Sabtu, 14 Julai 2012

Literasi Bahasa

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
2
PRABACAAN
Pengamatan
penglihatan
Pengamatan
pendengaran
Pergerakan
tangan dan mata
1.3 Kerangka Konsep
Untuk memahami aktiviti prabacaan sila teliti kerangka konsep berikut.
Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat awalnya,
kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanakkanak
untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini, murid didedahkan
kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman
penglihatan dan pendengaran. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi
pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap
kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan (Juriah
Long et.al. 1994).
Prabacaan :
Apakah yang anda fahami maksud prabacaan
Bagaimanakah aktiviti ini membantu proses membaca
l
a
t
i
h
a
Menggunakan bahan bantu belajar n
WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
3
Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran,
kemahiran pengamatan peglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan
menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.Peringkat bacaan pula
meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid
didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka
mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .
Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti pramembaca boleh
dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk
mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.
1.4 Aktiviti/Bengkel Prabacaan
Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang aktiviti prabacaan, anda perlu
melaksanakan aktiviti berikut:
1.4.1. Pengamatan Penglihatan
Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, lakukan aktiviti:
 pengamatan penglihatan
Aktiviti ini bertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk.
Kini anda perlu melakukan aktiviti seterusnya.
1.4.2 Pengamatan Pendengaran
Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki
melakukan aktiviti untuk mengecam bunyi-bunyi. Anda perlu melakukan aktiviti:
 pengamatan pendengaran
Tahniah! Anda telahpun berjaya melaksanakan aktiviti mempertingkatkan
ketajaman pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran.
WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
4
Teruskan aktiviti berikut yang melibatkan psikomotor.
1.4.3 Pergerakan Tangan dan Mata
Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki
melakukan aktiviti:
 pergerakan tangan
Teruskan aktiviti prabacaan dengan melakukan aktiviti
 pergerakan mata
Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, anda perlu melakukan aktiviti
menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan sebagai pengukuhan.
Latihan
Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina
sendiri, anda dikehendaki melaksanakan aktiviti prabacaan secara simulasi.
Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan.
WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
5
2.1 Sipnosis
Bengkel asas membaca kaedah fonetik memerlukan pelajar membuat latihan
membunyikan huruf dan mengasosiasikan benda/objek dengan bunyi huruf.
Pelajar juga dikehendaki membatang suku kata dan perkataan, membaca frasa dan
ayat. Untuk melaksanakan kaedah fonetik ini, pelajar dikehendaki menggunakan
bahan bantu belajar. Empat jam diperuntukkan untuk melaksanakan amali
bengkel asas membaca kaedah fonetik dalam modul ini.
2.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar seharusnya dapat:
1. Menjelaskan dan menghuraikan kemahiran asas KIA2M.
2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M
3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
melaksanakan KIA2M.
Anda perlu membina bahan bantu belajar untuk melaksanakan setiap
aktiviti yang terdapat dalam modul ini.
Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bahan bukti di dalam
portfolio anda.
Segala hasilan kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran
Bahan Pemulihan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ3104.
Tajuk 2 BENGKEL ASAS MEMBACA:
KAEDAH FONETIK
Arahan Pembelajaran
WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
6
2.3 Kerangka Konsep
Untuk memahami kaedah fonetik, sila teliti kerangka konsep berikut
Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap
hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonetik hanya mensyaratkan
murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah
ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan
pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan
yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca
beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.
Menggunakan bahan bantu belajar
KAEDAH
FONETIK
l
a
t
i
h
a
n
Membunyikan
huruf dan
asosiasi dengan
benda
Membatang
suku kata dan
perkataan
Membaca frasa
dan ayat
Kaedah Fonetik :
Apakah yang anda fahami tentang kaedah fonetik
Bagaimanakah kaedah ini membantu proses membaca
WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
7
2.4 Aktiviti/Bengkel Kaedah Fonetik
Untuk memahami kaedah ini kita perlu melaksanakan aktiviti berikut:
2.4.1 Membunyikan huruf dan asosiasi dengan benda
Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan
langkah-langkah berikut:
 membunyikan huruf A – Z
Setelah anda selesai membunyikan kesemua huruf anda dikehendaki
 mengasosiasikan benda dengan bunyi huruf tersebut.
2.4.2 Membatangkan suku kata dan perkataan
Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki:
 membatang suku kata
Seterusnya, anda perlu
 menyebut/membunyikan perkataan tanpa membatang suku
kata
2.4.3 Membaca frasa dan ayat
Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki :
 membaca frasa
Teruskan aktiviti membaca dengan
 membaca ayat yang lengkap.
WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
8
2.4.4 Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah
fonetik
Pastinya kini anda telah mahir melaksanakan langkah demi langkah dalam
kaedah fonetik.
Kini anda dikehendaki menggunakan kreativiti anda untuk :
 Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkahlangkah
tersebut.
 Anda kini boleh menggunakan bahan bantu tersebut untuk
melaksanakan kaedah fonetik seperti yang telah anda pelajari.
Latihan
Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina
sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah fonetik secara simulasi.
Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan.
WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
9
3.1 Sipnosis
Bengkel asas membaca kaedah abjad mengkehendaki pelajar menyebut nama
huruf abjad A hingga Z; huruf besar dan huruf kecil, menyebut suku kata V dan KV,
mengeja suku kata, perkataan dan frasa, membaca ayat dan menggunakan bahan
bantu belajar yang sesuai. Empat jam diperuntukkan untuk melaksanakan amali
aktiviti bengkel asas membaca kaedah abjad dalam modul ini.
3.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar seharusnya dapat:
1. Menjelaskan dan menghuraikan kemahiran asas KIA2M.
2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M
3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
melaksanakan KIA2M.
Arahan Pembelajaran:
Anda perlu membina bahan bantu belajar untuk melaksanakan setiap
aktiviti yang terdapat dalam modul ini.
Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bahan bukti di dalam
portfolio anda.
Segala hasilan kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran
Bahan Pemulihan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ3104.
Tajuk 3 BENGKEL ASAS MEMBACA:
KAEDAH ABJAD
Arahan Pembelajaran
WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
10
3.3 Kerangka Konsep
Untuk memahami kaedah abjad, sila teliti kerangka konsep berikut
Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan
suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata
itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini
dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu
dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf ‘a’ hingga
‘z’ mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan,
huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al,
1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan
Menggunakan bahan bantu belajar
KAEDAH
ABJAD
Menyebut nama
huruf abjad a –
z; huruf besar
dan kecil
Menyebut suku
kata V dan KV
Mengeja suku
kata, perkataan
dan frasa
Membaca
ayat l
a
t
i
h
a
n
Kaedah Abjad :
Apakah yang anda fahami tentang kaedah abjad
Bagaimanakah kaedah ini membantu proses membaca
WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
11
terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji
Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf
besar didedahkan serentak.
Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula
pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang
terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf
yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal
huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata
secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja
perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf
pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.
3.4 Aktiviti/Bengkel Asas Membaca Kaedah Fonetik
Kita perlu melaksanakan aktiviti berikut untuk memahami kaedah ini:
3.4.1 Menyebut nama huruf abjad A-Z; huruf besar dan kecil
Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan
langkah-langkah berikut:
 menyebut huruf a-z ; huruf kecil
Setelah anda selesai menyebut kesemua huruf, anda dikehendaki pula
 menyebut huruf A-Z; huruf besar
3.4.2 Menyebut suku kata V dan KV
Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki:
 menyebut suku kata V
WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
12
Seterusnya, anda perlu
 menyebut suku kata KV
3.4.3 Mengeja suku kata, perkataan dan frasa
Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki:
 mengeja suku kata
Teruskan latihan anda untuk
 mengeja perkataan
Anda sekarang perlu meneruskan latihan untuk
 mengeja frasa
3.4.4 Latihan membaca ayat
Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki:
 membaca ayat dengan lengkap
3.4.5. Menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai untuk melaksanakan
kaedah abjad
Anda telah pun melaksanakan langkah demi langkah kaedah abjad bermula
daripada menyebut nama huruf dansuku kata, mengeja suku kata, perkataan
dan frasa serta latihan membaca ayat.
Kini anda dikehendaki menggunakan kreativiti anda untuk :
 Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkahlangkah
tersebut.
 Anda kini boleh menggunakan bahan bantu tersebut untuk
melaksanakan kaedah abjad seperti yang telah anda pelajari.
WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
13
Latihan
Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina
sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah abjad secara simulasi.
Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan.
WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
14
Tajuk 4 BENGKEL ASAS MEMBACA:
KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
4.1 Sipnosis
Bengkel asas membaca kaedah pandang dan sebut memerlukan pelajar
membuat latihan menyebut perkataan, mencerakinkan perkataan menjadi suku
kata, membina dan membaca ayat dan menggunakan bahan bantu belajar yang
sesuai.Untuk melaksanakan kaedah ini, pelajar dikehendaki menggunakan bahan
bantu belajar. Tiga jam diperuntukkan untuk melaksanakan amali aktiviti bengkel
asas membaca kaedah pandang dan sebut dalam modul ini.
4.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar seharusnya dapat:
1. Menjelaskan dan menghuraikan kemahiran asas KIA2M.
2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M
3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
melaksanakan KIA2M.
Anda perlu membina bahan bantu belajar untuk melaksanakan setiap
aktiviti yang terdapat dalam modul ini.
Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bahan bukti di dalam
portfolio anda.
Segala hasilan kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran
Bahan Pemulihan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ3104.
Arahan Pembelajaran
WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
15
4.4 Kerangka Konsep
Untuk memahami kaedah pandang dan sebut, sila teliti kerangka konsep berikut
Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan
dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah
ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah
memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan
diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan.
Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa
kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu
belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.
Menggunakan bahan bantu belajar
KAEDAH
PANDANG DAN SEBUT
l
a
t
i
h
a
n
Menyebut
perkataan
Mencerakinkan
perkataan kata
Membina dan
membaca ayat
Kaedah Pandang dan Sebut :
Apakah yang anda fahami dengan kaedah pandang dan sebut
Bagaimanakah kaedah ini membantu proses membaca
WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
16
4.4 Aktiviti/Bengkel Asas Membaca Pandang dan Sebut
Untuk memahami kaedah ini kita perlu melaksanakan aktiviti berikut:
4.4.1 Menyebut Perkataan
Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan
langkah-langkah berikut:
 menyebut perkataan
4.4.2 Mencerakinkan perkataan
Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki:
 mencerakinkan perkataan menjadi suku kata
4.4.3 . Membina dan membaca ayat
Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki:
 membina ayat
Teruskan aktiviti membaca dengan
 membaca ayat yang lengkap.
4.4.4. Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah
Pandang dan sebut
Pastinya kini anda telah mahir melaksanakan langkah demi langkah dalam
kaedah pandang dan sebut.
Kini anda dikehendaki menggunakan kreativiti anda untuk :
 Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkahlangkah
tersebut.
WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU
17
 Anda kini boleh menggunakan bahan bantu tersebut untuk
melaksanakan kaedah pandang dan sebut seperti yang telah
anda pelajari.
Latihan
Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina
sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah pandang dan sebut secara
simulasi. Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang
digunakan.

0 ulasan: