1 Definisi kemahiran membaca
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”, membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara.Membaca juga bermaksud menyuarakan tulisan,mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Menurut Kamarudn Hj. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”, konsep kemahiran membaca pula mengikut fahaman dahulu,membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara.Seseorang murid akan dianggap pandai membaca jika mereka boleh menyuarakan tulisan dengan walaupun tidak faham lagi isi yang dibacanya
Namun begitu,mengikut pendapat Pumfrey (1977) di dalam buku Pengajian Melayu 1:Ilmu Bahsa dan Kecekapan Berbahasa membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik;iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca,tetapi ia adalah lebih daripada itu. Pumfrey menyatakan membaca ialah satu proses pemikiran yang membina. Ini bermaksud dengan membaca seseorang itu mesti dapat membina kebolehan menilai,mengulas dan mngkritik apa sahaja yang dibaca dengan tepat,memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling,membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif.Psikolinguistik kognitif menolak kefahaman dahulu yang menyatakan bahawa membaca adalah satu aktiviti mengenal kata-kata dengan cara menyembunyikan(dalam hati) dan kemudian menarik maksud kata-kata itu.
2.3.2 Tujuan Membaca
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”, tujuan membaca mempunyai dua bahagian iaitu tujuan serta-merta dan tujuan lanjut. Tujuan serta-merta membolehkan murid-murid membaca dan memaham perkara yang dibaca.Boleh membaca bermaksud boleh membaca dengan cepat,tidak teragak-teragak,boleh membaca dengan serta-merta dan tidak payah mengambil masa yang amat panjang.Boleh memaham pula bereti boleh menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca.Ini bermaksud murid-murid memberi buah fikiran mereka sendiri,menggunakan perkataan-perkataan sendiri untuk menyatakan apa yang dibacanya.
Manakala, tujuan lanjut pula sebagai alat penambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah.Ini bermaksud tanpa pembelajaran daripada guru murid-murid masih boleh menyambung pelajaran dengan banyak membaca. Boleh dikatakan tujuan lanjut ini bermaksud seseorang murid itu akan meneruskan amalan membaca untuk mendapat ilmu pengetahuan.
2.3.3 Peringkat-peringkat kemahiran membaca
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”, kemahiran membaca terdapat lima peringkat iaitu:
a) Peringkat menyediakan murid.
b) Peringkat mendirikan asas.
c) Peringkat melatih membaca dan memaham.
d) Peringkat melatih membaca untuk menghiburkan hati dan juga untuk mencari pengetahuan.
e) Peringkat membina dan meperkukuhkan sikap gemar membaca.
2.3.4 Jenis-jenis Kemahiran Membaca
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”, terdapat dua jenis bacaan di dalam kemahiran membaca iaitu bacaan bersuara( bacaan mekanis) dan bacaan senyap (bacaan akaliah). Bacaan bersuara bermaksud bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang,dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan.Selain itu,ia juga disebut sebagai membaca oral,membaca ulat dan membaca nyaring. Tujuan bacaan mekanis ini diperkenalkan untuk membolehkan murid-murid membaca dengan lancar,cekap dan pantas dengan diiringi sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Cara melaksanakannya guru haruslah memberi satu petikan dalam satu masa tertentu untuk bacaan,sesuai dengan kebolehan dan umur murid-murid.
Bacaan akaliah/senyap iaitu bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengelurkan suara.Ia juga disebut sebagai membaca di dalam hati.Membaca senyap ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktirafan mata dan ingatan. Tujuan bacaan senyap untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca sendiri dan memahami apa yang dibacanya.Ini juga untuk melatih mereka supaya dapat membaca secara senyap dan pantas. Cara melaksanakannya pula bahan-bahan yang disediakan haruslah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.
2.3.5 Aktiviti Kemahiran Membaca
Aktiviti 1: Buat Seekor Ulat Buku
Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’.
Aktiviti 2: Rakan Membaca
Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.
Aktiviti 3: Mendirikan Satu Program Membaca
Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.
Aktiviti 4: Menghayati Puisi
Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.
Aktiviti 5: Khemah Membaca
Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan di akhir kursus.
2.4 Kemahiran menulis
Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunkasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan dan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi. Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain. Di sini, kita akan melihat beberapa aspek tentang kemahiran menulis iaitu dari segi definisi, jenis, peringkat dan contoh aktiviti dalam kemahiran menulis.
2.4.1 Definisi
Menurut Chomsky (1957), tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Hall (1968) pula menerangkan bahawa tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi dan merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Bahasa yang tersusun yang berupa rangkai kata dan ayat. Menulis berkait rapat dengan membaca.
Marohaini Yusoff (2004) menjelaskan bahawa menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa dengan tujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca. Beliau menambah yang mana menulis juga ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita buat semasa bercakap. Dalam hal ini, kita dapat memahami bahawa tulisan merupakan satu bentuk pelahiran perasaan yang kita hasilkan atau keluarkan. Dalam maksud lain, apabila kita menyatakan sesuatu melalui pertuturan ataupun perasaan serta pemikiran kita, pertuturan, perasaan dan pemikiran tersebut dizahirkan atau diungkapkan dalam bentuk lambang-lambang tulisan.
Kesimpulannya, tulisan merupakan lambang-lambang bunyi bahasa yang dipindahkan ke dalam bentuk grafik untuk melahirkan perasaan.
2.4.2 Jenis-jenis penulisan
JENIS-JENIS PENULISAN |
Penulisan Mentalis |
Penulisan Mekanis |
Rajah 4 : Jenis-jenis penulisan
Chomsky (1957) menjelaskan bahawa kemahiran menulis secara kasarnya terbahagi kepada dua iaitu secara mekanis dan secara mental iaitu pelahiran seperti yang dapat kita lihat dalam rajah di atas. Harus dikuasai supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran ini ialah latihan pergerakan tangan,otot dan jari atau membuat garisan,bulatan,segi-segi dan sebagainya, tunjukkan cara pergerakan tangan,menulis di pasir dan di papan tulis, bermain dengan benda-benda seperti plastisin, menyusun benda-benda dan melatih menulis huruf dan perkataan, mengawasi tulisan murid tentang bentuk,jarak,saiz,kekemasan dan kebersihan, melatih menulis cepat,jelas dan senang dibaca dan melatih menulis dengan cantik.
Menurut Chomsky (1957) lagi, jenis kemahiran ini biasanya dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis yang mana banyak melibatkan mental. Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis ini ialah latihan pernyataan fikiran atau pendapat, latihan pernyataan perasaan, latihan pernyataan kehendak dan latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli.
2.4.3 Peringkat-peringkat kemahiran menulis
Menurut Chomsky (1957), peringkat-peringkat kemahiran menulis dapat dibahagikan kepada tiga iaitu peringkat pra tulisan, tulisan mekanis dan tulisan kreatif. Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda
tersebut. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut iaitu, melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung, menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa, melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan, melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda
tersebut. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut iaitu, melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung, menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa, melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan, melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.
Chomsky (1957) menambah, peringkat tulisan mekanis berlaku setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta. membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil atau sempit. Akhir sekali ialah peringkat penulisan kreatif iaitu peringkat yang merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk membina ayat, mengarang cerita, mengarang pantun, sajak, teka-teki dan menulis surat kiriman.
2.4.4 Jenis-jenis kemahiran menulis
Jenis kemahiran menulis yang pertama ialah kemahiran menulis secara terkawal. Dalam jenis kemahiran menulis ini, karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam kemahiran menulis secara terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa. Contoh aktiviti bagi jenis penulisan ini ialah seperti berikut iaitu mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan dan menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap.
Jenis kemahiran menulis yang kedua ialah kemahiran menulis secara separa terkawal yang mana karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan. Contoh aktiviti bagi jenis kemahiran menulis ini ialah menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataan-perkataan lain yang telah disediakan.
Jenis kemahiran menulis berikut ialah kemahiran menulis secara berpandu iaitu satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru. Contohnya ialah menulis semula cerita/petikan yang dibaca, menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk dan menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya. Seterusnya ialah kemahiran menulis secara separa berpandu iaitu penulisan yang mana merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau panduan guru. Contoh aktiviti ialah seperti menulis semula cerita yang diperdengarkan, menyudahkan cerita, menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal, menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan dan menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.
Akhir sekali ialah jenis kemahiran menulis bebas yang mana jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas seperti berikut iaitu naratif : cerita, berita, laporan, rencana, ulasan ; argumentative : bahas, perbincangan, kritikan ; deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan ; kreatif: puisi, cerpen, drama ; dan, imaginatif : pengalaman
3.0 PERKAITAN FALSAFAH PENDIDIKAN DAN OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan atau juga dikenali sebagai FPK dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan antara dua dokumen yang menjadi sumber rujukan dalam pendidikan negara kita. Dalam kata lain, kedua-dua dokumen ini menjadi asas kepada sebarang pelaksanaan program pendidikan dalam negara kita selain menentukan bentuk dan sistem pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara kita. Kedua-dua dokumen yang merupakan menjadi sumber rujukan ini adalah dokumen yang sangat penting bagi sistem pendidikan negara kita. Dengan yang demikian, kita akan melihat kedua-dua dokumen ini dari segi konsep dan pernyataan yang terkandung di dalamnya. Setelah itu, kita akan melihat perkaitan pernyataan yang terkandung di dalam kedua-dua dokumen ini.
3.1 Falsafah pendidikan kebangsaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat , dan negara.
Daripada apa yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, kita dapat memahami bahawa pendidikan dianggap sebagai wahana dalam mempertingkat dan memperkembangkan potensi dalam kalangan murid-murid. Dalam memperkembangkan potensi tersebut, individu yang ingin dibentuk mestilah seimbang dari semua segi seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Tunjang utama yang menjadi asas dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini ialah kepercayaan kepada tuhan. Kepercayaan kepada tuhan ini penting bagi memastikan seseorang individu dipandu dengan nilai-nilai dan etika yang baik dan murni. Dengan yang demikian, individu yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan tinggi akan dapat dibentuk dan memberikan sumbangan terhadap pembangunan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
3.2 Objektif sukatan pelajaran
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bahawa pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :
i. mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
ii. bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;
iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;
vi. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;
viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;
ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan
x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.
3.3 Perkaitan Falsafah Pendidikan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, huraian sukatan pembelajaran telah digubal bertujuan untuk memberi panduan dan membantu para guru dalam melaksanakan pembelajaran yang berkesan.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari tahun 1 hingga tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.
4.0 KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Sebenarnya, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan pelbagai kemahiran agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berdasarkan kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam huraian sukatan pelajaran sekolah rendah dan falsafah pendidikan kebangsaan. Salah satu jenis kemahiran yang ditekankan ialah kemahiran bernilai tambah yang mana merupakan aspek yang sangat utama dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah merujuk ‘dunia sebenar’ seseorang pelajar. Kemahiran ini yang merangkumi pelbagai subkemahiran di bawahnya dapat membantu meningkatkan keupayaan atau potensi pelajar daripada segala aspek. Sungguhpun semua kemahiran ini wajar diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran, namun, guru masih tidak dapat menggunakan kemahiran ini sepenuhnya. Di sini, kita akan melihat apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran bernilai tambah itu dan subkemahiran yang terdapat di bawah kemahiran bernilai tambah.
4.1 Definisi dan konsep
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1995), kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam suasana dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global. Kemahiran bernilai ini tambah beliau melibatkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Berdasarkan kepada definisi yang diberikan oleh beliau ini, dapat kita fahami bahawa kemahiran bernilai tambah ini merupakan sebarang kemahiran yang boleh diajarkan kepada murid-murid dalam membantu meningkatkan keupayaan dan potensi individu seseorang murid. Pelaksanaan atau penerapan kemahiran bernilai tambah ini terhadap murid-murid seharusnya menjadi unsur atau nilai tambah terhadap diri murid-murid untuk diaplikasikan dalam suasana sebenar murid tersebut iaitu dalam kehidupan seharian murid.
Tuan Jah Tuan Yusof (2011) bersependapat dengan Kamarudin Hj. Husin (1995) berkaitan takrifan kemahiran bernilai tambah ini. Beliau memberikan definisi yang sama seperti takrifan sebelumnya iaitu yang mana kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan kepada murid dan dapat diaplikasikan dalam keadaan dunia sebenar. Hanya, beliau menambah di sini bahawa kemahiran bernilai tambah ini adalah sama dengan kemahiran generik atau mengalami sedikit pengubahsuaian menjadi kemahiran yang dinamakan sebagai kemahiran bernilai tambah. Manakala, dari segi pelaksanaan pula, pendekatan dan teknik serta kaedah tertentu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di sini, dapat kita fahami juga yang mana kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran yang menjadi nilai tambah atau dapat digunakan oleh murid dalam meningkatkan pemahaman dan keupayaan diri mereka. Sebenarnya, kemahiran bernilai tambah ini diadaptasi daripada kemahiran generik dengan sedikit pengubahsuaian berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran yang bersesuaian.
Dalam Kamus Dewan (1966), kemahiran dinyatakan sebagai kecekapan atau kepandaian tentang sesuatu perkara. Nilai pula ditakrifkan sebagai kualiti, kadar atau taraf yang dimiliki oleh sesuatu sama ada benda, manusia atau apa saja bentuk entiti dan tambah ditakrifkan sebagai sesuatu yang ditokok pada sesuatu yang lain supaya menjadi lebih banyak. Berdasarkan kepada definisi tentang ketiga-tiga istilah ini, dapat kita rangkumkan maknanya sebagai kecekapan atau kepandaian yang mempunyai kualiti atau kadar yang boleh ditokok pada kemahiran sedia ada agar menjadi semakin bertambah. Dalam erti kata lain, kemahiran-kemahiran yang diajar dan diterapkan mempunyai nilai yang tinggi dan berfaedah serta dapat membantu meningkatkan keupayaan dan potensi individu yang dimiliki oleh setiap dalam kalangan murid.
Dalam literatur pendidikan, istilah kemahiran generik sering diutarakan bagi menggambarkan kemahiran bernilai tambah yang mana mempunyai pengertian yang arbitrari. Gagne mentakrifkan kemahiran generik sebagai strategi kognitif sepertimana yang dinyatakan oleh para sarjana kognitif yang merujuknya sebagai ilmu bebas domain. Stasz (1990) mentakrifkan kemahiran generik sebagai suatu literatur pendidikan umum tentang keupayaan kognitif seperti belajar cara belajar, menganalisis dan menyelasaikan masalah, inovasi dan komunikasi. Pengguna atau pekerja yang memiliki kemahiran generik dapat mempelajari aplikasi baru yang disampaikan kepadanya dengan mudah. Dalam hal ini kemahiran generik dilihat sebagai sangat penting namun masih kurang diberikan penekanan. Bagi definisi yang diberikan di sini pula, kita memahami bahawa kemahiran generik ini telah dikhususkan pemahamannya sebagai sebuah keupayaan kognitif iaitu melibatkan kemahiran belajar, penyelesaian masalah dan komunikasi.
Berdasarkan kepada konsep-konsep dan definisi yang telah diberikan berkaitan kemahiran bernilai tambah ini, dapat kita simpulkan takrifan tersebut mengikut pemahaman kita iaitu kemahiran bernilai tambah merupakan sebarang kemahiran yang dapat diajarkan kepada murid-murid sebagai nilai tambah dalam memahirkan dan meningkatkan keupayaan dan potensi diri mereka.
4.2 Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah
Bagi menerapkan kemahiran bernilai tambah ini ke dalam diri setiap pelajar, terdapat beberapa komponen dalam kemahiran bernilai tambah menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Komponen-komponen inilah apa yang disebut sebagai kemahiran bernilai tambah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk diterapkan kepada pelajar melalui aplikasi teknik dan kaedah pengajaran tertentu. Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahun 2003 adalah seperti dalam rajah berikut. Terdapat lima komponen kemahiran bernilai tambah yang terdapat dalam bahasa Melayu.
KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH |
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai |
Kemahiran Kajian Masa Depan |
Kemahiran Belajar |
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi |
Kemahiran Berfikir |
Rajah 5 : Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah
4.2.1 Kecerdasan Pelbagai
Dalam konteks kecerdasan pelbagai, Howard Gardner (1983) (dalam Haliza Hamzah et. al (2009) mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yang bernilai dalam satu lingkungan budaya. Kecerdasan pelbagai bukan sahaja diperluas keluarga kecergasan, malah menjana definisi dan konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Dalam hal ini, dapat kita fahami konsep kecerdasan pelbagai itu sebagai kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Jenis-jenis kecergasan yang terkandung dalam kemahiran kecerdasan pelbagai ialah seperti dalam jadual di bawah berikut.
Jenis Kecerdasan | Huraian |
Verbal Linguistik | Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, menyakinkan orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu sendiri. |
Logik matematik | Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab dan akibat serta kebolehan menjangka. |
Visual-ruang | Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. |
Kinestetik | Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan. |
Muzik | Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah kebolehan mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan tempoh dalam melodi dengan mudah. |
Interpersonal | Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti menggalakkan murid menyertai sesuatu projek. |
Intrapersonal | Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran bagaimana seseorang itu sama ada berbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini juga membantu individu menangani perasaan, beradap sopan, serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri. |
Naturalis | Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan, galian, dan binatang, termasuk rumput dan batu-batuan, serta pelbagai flora dan fauna. Kecerdasan ini juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi pekaian dan makanan. |
Jadual 1 : Jenis-jenis kecerdasan pelbagai
Berdasarkan kepada jadual di atas, kita dapat melihat bahawa terdapat lapan jenis kecerdasan pelbagai. Kecerdasan pelbagai ini perlu diaplikasikan dalam pengajaran kerana dapat menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. Di samping itu, kemahiran ini dapat menghasilkan pelajar yang seimbang, model kecerdasan pelbagai membantu murid memperoleh apa yang perlu untuk hidup di abad akan datang. Kecerdasan pelbagai diaplikasikan dalam pengajaran kerana pelajar dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Kecerdasan pelbagai membantu guru memahami motivasi murid dan kepentingan menggunakan pelbagai cara murid dapat belajar dan menunjukkan kefahaman mereka. Murid lebih bermotivasi untuk belajar dengan cara yang lebih selesa jika cara ini digunakan.
Selain itu, kemahiran ini dapat meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. Daripada kecerdasan pelbagai, murid dapat meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pmbelajaran yang menyeronokkan. Apabila guru menggunakan kemahiran ini, kecergasan pelbagai dapat meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika kemahiran ini digunakan dalam pengajaran di sekolah, suasana kolaboratif dapat diwujudkan di sekolah. Kecerdasan pelbagai dapat mewujudkan sekolah yang menerima dan menghargai perbezaan dalam kelangan murid dan juga guru. Guru dapat merancang secara kolaboratif dengan menggunakan kerangka kecergasan pelbagai untuk menyediakan kurikulum yang diperkayakan dan penuh dengan rangsangan.
4.2.2 Kemahiran berfikir
Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2011), beliau menyatakan kemahiran berfikir adalah apa sahaja proses kognitif yang diperincikan dalam satu set langkah-langkah yang jelas yang kemudiannya digunakan untuk memandu pemikiran. Contohnya, membuat inferens atau andaian adalah proses kognitif yang terlibat dalam kebanyakan kurikulum yang standard. Daripada definisi ini, dapat difahami bahawa kemahiran berfikir merupakan sebarang bentuk atau proses mental atau pemikiran yang berlaku dalam minda kita. Pemikiran itu boleh menjadi apa sahaja jenis atau bentuk pemikiran yang dihasilkan dalam minda kita kerana perkara utama yang dilihat ialah berlakunya proses penjanaan atau pensintesisan tentang apa sahaja menggunaka minda kita.
Kamarudin Hj. Husin (1995) melihat pemikiran sebagai penggunaan simbol, gambar, perkataan, pengamatan dan konsep. Melalui pemikiran, rangsangan luar yang diterima oleh deria akan ditafsir dengan penggunaan perkataan atau simbol untuk membentuk konsep terhadap rangsangan tersebut. Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapat memperluaskan pelaksanaan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran. Penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Edward de Bono (1976) menyatakan berfikir ini melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. Beliau menambah bahawa berfikir ini merupakan pembentukan idea, pembetukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. kurikulum kemahiran berfikir secara kreatif dan kritif, kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua komponen yang penting iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis banyak digunakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam menggunakan minda dalam menilai keesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan boleh memberi respons berdasarkan kepada bukti dan sebab musabab.
Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan ini, dapat kita fahami bahawa kemahiran berfikir ialah sebarang proses kognitif atau mental yang berlaku dalam minda dan pemikiran kita. Tuan Jah Tuan Yusof (2011) menjelaskan bahawa kepentingan-kepentingan kemahiran berfikir adalah seperti berikut.
· Mengelakkan kesipalan berfikir, iaitu berfikir secara terburu-buru dan berfikir secara sempit
· Mengelakkan kesilapan membuat keputusan
· Meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif
· Memperkembangkan daya intelek
· Meningkatkan daya fikir dan kreativiti
· Berfikir di luar kotak pemikiran
· Merealisasikan Wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju
4.2.3 Kajian masa depan
Menurut Mok Soon Sang (2004), pengajaran berasaskan kajian masa depan diperkenalkan bertujuan untuk mendidik generasi baru yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Kajian masa depan akan membantu generasi ini menyedari bahawa masa depan pasti berubah dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka juga boleh merancang masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan. Pengajaran masa depan membolehkan murid menangani cabaran sebagai ahli masyarakat global yang berperanan aktif pada masa depan.
Mengikut Umar Alkhatab (dalam Mok Soon Sang (2004)), mengatakan “Berilah pendidikan kepada anak-anak kamu yang dilahirkan untuk zaman lain daripada zaman kamu”. Dalam dunia sekarang, terdapat banyak perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri, ekonomi dan sebagainya berdasarkan asas untuk membuat keputusan dan merancang. Era globalisasi telah menyebabkan perhubungan fizikal dan sosial di dunia semakin dekat. Kajian yang berlaku di sesuatu tempat akan memberi kesan pada orang dan tempat yang lain. Kemahiran berpandangan jauh ini memberi perlindungan daripada kesan-kesan tersebut. Selain itu, berpandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum krisis berlaku. Sekiranya krisis itu masih berlaku, seseorang masih berupaya menangani perubahan dan kesan daripada krisis tersebut. Pengajaran masa depan membolehkan murid menghadapi kekangan-kekangan pada masa depan. Mereka diperkenalkan dengan prinsip perancangan strategik. Bayangan dan andaian tentang masa depan boleh membentuk dan mempengaruhi tindakan kita pada masa ini. Oleh itu, bayangan dan andaian tersebut boleh digunakan dalam perancangan secara strategik untuk mencapai masa depan yang diingini. Selain itu, remaja selalunya menunjukkan keprihatinan dan kebimbangan tentang masa depan mereka. Mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran perancangan strategik, cara menangani masalah serta cara penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka.
Kamarudin Hj. Husin (1995) menyatakan penjelasan nilai dan masa depan melibatkan murid mengkaji tanggungjawab masyarakat dan sekolah tentang hak dan keperluan generasi akan datang. Proses mengajar murid berfikir dan mengamalkan nilai-nilai murni yang boleh memandu tindakan atau pilihan masa sekarang supaya meninggalkan kesan positif pada generasi akan datang. Murid akan memilih nilai-nilai yang akan memberi keyakinan kepada mereka untuk memilih masa depan yang diingini. Teknik penjelasan nilai dan masa depan membolehkan murid berfikir tentang nilai-nilai murni yang diamalkan pada masa sekarang. Ini boleh memberi kesan positif terhadap masyarakat akan datang.
Secara totalnya, dapatlah kita simpulkan tentang kajian masa depan itu sebagai kemahiran berfikir tentang sesuatu yang akan atau mungkin berlaku pada masa depan yang akan membantu kita memandu tindakan kita pada masa sekarang untuk menghasilkan kesan yang baik pada masa depan.
4.2.4 Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
Kamarudin Hj. Husin (1995) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ini dapat digunakan sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pembelajaran dan pengajaran. Hal ini bermaksud bahawa murid perlu terlibat dalam penggunaan dan bukan sekadar mengikuti pembelajaran tersebut menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sahaja. Dengan yang demikian, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajar kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk bertujuan komunikasi seperti menghantar e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan hariandan mengakses maklumat melalui internet. Kemahiran ini akan dapat melatih murid-murid supaya cerdas dalam menggunakan teknologi komputer terkini dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran.
Berdasarkan pendapat Mok Soon Sang (2004), kemahiran ini perlu dikuasai sejajar dengan perkembangan konsep “world class education”. Tujuan guru mengajar kemahiran ini ialah untuk menghasilkan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan dan mahir dalam bidang sains dan teknologi. Guru yang hendak mengajar kemahiran ini perlu memastikan sekolah mempunyai kemudahan makmal komputer, bilik media, bilik Internet, dan bilik studio (video conferencing). Dalam mengajar kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru mesti menggunakan cara penilaian “ on-going” dan “on-line”. Hal ini kan dapat membantu murid saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur dan bekerjasama.
Penggunaan ICT sebagai alat aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membolehkan murid memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran autentik serta guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid. Selain itu, murid juga dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran. Dalam kelas, guru dikehendaki membantu murid mengurangkan beban mereka akibat tugasan yang tidak seberapa penting. Untuk murid yang mahir menggunakan perisian pemproses perkataan dapat menampilkan kerja kursus atau tugasan dengan lebih menarik dan lebih efisen.
Penggunaan ICT sebagai alat aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membolehkan murid memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran autentik serta guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid. Selain itu, murid juga dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran. Dalam kelas, guru dikehendaki membantu murid mengurangkan beban mereka akibat tugasan yang tidak seberapa penting. Untuk murid yang mahir menggunakan perisian pemproses perkataan dapat menampilkan kerja kursus atau tugasan dengan lebih menarik dan lebih efisen.
Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (dalam Mok Soon Sang (2004)) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi seperti pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan , pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti yang berkaitan dengan kajian masa depan dan aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi. Dalam hal ini, terdapat beberapa kelebihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk pembelajaran penerokaan iaitu memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi dapat mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran serta dapat memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas. Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi dapat memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivisme, kecerdasan pelbagai dan lain-lain.
Antara manfaat yang boleh diperolehi daripada penggunaan teknologi maklumat menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2011) dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid adalah seperti berikut :
· Mengakses maklumat yang sukar diperoleh terutama berkaitan isu semasa dan global.
· Mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.
· Meningkatkan kreativiti, keyakinan diri dan imaginasi murid melalui tugas projek dan aktiviti kumpulan.
· Memberi peluang kepada murid belajar dengan berkesan dengan bimbingan yang minimum daripada guru.
· Meningkatkan kemahiran TMK melalui penggunaan secara professional.
4.2.5 Kemahiran Belajar
Kamarudin Hj. Husin (1995) menjelaskan bahawa belajar adalah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkahlaku yang baru secara keseluruhan, sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi dengan persekitarannya. Dalam hal ini, belajar dilihat sebagai perubahan dari segi pengetahuan dan tingkahlaku secara tekal. Kemahiran belajar cara belajar diajarkan supaya murid peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Kemahiran belajar yang perlu dikuasai ialah menentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.
Kamus Dewan (1966) pula mengatakan bahawa perkataan ‘belajar’ bermaksud memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Belajar ialah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mencapai sesuatu tingkah laku baru secara keseluruhan. Perubahan yang berlaku dalam diri yang dimaksudkan ialah perubahan yang berlaku akibat dari proses pembelajaran tadi. Selain itu, belajar juga bermaksud satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi yang membawa kepada perubahan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.
Mok Soon Sang (2004) menjelaskan bahawa belajar berlaku apabila berubahnya pengetahuan dan tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahan ini biasanya disedari oleh diri sendiri atau kadang kala juga disedari oleh orang yang berada di sekeliling. Perubahan ini adalah berlaku secara sengaja ataupun tidak sengaja. Perubahan tersebut boleh juga mempengaruhi dan mengubah hidup seseorang ataupun ianya hanya sesuatu yang boleh dilupakan. Ada sesetengah individu merasakan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran merupakan sesuatu yang memberatkan pemikiran. Antara aspek kemahiran belajar cara belajar ialah:
· Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif.
· Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan.
· Kemahiran membaca untuk pemahaman dan membaca pantas.
· Kemahiran mencatat dan menulis pantas.
· Kemahiran menghasilkan laporan.
· Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai jadual, carta alir dan hierarki.
· Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri,
rancangan pembelajaran, pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak.
rancangan pembelajaran, pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak.
· Persediaan menghadapi peperiksaan.
· Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei.
· Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang.
· Strategi belajar dalam kumpulan.
Dengan pengajian dalam bidang kemahiran belajar ini, setiap individu dapat memperolehi pelbagai manfaat yang berguna untuk mempertingkatkan lagi kemahiran dan strategi belajar. Pada masa yang sama, penguasaan dalam kemahiran ini dapat membantu dalam meningkatkan tahap kognitif dan pengetahuan seseorang murid dan manusia umumnya. Antara manfaat yang dapat diperolehi ialah :
· Meningkatkan kesediaan terhadap apa yang dipelajari.
· Menggunakan sumber-sumber persekitaran untuk melakukan pembelajaran dan
meningkatkan ilmu pengetahuan.
· Dapat meningkatkan naluri ingin tahu dalam semua bidang melalui pelbagai kaedah pembelajaran.
· Dapat menggunakan pemikiran yang cerdik dan secara bijaksana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud.
· Dapat mengaitkan pengalaman dahulu dengan pembelajaran yang baru.
· Melatih individu menggunakan persepsi yang betul untuk membina aliran pemikiran yang rasional.
· Hal-hal yang dipelajari akan berkembang mengikut :
➢ Tahap-tahap aliran pemikiran kognitif.
➢ Konkrit kepada abstrak.
➢ Pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman yang baru.
➢ Memupuk motivasi dan menggalakkan individu melibatkan diri secara aktif dalam cara belajar.
· Individu itu akan terbimbing untuk mengenalpasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum.
· Dapat mengukuhkan ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang melalui kaedah menyusun, mengedit, mengklasifikasikan, menghubungkait dan cara-cara lain yang sesuai.
4.3 Amali pengajaran kemahiran bernilai tambah
Rancangan Pengajaran Amali Tugasan BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tarikh/ Hari : 22 Februari 2011
Hari : Selasa
Tahun : 4
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Mengajar Kata Nama
Hasil Pembelajaran : Fokus utama :
1. Memberikan respons yang sesuai terhadap soalan yang
dikemukakan.
2. Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
i) Membaca dengan lancar dan sebutan dengan intonasi yang betul.
ii) Mengenal pasti jenis-jenis kata nama yang terdapat dalam bahasa Melayu.
iii) Memberikan contoh kata nama berdasarkan jenis-jenis kata nama yang terdapat dalam bahasa Melayu.
iv) Menulis contoh-contoh kata nama yang terdapat dalam bahasa Melayu dengan betul.
Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
KBT : Kemahiran berfikir
Kemahiran belajar
Kecerdasan pelbagai
Prosedur Pelaksanaan | Kemahiran Bernilai Tambah | ||||
Set Induksi (5 minit) 1. Guru menayangkan video nyanyian lagu ‘Bangau Oh Bangau’. 2. Guru bersoal jawab dengan murid · Adakah murid berasa seronok menyanyi lagu tersebut? · Apakah yang dapat dilihat di dalam video nyanyian tersebut? 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran hari ini. | Kemahiran Belajar : 1. Menyoal Kemahiran Berfikir : 2. Menghubung kait Kemahiran Kecerdasan Pelbagai : 1. Muzik. 2. Kinestetik. | ||||
Langkah 1 (10-15 minit) 1. Guru menjelaskan kepada pelajar tentang definisi dan maksud kata nama. 2. Guru menerangkan jenis-jenis kata nama yang terdapat dalam bahasa Melayu. 3. Guru memberikan contoh-contoh daripada jenis-jenis kata nama yang terdapat dalam bahasa Melayu. 4. Guru bertanya kepada murid untuk memberikan contoh-contoh lain jenis-jenis kata nama yang terdapat dalam bahasa Melayu. | Kemahiran Belajar : 1. Menyoal. 2. Mendengar aktif. Kemahiran Berfikir : 1. Pemikiran Kreatif. 2. Pemikiran konstruktif. | ||||
Langkah 2 (5-10 minit) 1. Guru memulakan aktiviti menggunakan alat bantu mengajar yang telah disediakan. Langkah aktiviti adalah seperti berikut : · Menyediakan jadual pada papan tulis dengan menyediakan dua ruang kepada kata nama am dan khas. Cth :
· Guru menunjukkan beberapa keping gambar contoh bagi setiap jenis kata nama yang terdapat dalam bahasa Melayu. · Guru bertanya kepada murid apakah yang dapat dilihat di dalam gambar dan mengelaskan kepada jenis kata nama yang tepat. · Guru meminta murid menulis kata nama tersebut pada jadual yang telah disediakan pada papan tulis. · Guru memberi ulasan tentang hasil kerja yang diberikan oleh murid. | Kemahiran Belajar : 1. Menyoal. 2. Mendengar aktif. Kemahiran Kecerdasan Pelbagai : .1. Visual Ruang | ||||
Penutup (5 minit) 1. Guru meminta murid membuat rumusan tentang tajuk pelajaran dengan bantuan guru. 2. Guru memberikan rumusan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung pada hari ini. 3. Sebelum mengakhiri sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, guru sekali lagi membawa pelajar menyanyi berpandukan video lagu ‘Bangau Oh Bangau’ pada awal pengajaran. | Murid dibimbing merumuskan kemahiran yang di ajar hari ini. Murid digalakkan mengumpul maklumat tambahan yang terdapat dalam beberapa contoh lain. |
5.0 PENGAJARAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN
Dalam era teknologi maklumat serta zaman siber dunia tanpa sempadan, setiap individu dalam masyarakat berusaha dan berlumba-lumba untuk mengguna dan mengaplikasikan kemudahan dan peralatan canggih yang ada dalam persekitaran mereka. Namun begitu, kemudahan ini besar kemungkinannya kurang bermanfaat kepada individu yang menghadapi masalah pembelajaran khususnya masalah kemahiran berbahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Secara ringkasnya, dapatlah dikatakan bahawa kemahiran berbahasa adalah sangat penting biarpun betapa canggihnya sesuatu zaman itu. Oleh yang demikian, dalam konteks pendidikan, kemahiran-kemahiran asas berbahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis adalah penting untuk dikuasai oleh setiap individu pelajar bagi membolehkan mereka mendapat kebaikan daripada setiap komponen dalam kurikulum pembelajaran di sekolah yang disediakan untuk mereka. Sekiranya kemahiran asas berbahasa ini masih belum berkembang sepenuhnya dalam diri pelajar, satu bentuk program pemulihan adalah amat perlu disediakan untuk membantu setiap pelajar yang mempunyai masalah ini. Justeru, kita akan melihat apakah yang dimaksudkan dengan murid-murid bermasalah pembelajaran itu dan bagaimanakah pula bentuk atau cara pengajaran yang boleh digunakan bagi mengajar pelajar jenis ini.
5.1 Takrif murid bermasalah pembelajaran
Maklumat Pendidikan Khas (2006), murid-murid bermasalah pembelajaran merupakan murid-murid yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kebolehan-kebolehan seperti kebolehan kognitif, tingkahlaku sosial, penguasaan bahasa lisan, penguasaan membaca, kemahiran perkembangan dan kemahiran matematik. Daripada definisi yang diberikan, dapat kita fahami bahawa murid-murid bermasalah pembelajaran ini merupakan murid-murid yang mempunyai kekurangan dari pelbagai aspek keupayaan murid yang boleh menyebabkan sesuatu proses pembelajaran menjadi kurang lancar dan mengalami gangguan. Kesannya, perkembangan bagi seseorang murid menjadi lambat dan kurang.
Murid-murid bermasalah pembelajaran ialah murid-murid yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa Hornsby B. (1995). Beliau menambah bahawa murid-murid ini berbeza dari murid-murid sederhana atau biasa dalam ciri-ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.
Berdasarkan kepada kedua-dua definisi, dapat kita rangkumkan pemahaman kita berkaitan murid bermasalah pembelajaran sebagai murid-murid yang mengalami gangguan, masalah atau kekurangan dalam pembelajaran menerusi beberapa aspek tertentu.
5.2 Ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran
Terdapat banyak ciri murid-murid bermasalah pembelajaran. Antara ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar murid-murid yang bermasalah pembelajaran adalah seperti dalam rajah di bawah berikut.
CIRI-CIRI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN |
Ciri intelek |
Ciri sosial dan peribadi |
Ciri fizikal |
Rajah 6 : Ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran
Berdasarkan kepada rajah di atas, terdapat tiga ciri murid bermasalah pembelajaran iaitu ciri fizikal, ciri intelek dan ciri sosial.
Ciri murid bermasalah pembelajaran yang pertama ialah ciri fizikal iaitu yang mana bentuk badan dan koordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.
Ciri kedua ialah ciri intelek iaitu terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya, mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dan perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur enam tahun pada peringkat umur lapan tahun atau lebih.
Ciri terakhir ialah ciri sosial dan peribadi yang mana kanak-kanak mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.
5.3 Pengajaran murid bermasalah pembelajaran
Dalam pengajaran bahasa Melayu, masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid bermasalah pembelajaran ialah dalam mempelajari ketiga-tiga kemahiran berbahasa yang telah kita bincangkan pada soalan satu sebelum ini iaitu kemahiran lisan mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Bagi lebih memahami tentang bagaimana masalah pembelajaran berkaitan ketiga-tiga kemahiran ini berlaku, kita akan memilih dan melihat salah satu kemahiran tersebut.
Di sini, saya telah memilih masalah pembelajaran murid-murid dari aspek kemahiran menulis yang mana masalah tulisan merupakan salah satu jenis masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran dalam kemahiran menulis. Bagi masalah tulisan dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran ini, masalah yang mereka hadapi ialah kesukaran untuk membina suku kata atau perkataan iaitu tidak tahu mengeja sesuatu suku kata atau perkataan tersebut. Bagi murid-murid yang mengalami masalah tulisan jenis ini, mereka mempunyai kekuatan dan kebolehan dalam mendengar bunyi huruf selain cekap memilih perkataan bagi huruf awal yang ditentukan. Dalam erti kata lain, mereka dapat mengenal bunyi huruf tersebut dan menggambarkannya melalui contoh perkataan.Contoh dapat kita lihat seperti dalam jadual di bawah.
Bunyi huruf | Perkataan |
[m] | mata |
[b] | bola |
[t] | tangga |
[i] | ikan |
[s] | sudu |
Jadual 2 : Bunyi huruf dan perkataan yang menggambarkan huruf tersebut
Perkataan-perkataan yang dipilih selalunya terdiri daripada perkataan yang mudah untuk dilukis atau dilakar olehnya. Daripada lakaran gambar-gambar dia tafsirkan kepada huruf-huruf awal. Huruf-huruf tersebut dicantumkan, maka terbinalah perkataan yang ingin dieja. Penjelasan di atas mungkin dirasakan begitu rumit atau mengelirukan bagi kita, tapi hakikatnya, itulah cara yang digunakan oleh murid ini di peringkat permulaan beliau belajar mengeja, setelah gagal mengeja dengan cara biasa yang digunakan oleh murid-murid lain. Contoh cara ini digunakan ialah, seseorang murid bermasalah pembelajaran ingin mengeja perkataan “matahari”. Kemudian, bunyi bagi setiap huruf dalam perkataan “matahari” itu diwakili atau digambarkan melalui objek atau perkataan lain setiap satunya seperti dalam jadual di bawah.
Huruf awal | Perkataan |
[m] | mata |
[a] | api |
[t] | tangga |
[a] | api |
[h] | hujan |
[a] | api |
[r] | rambutan |
[i] | ikan |
Jadual 3 : Bunyi huruf dan perkataan yang mewakili huruf awal
Rajah 7 : Gambar-gambar berdasarkan bunyi huruf awal perkataan
Murid ini akan melukis gambar-gambar berdasarkan bunyi huruf-huruf dalam perkataan yang perlu dieja; mata, api, tangga, api, hujan, api, rambutan, ikan. Dicantumkan huruf-huruf awal bagi gambar-gambar yang dilukis, maka terbinalah perkataannya, “m a t a h a r I”. Dengan menggunakan kaedah ini, murid akan dapat mengeja selepas latihan yang berterusan dilakukan dalam tempoh beberapa lama. Setelah mahir, dengan sendirinya, murid-murid ini tidak perlu melukis lagi bagi menggambarkan bunyi huruf awal setiap perkataan yang ingin dieja, tetapi seharusnya telah mampu menulis huruf yang dibunyikan. Kunci kejayaan di sini ialah memberi fokus kepada kemajuan jangka pendek dalam sesi latihan dan ini mengekalkan motivasi dan membolehkan murid jenis ini membina cara pembelajarannya sendiri. Akhirnya mereka boleh mengeja dan menulis seperti mana murid-murid lain yang tidak mengalami masalah pembelajaran, dengan penuh rasa yakin pada diri sendiri.
6.0 RUMUSAN
Izharnya, setelah mengupas dan membincangkan beberapa tajuk dalam kemahiran berbahasa ini, kita telah dapat memahami dan menimba beberapa pengetahuan yang baru dan cukup bermakna. Kita dapat melihat bagaimana kepentingan setiap kemahiran berbahasa tersebut dalam memperkembangkan potensi dan keupayaan setiap individu terutamanya dalam kanak-kanak yang merupakan sebagai pelajar. Kita juga dapat melihat dalam hal ini bagaimana penekanan sangat diberikan seperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Hal ini menunjukkan bahawa penguasaan dan pengetahuan dalam kemahiran-kemahiran berbahasa ini sangat penting bagi mencapai pernyataan yang termaktub dalam kedua-dua dokumen tersebut iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tidak cukup dengan hanya pengetahuan tersebut, kita juga telah melihat bagaimana pelaksanaan amali dalam menggunakan dan mengaplikasikan kemahiran berbahasa tersebut telah membantu meningkatkan dan mengukuhkan lagi pengetahuan dalam hal tersebut. Sesungguhnya, pengetahuan dan penguasaan dalam aspek kemahiran berbahasa ini amat berguna dan mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran dalam diri kita sebagai bakal pendidik kelak.
REFLEKSI
Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Kemahiran berbahasa yang terdiri daripada kemahiran lisan, membaca dan menulis. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.
Pertama sekali menerima tugasan ini persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah dapatkah saya menyiapkan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak mengambil mudah untuk memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah tajuk-tajuk yang sudah kami pelajari.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, pelbagai inisiatif telah saya ambil bagi mengatasi masalah-masalah yang telah saya hadapi tersebut. Antaranya termasuklah mencari bahan rujukan buku yang terdapat di perpustakaan IPKS untuk mencari dan mengumpul maklumat berkaitan tajuk tugasan yang telah diberikan. Bagi mempelbagaikan sumber dan bahan rujukan yang digunakan, saya juga telah meminjam dan menggunakan bahan rujukan buku daripada rakan-rakan saya. Dalam memastikan bahan rujukan yang saya gunakan adalah bersesuaian dan menepati kehendak serta dapat menjawab soalan, saya telah melakukan kolaborasi atau perbincangan dengan para pensyarah dan rakan-rakan dalam penulisan tugasan ini terutamanya bagi soalan yang sedikit sukar untuk difahami.
Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini sepenuhnya, saya telah berjaya mempelajari dan mengetahui beberapa pengetahuan yang baru berkaitan tajuk tugasan. Walaupun tajuk tugasan sudah pun dipelajari dalam sesi kuliah oleh pensyarah yang mengajar kami, namun, pelaksanaan tugasan ini telah membantu meningkatkan dan menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada yang telah saya perolehi tersebut. Dalam erti kata lain, pelaksanaan tugasan ini dapatlah dikatakan sebagai sesi ulangkaji secara tidak langsung kerana, dalam penulisan tugasan sebenarnya saya melakukan bacaan terhadap rujukan yang saya gunakan. Melalui bacaan inilah saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya berkaitan tajuk soalan yang dibincangkan.
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan penulisan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan penulisan tugasan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran untuk lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah agar saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang berfaedah.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.
JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN
Langkah | Aktiviti/ tindakan | Tempoh | Penglibatan/ Tanggungjawab | Tarikh |
1 | a) Menerima kerja tugasan serta sedikit penerangan tentang tugasan. b) Cuba memahami kehendak tugasan dengan berbincang bersama rakan-rakan. | Minggu 1 | Pelatih dan Pensyarah. | 25.01.11 |
2 | a) Berkolaborasi dengan pensyarah bagi matapelajaran ini untuk memahami kehendak soalan. b) Berbincang dengan pensyarah tentang perkara-perkara yang diperlukan bagi melaksanakan soalan 1 (b). c) Menetapkan tarikh bagi pelaksanaan soalan 1 (b). Selepas perbincangan, tarikh yang telah ditetapkan ialah pada hari khamis (22.01.2011). | | Pelatih dan pensyarah. | 25.01.11 |
3 | a) Berbincang dengan rakan-rakan bagi pelaksanaan soalan 1 (b). b) Pembahagian kumpulan dijalankan bagi pelaksanaan soalan kedua iaitu 4 orang dalam satu kumpulan. c) Ahli-ahli dalam kumpulan selepas pembahagian kumpulan : · Hastei Doimi · Md. Hadi Bin Baba · Nazri Bin Muara · Rahul Bin Matius | Minggu 2 | Ketua Kelas dan rakan-rakan pelatih. | 07.02.11 |
4 | a) Mula berbincang dengan rakan-rakan dalam kumpulan masing-masing tentang pelaksanaan amali iaitu soalan 1 (b). b) Membahagi-bahagikan tugasan dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing. | Minggu 2 | Pelatih | 08.02.11 |
5 | a) Mula mencari maklumat berkaitan dengan tugasan bersama ahli dalam kumpulan masing-masing bagi soalan 1 (a). b) Selepas pembahagian, setiap ahli mencari tugasan seperti berikut : · Hastei (kemahiran mendengar) · Md. Hadi (kemahiran membaca) · Nazri (kemahiran menulis) · Rahul (kemahiran bertutur) | Minggu 2 | Pelatih | 09.02.11 |
6 | a) Mencari bahan dan maklumat bagi soalan 2 iaitu soalan individu. | Minggu 3 | Pelatih | 14.02.11 |
7 | a) Mengumpul bahan dan maklumat daripada rakan-rakan untuk difailkan. b) Membuat semakan dan pembetulan terhadap maklumat yang telah dikumpulkan. | Minggu 3 | Pelatih | 16.02.11 |
8 | a) Melaksanakan tugasan amali di kelas dengan pemerhatian daripada pensyarah bersama-sama rakan-rakan. b) Memastikan segala bahan yang digunakan untuk amali telah disediakan. c) Melengkapkan tugasan yang hampir siap dan membuat semakan terakhir bagi sebarang pembetulan atau penambahbaikan. | Minggu 3 | Pelatih | 22.02.11 |
9 | a) Menghantar hasil tugasan | Minggu 4 | Pelatih | 25.02.11 |
BORANG KOLABORASI
Bil | Tarikh | Perkara | Penglibatan | Nama, cop & tandtangan |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
_______________________ ________________________
Nama Pelatih : Nama Pensyarah :
Opsyen : Jabatan :
RUJUKAN
Chomsky, 1957. On Human Communication. Cambridge, Mass.
Edward de Bono, 1976. CoRT 1 Thinking Skills Programme On Students. New York : Academic Press.
Hall, 1968. An essay on language. New York, Chilton Books.
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, 2009. Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Hornsby B., 1995. Overcoming Dyslexia. London: Vermillon.
Kamarudin Hj. Husin, 1995. Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya : Siri Pendidikan Longman.
Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1966. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Maklumat Pendidikan Khas. (2006). Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Marohaini Yusoff, 2004. Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Mok Soon Sang, 2004. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nor aina dani, 2007. Penghantar psikolinguistik.sasbad. Pertaling jaya : UG Press Sdn. Bhd.
Tuan Jah Tuan Yusof, 2011. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
0 ulasan:
Catat Ulasan