PENGANTAR MORFOLOGI
1.0 PENGENALAN.
1.1. Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis
1.2. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.
1.3. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem
1.4. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
2.0 MORFEM
2.1. Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan
2.2. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini erdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum.
2.3. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num.
2.4. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum.
2.5. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
2.6. Latihan
2.6.1. Berapa bilangan morfem bagi setiap perkataan berikut:
2.6.1.1. memperjuangkan
2.6.1.2. memperlekeh
2.6.1.3. perjuangan
2.6.1.4. menduduki
2.6.1.5. dikasari
2.7. Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut:
Morfem bebas | Morfem terikat/imbuhan |
1. Dapat berdiri sendiri, misalnya, minum, cuti, sekolah, periksa 2. mempunyai makna sendiri | 1. Bentuk imbuhan, misalnya, mem, per, kan, ber 2. Tidak mempunyai makna, tapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna ayat. |
:
2.8. Morfem terikat/imbuhan pula boleh dibahagikan seperti berikut
2.8.1. Morfem terikat/imbuhan
2.8.2. Awalan - ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya, membaca, menghafal.
2.8.3. Akhiran - ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar
2.8.4. Sisipan - diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar - misalnya, telapak (tapak).
2.8.5. Apitan - ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per……..an, permainan.
Konsep Perkataan.
Konsep Perkataan
Merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna
Kata boleh dibahagikan kepada berikut:
| |
Latihan Tukarkan bentuk kata dasar berikut kepada sebanyak mungkin kata imbuhan yang berlainan maknanya. i. Makan ii. Minum iii. Tulen iv. Pergi v. Baik vi. Lelaki vii. Wanita viii. Banjir ix. Asing |
Bentuk-bentuk Kata
Kata/perkataan boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk berikut:
Kata tunggal | i. Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. ii. Akronim yang sudah diterima pakai juga tergolong dalam kata tunggal, misalnya; Mara, Petronas, Lada, tadika (taman didikan kanak-kanak), pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya. iii. Para pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama dengan singkatan. iv. Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan seperti IT untuk teknologi maklumat (information technology) dan PM untuk Perdana Menteri. v. Jelaslah, singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim. |
Kata terbitan | i. Terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan atau apitan. |
Kata majmuk | i. Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar. ii. Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain dan membawa makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi tergolong dalam frasa. iii. Misalnya; Budak berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadi budak itu berlari, atau budak yang berlari itu. iv. Pada umumnya, kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu perkataan. (lihat lampiran 1) |
Kata ganda | i. Kata ganda ialah pengulangan kata dasar sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa), seperti gila-gila, gula-gula, suka-suka, labah-labah, rama-rama dan sebagainya. ii. Contoh penggandaan separa ialah pepatung, lelabah, sesekali dan sebagainya. |
Latihan i. Cari sebanyak mungkin akar kata bahasa Melayu , dan bincangkan dengan pensyarah anda untuk memperkaya perbendaharaan kata. (sia rujuk tesaurus aau kamus jika perlu) ii. Baca petikan berikut dan bezakan mengikut kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Mengikut D. Mitchell, nilai membawa maksud ``…scarce objects of socially conditioned desire unevenly distributed and differently ranked.'' Ertinya, nilai adalah sesuatu yang dingini oleh masyarkat kerana ia dianggap baik dan berharga. Namun begitu ia tidaklah sama bagi semua keadaan dan tempat mahupun masa. Akibat kolonialisme sering dibincangkan dan sering pula kita rasakan dalam siri tulisan kita. Tapi, jaringan yang kompleks dan kesan yang dalam serta panjang seperti yang dianalisis oleh Edward Said, jarang kita fahami. Katanya, ``…orientalist reality is both antihuman and persistently. Its scope, as much as its institutions and all pervasive influence last up toe the present.'' Lebih daripada melemahkan peribadi sesuatu bangsa, sikap dan nilai orientalis itu antimanusia. Seorang orientalis dengan pendekatannya mendukung prasangka terhadap bangsa yang dijajah dan melawan atau menafikan dasar-dasar kemanusiaan dengan membahagikan dan membeza-bezakannya ke dalam kategori yang luas dan tidak dapat dipertanggungjawabkan. (Muhammad Hj. Salleh dan Harun Mat Piah, 1987. ``Jalan Di Seberang Simpang: Arah Pengajian Sastera Melayu ``Tradisional'' dlm. Perkembangan Sastera Kebangsaan, DBP, hlm. 87.) |
Proses Pembentukan Kata
Selain daripada kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda terbentuk melalui proses pembentukan kata.
Proses berkenaan diterangkan melalui skema rajah berikut:
| |
Pengimbuhan
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dalam empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Imbuhan Kata Nama
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Contoh imbuhan pada awalan ayat
Awalan | Varian | Contoh perkataan | contoh penggunaan |
ke- | Ke | kerabat, keladak, kekasih | Kerabat diraja itu makan di warung sahaja. |
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau abstrak | |||
peN- | pe- | pewangi, peragut, pesalah | Orang ramai membelasah peragut rantai itu sehingga pengsan. |
| pem- | pemfatwa, pemproses, pemberontak | Mesin pemproses sawit itu mahal harganya. |
| pen- | pensyarah, penswastaan, penagih, pendapat | Pensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari |
| Peng- | pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuh | Pengacau itu menggangu pengasuh kanak-kanak setiap hari. |
| penge- | pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebom | Pengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri |
| pel- | pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakon | Pelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang. |
peR- | Per | pertapa | Pertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya. |
juru- | juru- | jurutaip, jururunding, jurubahasa | Semua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan. |
dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar) | dwi- | dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran | Majalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris. |
eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-) | eka- | ekabahasa, ekakaum, ekafungsi | Pengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara |
pasca-(dirujuk kepada `selepas') | pasca- | pascasiswazah | Pengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran. |
pra-(menunjukkan makna `sebelum') | pra- | prasejarah, prakemerdekaan | Ahli arkeologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah. |
swa-menunjukkan maksud `sendiri') | Swa- | swalayan, swamodal, swakarya | Pelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayan itu. |
Contoh imbuhan pada akhiran ayat
Akhiran | contoh perkataan |
-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk) | seniman, budiman |
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya) | olahragawan, usahawan |
-wati (menunjukkan wanita yang ahli dalam bidangnya) | pragawati, olahragawati |
-an | pakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan |
Contoh imbuhan pada apitan ayat
Apitan | contoh perkataan |
ke....an | kezaliman, kesenangan |
pe...an | peranan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan |
peN...an | penyusunan, pengurangan |
sisipan | contoh perkataan |
-el- | telunjuk, kelengkeng, kelabut |
-er- | keruping, seruling, serabut |
-em- | kemuning, kemuncup, kemelut |
Imbuhan kata kerja
Menerima tiga jenis imbuhan awalan, akhiran dan apitan.Sisipan dengan sendirinya tidak membentuk kata kerja tetapi kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat menjadi kata kerja dengan imbuhan kata kerja seperti berikut:
gemerlap -------> bergemerlap
selerak----------> berselerak; menyelerakkan
Contoh imbuhan pada awalan
Awalan | varian | contoh perkataan |
beR- | be- | bekerja |
| bel- | belajar |
| ber- | berkawal, berhasrat, berziarah |
MeN | me- | melawat, merasa |
| mem- | memberi, memproses |
| meng- | mengelak, menggali, menghabiskan |
| menge- | mengebom, mengetin, mengelupur, mengesahkan |
di- | di- | dipukul, dibaca |
mempeR- | memper- | memperbaharu, memperhamba, memperluas, memperdalam |
dipeR- | diper- | diperbaharui |
teR- | te- | terasa, terasuk, terombak |
| ter- | terminum, terpisah, tercarut |
akhiran | contoh perkataan |
-kan | buatkan, amalkan, ramaikan, selesaikan |
-i | jauhi, turuti, masuki |
contoh imbuhan apitan yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya
Imbuhan | varian | contoh perkataan |
beR...an | ber...an | beranggapan, berdampingan |
| be...an | beratapan, berebutan |
beR...kan | be-...-kan | berumahkan, berantaikan |
| ber-...-kan | bertajukkan, berbantalkan |
meN...-kan | me-...-kan | memasukkan, merundingkan, meyakinkan |
| mem-...-kan | memberikan, mempastikan, memfatwakan |
| men-...-kan | mendirikan, menjadikan, menzahirkan |
| meng...-kan | mengambilkan,menggantikan, mengkanunkan |
| menge...-kan | mengeposkan, mengetinkan, mengesahkan |
meN...i | me...i | meracuni, melindungi, meyakini |
| mem-...i | membeloti, mempelopori |
| men--...-i | menjalani, mensyukuri |
| meng-...-i | mengairi, mengekori, menghadiri, menggarami |
mempeR-...kan | memper...-kan | memperhambakan, mempersendakan |
ke...an | ke-...-an | kecurian, kemalangan, kesiangan |
di....i | di-...-i | diragui, dikasihi, dirindui |
di...kan | di-...-kan | dipulangkan, dibenarkan |
dipeR...kan | diper-....-kan | diperkenankan, dipersembahkan, diperlihatkan |
Imbuhan Kata Adjektif
Kata adjektif tidak menerima akhiran
Amati contoh-contoh berikut:
imbuhan | varian | contoh perkataan | contoh penggunaan |
Awalan | |||
teR- | te- | teramai, teruncing, terendah | Pesta jualan itu mencatat kedatangan pelanggan teramai pada tahun ini. |
| ter- | terbaik, tersohor, terindah | ``Kaulah yang terbaik bagi diriku,'' katanya. |
se- | se- | seindah, seganas, sebesar, sehebat | Persembahan pentas kumpulan rock itu sehebat artis-arti rock dari luar negara. |
Apitan | |||
ke...an | ke-...-an | kemelayuan, kebaratan, ketimuran | Walaupun cara beliau berpakaian agak kebaratan, tetapi pemikirannya padat dengan aspirasi kemelayuan. |
Sisipan | |||
-el- | -el- | gelembung, selerak | Minuman bergas itu mempunyai gelembung udara |
-er- | -er- | gerigi, serabut | sejak beristeri dua, fikirannya amat serabut. |
-em- | -em- | gemilang, semerbak, gemerlap | Minyak wangi palsu itu semerbak baunya. |
-in- | -in- | sinambung | usaha beliau dalam perniagaan merupakan kesinambungan bakat neneknya. |
Pemajmukan
1. Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus dail, setiausaha dan sebagainya.
2. Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya:
i. Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi
ii. Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam
iii. Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai
Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu:
i. Umum
ii. Istilah
iii. Kiasan/peribahasa
Kata Majmuk Umum
Kata majmuk umum terbahagi kepada:
i. Kata majmuk biasa
Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari
ii. Kata Majmuk Gelaran
Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar
Kata Majmuk Istilah Khusus
Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus.
Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja
Kata Majmuk Kiasan
i. Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud selain daripada maksud harafiahnya, misalnya:
Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin
Pengimbuhan Kata Majmuk
Lampiran 1
Kata dasar 1 | Kata dasar 2 | Kata majmuk |
air | mata | air mata |
ambil | Alih | ambil alih |
meja | tulis | meja tulis |
ketua | menteri | ketua menteri |
tanggung | jawab | tanggungjawab |
antara | bangsa | antarabangsa |
Lampiran 2
Kata dasar 1 | Kata dasar 2 | Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan |
Antara | bangsa | antarabangsa |
Apa | bila | apabila |
Apa | kala | apakala |
Apa | lagi | apalagi |
bagai | mana | bagaimana |
barang | kali | Barangkali |
beri | tahu | Beritahu |
bumi | putera | Bumiputera |
dari | hal | darihal |
dari | pada | Daripada |
duka | cita | dukacita |
hulu | balang | Hulubalang |
jawatan | kuasa | jawatankuasa |
kaki | tangan | Kakitangan |
Ke | pada | kepada |
kerja | sama | Kerjasama |
mana | kala | Manakala |
Mata | hari | Matahari |
olah | raga | olahraga |
pada | hal | Padahal |
Pesuruh | jaya | Pesuruhjaya |
setia | usaha | setiausaha |
suka | rela | sukarela |
suruhan | jaya | Suruhanjaya |
tanda | tangan | Tandatangan |
tanggung | jawab | Tanggungjawab |
warga | negara | warganegara |
Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapi ia dieja/ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan, seperti contoh pada jadual di bawah:
Kata Majmuk | Apitan | Ejaan |
kuat kuasa | peN....an | penguatkuasaan |
kemas kini | meN...kan | mengemaskinikan |
anak tiri | meN...kan | menganaktirikan |
ibu bapa | ke...an | keibubapaan |
kuat kuasa | di...kan | dikuatkuasakan |
campur aduk | peR...an | percampuradukan |
Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah.
Imbuhan | Kata Majmuk | Kata Majmuk Terbitan |
berR- | garis pusat | bergaris pusat |
meN- | ambil alih | mengambil alih |
peN- | cari gali | pencari gali |
-an | daya serap | daya serapan |
-kan | urus niaga | urus niagakan |
Penggandaan
- Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.
- Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu
i. Gandaan penuh
ii. Gandaan separa
iii. Gandaan berentak
iv. Gandaan makna
3. Bagaimanapun ada ahli bahasa yang membahagikan kata ganda kepada tiga jenis iaitu
i. penggandaan penuh
ii. penggandaan berentak
iii. pengandaan separa.
Penggandaan penuh
- Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.
- Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan, dan kata nama majmuk.
- Kata yang digandakan ini dipisahkan dengan menggunakan sengkang.
Contoh-contoh mengikut jenis kata ganda adalah seperti berikut:
Kata nama tunggal | |
Alat | alat-alat |
Budak | budak-budak |
Rumah | rumah-rumah |
Murid | Murid-murid |
Kura | Kura-kura |
Makan | Makan-makan |
Tadika | Tadika-tadika |
Kata nama terbitan | |
Ketua | ketua-ketua |
Pekebun | pekebun-pekebun |
Makanan | makanan-makanan |
Persatuan | persatuan-persatuan |
pejuang | pejuang-pejuang |
Kedutaan | Kedutaan-kedutaan |
Penggandaan Berentak
- Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar.
- Seluruh kata nama itu digandakan dan bunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang dan diubah.
- Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.
- Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada lima jenis pula, iaitu:
i. penggandaan suku kata awal
ii. penggandaan suku kata akhir
iii. penggandaan konsonan
iv. penggandaan bersisipan
v. penggandaan berakhiran
- Bagaimanapun, penggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi, atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan.
- Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-)
Rentak pada pengulangan vokal atau diftong | |
Cerai | cerai-berai |
Hina | Hina-dina |
Sayur | Sayur-mayur |
Rentak pengulangan konsonan | |
gunung | Gunung-ganang |
susap | Susap-sasap |
simpang | Simpang-siur |
Penggandaan suku kata awal
Vokal dalam suku kata awal diulang, dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh:
Bukit | bukit-bukau |
Warna | warna warni |
Batu | batu-batan |
Penggandaan suku kata akhir
Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal.
Contoh:
Sayur | sayur mayur |
Kuih | kuih-muih |
Lauk | lauk pauk |
Penggandaan konsonan
Penggandaan jenis ini hanya mengulang konsonan dalam kata dasar, tetapi vokalnya berubah
Contoh:
Gunung | gunung-ganang |
Guruh | guruh-garah |
Penggandaan bersisipan
Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em- selepas konsonan pertama bentuk ulangannya.
Contoh:
Tali | tali-temali |
Gilang | Gilang-gemilang |
Jari | jari jemari |
Penggandaan berakhiran
Penggandaan penuh juga boleh menerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknanya menjadi pelbagai.
Contoh:
Sayur | sayur-sayuran |
Biji | Biji-bijian |
Barang | barang-barangan |
Penggandaan separa
- Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.
- Kata tunggal
(a) Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang diulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a /
Contoh:
Kata dasar | Penggandaan penuh | Penggandaan separa |
laki | Laki-laki | Lelaki |
langit | Langit-langit | Lelangit |
suatu | Satu-satu | Sesuatu |
Budak | Budak-budak | Bebudak |
Siku | Siku-siku | sesiku |
- Kata terbitan
(a) penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara.
I. Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalan dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau atau penggandaan separa depan.
II. Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang. Pengulangan tetapi dipisahkan dengan sengkang.
- Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang)
Kata dasar | Kata terbitan | Kata ganda |
Bual | Ber + bual | Berbual-bual |
cari | Ter + cari | Tercari-cari |
gila | Ter + gila | Tergila-gila |
borak | Ber + borak | Berborak=borak |
akan | Se + akan | Seakan-akan |
- Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan)
Kata dasar | Kata terbitan | Kata ganda |
anak | Ber + anak | Anak-beranak |
kejar | Men + kejar | Kejar-mengejar |
- kata ganda boleh didapati dalam golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. (lihat lampiran)
Penggandaan Makna
- Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Contoh:
Ipar | ipar duai |
Ipar | ipar lamai |
Saudara | saudara mara |
Makna Penggandaan
Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu:
a. menunjukkan banyak
buku | buku-buku |
ketua | ketua-ketua |
jabatan | jabatan-jabatan |
gunung | gunung-ganang |
bukit | bukit-bukau |
b. membentuk nama haiwan
biri-biri |
kupu-kupu |
kunang-kunang |
c. membentuk nama bagi benda yang menyerupai
langit | langit-langit (menyerupai langit) |
siku | siku-siku (menyerupai siku) |
orang | orang-orang (menyerupai orang) |
d. Menunjukkan pelbagai jenis
sayur | sayur-mayur |
kuih | kuih-muih |
saudara | saudara-mara |
Latihana. Nyatakan jenis gandaan perkataan dalam ayat-ayat berikut: Layang-layang putus talinya Akan daki gunung-gemunung Sumber zat makanan terdapat juga pada biji-bijian Hutang-piutang beliau belum dibayar Dia berkahwin dengan seseorang yang mempunyai ramai adik-beradik Jari-jemari para penari itu lembut belaka Pada waktu malam, api-api berterbangan di angkasa Layang-layang yang tidur di wayar elektrik itu datang dari Negara Cina pada musim sejuk Bukit bukau di kawasan itu tidak dilitupi oleh tumbuhan tebal Apabila buah padi mula timbul orang-orang dipasang di setiap sudut sawah itu. b. Tentukan makna kata ganda dalam ayat-ayat berikut:
c. beri bentuk gandaan kata nama berikut:
|
Golongan kata
Dalam bahasa Melayu terdapat dua kumpulan kata, iaitu:
I. Kata isian (kumpulan yang terbuka kerana sentiasa berkembang)
II. Kata tugas (kumpulan kata tertutup seperti dan, itu, amat, walaupun, sekiranya, dan sebagainya.
Kata-kata boleh digolongkan berdasarkan faktor sintaksis dan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat iaitu: I. Kata nama
II. kata kerja
III. kata adjektif
IV. kata tugas
Kata nama, kata kerja dan kata adjektif ialah kata isian yang terbuka
Golongan kata nama
Subgolongan | ciri | jenis | contoh |
Nama khas | Hidup | Manusia | Ali, Fatimah, Tun Abdul Razak, Hang Jebat, Aziz Osman |
Bukan manusia | Bujang senang, Si Tompok, Pak Belang | ||
Tak hidup | | Gunung Kinabalu, Gua Musang, Sabak Bernam, Proton Saga, Waja, Wira. | |
Nama am | Konkrit | | Kepala, meja, pelajar, ketua, kapal terbang |
Abstrak | | Harapan, kemahuan, kecuaian,keberanian, kesenangan, dengki. | |
Ganti nama | Penunjuk | | Ini, itu |
| | Tanya | Siapa, apa, mana |
| Diri | Orang pertama | Saya, beta, aku, patik, kami, kita |
Orang kedua | Awak, kamu, engkau anda, saudara, saudari, tuan hamba. | ||
Orang ketiga | Ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya |
Golongan Kata Kerja (KK)
Kata kerja (KK) merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.
| |
subgolongan | Ciri | jenis | Contoh |
Tak transitif -Tidak memerlukan objek untuk melengkapkannya. -Tetapi ada yang memerlukan pelengkap. | Tak berpelengkap- Tidak memerlukan pelengkap | Tak Transitif Tak Berpelengkap | - Rumah itu sudah roboh - Turunnya Union Jack, jalur Gemilang pula yang berkibar |
Berpelengkap- memerlukan pelengkap | Tak transitif Berpelengkap | - keadaan Halim bertambah parah - Air sungai beransur surut | |
Transitif- memerlukan objek atau penyambut. | Aktif | Transitif Aktif | Menulis, menampar, memakan |
Pasif | Transitif Pasif | Ditulis oleh/dengan, ditampat. Dimakan oleh/dengan |
Golongan kata adjektif
Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.
Jenis | Contoh |
Sifat | Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat |
warna | Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat |
ukuran | Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis |
bentuk | Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong. |
waktu | Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam. |
jarak | Dekat, hampir, jauh |
cara | Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah. |
Pancaindera - rasa - pandang - dengar - bau - sentuh | Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau Buruk, hodoh, jelita, cantik Bising, senyap Busuk, wangi, hangit, hapak Kesat, kasar, lembab, halus, licin |
Adjektif perasaan | Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira. |
Tip | ||
Kata adjektif dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar | Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. | Adjektif perasaan harus diiktui oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya. Contoh: Saya sangat segan dengan awak Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan mereka. |
Golongan Kata Tugas
Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu. Jadual berikut menjelaskan fungsi kata tugas.
Contoh | subgolongan | Tugas |
|
| Menghubungkan ayat atau klausa. |
Aduh, amboi, wah syabas, oh, cis | Kata seru | Menunjukkan seruan |
Mengapa bila, berapa, bagaimana | Kata tanya | Menyoal atau bertanya |
Jangan, usah, sila, jemput tolong, minta, harap | Kata perintah
| Menimbulkan Tindakan balas |
Ya, benar, betul | Kata pembenar | Membenarkan sesuatu |
Maka, hatta, adapun, syahdan | Kata pangkal ayat | Menandakan kesinambungan ayat |
Telah, sudah, pernah, masih, sedang, tengah, akan belum. Hendak, mahu ingin, harus, mesti, boleh, dapat. | Kata bantu | Membantu frasa-frasa kerja, adjektif, sendi nama. |
Amat, sangat, sekali, terlalu, paling, sungguh, benar, nian. | Kata penguat | Menguatkanmaksud suatu adjektif |
-kah, -tah, -lah, juga, pun, hanya, memang, lagi | Kata penegas | Menegaskan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat |
| Kata nafi | Menafikan sesuatu |
| Kata pemeri | Memerikan hal atau merangkaikan subjek dengan predikat. |
Di, ke, daripada, antara, untuk, bagi, akan, terhadap, oleh, seperti, umpama, bagai. | Kata sendi nama | Pelbagai tugas bagi kata atau frasa nama |
Atas, bawah, sisi, depan, belakang, hadapan, , dalam luar, samping, timur, barat. | Kata arah | Menunjukkan arah atau hala |
| Kata bilangan | Menerangkan bilangan atau jumlah |
-nya | Kata penekan | Memberi penegasan bagi kata yang digandingi |
-nya | Kata pembeda | Menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama |
Kata hubung
Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan untuk membentuk ayat majmuk.
Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
Kata hubung gabungan | Kata hubung pancangan | ||
1. Mengubungkan klausa-klusa yang sama tarafnya 2. Contoh kata: dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya. 3. Contoh ayat: i. Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah. ii. ``Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya. iii. Dia mengelak, lantas menikam. | Pancangan relatif | Pancangan komplemen | Pancangan keterangan |
-menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang. Contoh: i. Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah. ii. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya. iii. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah. | -Menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Kompelen bermaksud pelengkap). -Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. -Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk. i. Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A. ii. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar. iii. Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai. | -Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah: kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya. i. Mereka tidak dibenarkan masuk ke stadium kerana tidak memiliki tiket yang sah. |
Kata Kata Seru
Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.
Contoh:
|
Penting: Kata seru diguna sebelum klausa, dan kata seruan pada penghujung ayat, sebagai penutup ayat seruan itu.
Kata Tanya
Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat.
Jika predikat didepankan, maka kata tanya hendaklah disertai oleh partikal –kah.
Lihat contoh-contoh berikut:
Harga rumah baru kamu berapa? Berapakah harga rumah baru kamu? |
Kemalangan itu berlaku bagaimana? Bagaimanakah kemalangan berlaku? |
Ayat Perintah
Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan. Kaji contoh berikut:
Jenis perintah | Kata perintah | Contoh penggunaan |
Larangan | Jangan, usah | Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah komunis. Usah pergi ke sungai yang dalam airnya. |
Silaan | Sila, jemput | Sila menjamu selera. Jemput ke rumah saya malam esok, ada kenduri kawin |
Permintaan | Tolong, minta | Tolong jangan cemarkan nama baik diri sendiri. Minta bersihkan meja awak. |
Kata Bantu
Kata bantu hadir sebelum frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam ayat.
Kata jenis ini membantu menerangkan aspek waktu dan ragam perasaan.
Kata Bantu | |
Kata bantu aspek | Kata bantu ragam |
Memperihalkan masa lampau, kini, atau masa hadapan. | Memperihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. |
Contohnya: telah, sudah, sedang, masih, akan, belum. | Contohnya: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat. |
Kata penguat
Kata penguat bertugas menguatkan maksud kata adjektif.
Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Berdasarkan pada kedudukan ini, kata penguat terbahagi kepada tiga jenid iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas.
Kaji contoh-contoh di bawah dengan teliti:
Jenis kata penguat | kata penguat | contoh penggunaan |
Hadapan | paling, terlalu, agak | Awak yang paling pintar dalam kelas ini. Teknik yang awak gunakan untuk menyelesaikan rumus Matematik itu terlalu rumit. |
Belakang | sekali, benar, nian | Permata yang termahal sekali diletakkan di ruangan khas itu. Tanpa kebenaran ketua, awak telah bercuti lama benar. |
Bebas | amat, sangat, sungguh | Hujan lebat amat Hujan amat lebatBadang kuat sangat Badang sangat kuat Ibu letih sangat semalam. Semalam ibu letih sangat. |
Kata Penegas
Kata Penegeas atau partikel bertugas menekankan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.Menurut fungsinya sebagai penegas, kata tugas ini boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu kata penegas frasa predikat sahaja atau bahagian-bahagian dalam predikat dan kata penegas frasa subjek atau frasa apredikat.
Rajah di bawah merumuskan jenis kata penegas dan penggunaannya.
Jenis Kata Penegas | Kata Penegas | Contoh Penggunaan |
Frasa predikat atau bahagian dalam predikat | -kah, -tah, - lah | Siapakah yang memakai baju merah itu? Yang itulah murid baru sekolah ini.Apatah usaha kita menghidupkan semula pekan teater ini. |
Frasa subjek atau frasa predikat | juga, pun, hanya, lagi, memang, sahaja | Pegawai juga mesti hadir (subjek) Pegawai mesti hadir juga (predikat)Adiknya pun jurutera. (subjek) Adiknya jurutera juga (predikat) |
Kata Nafi
Kata nafi bertugas menafikan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam predikat.Ada dua kata nafi iaitu bukan dan tidak.
Kata Nafi | Contoh |
bukan | Universiti swasta itu hanya menawarkan kursus-kursus sains, bukan seperti universiti awam yang menawarkan berbilang kursus. |
Perdana Menteri berjumpa Bush, bukan Powell | |
tidak | Meritokrasi tidak membebankan mana-mana pihak |
Tulisan oleh penulis sensasi itu tidak benar langsung. |
Kata Pemeri
Kata pemeri bertugas merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek.Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
ialah | adalah |
Digunakan sebelum predikat untuk menandakan persamaan antara frasa subjek dean frasa utama dalam predikat. contoh: Tindakan kerajaan menetapkan mata wang ialah usaha melindungi ekonomi negara daripada serangan luar. | Digunakan sebelum predikat sebagai huraian bagi frasa subjek. Frasa predikat biasanya menjawab soalan ``apakah''Contoh: Makanan seimbang adalah makanan yang diambil secara sederhana serta pelbagai jenis. |
Kata Sendi Nama
Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.Kata tugas lain tidak membentuk frasa
Kata tugas digunaan sebelum kata nama dna frasa nama.
Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.
Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi Nama | Tugas/contoh |
di | Menunjukkan tempat (di pejabat) Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci) |
ke | Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia) Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam) |
dari | Menunjukkan tempat atu arah datang Menunjukkan waktu atau masa |
kepada | Menunjukkan sasaran/ditujukan Menunjukkan bahagian sesuatuMenunjukkan perubahan keadaan |
daripada | Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri) Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga)Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada) |
pada | Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen) Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya)Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam) |
untuk | Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu) Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja) |
bagi | Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid) Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang. |
demi | menunjukkan tujuan menunjukkan urutanUntuk menegaskan sesuatu |
tentang | Menunjukkan rujukan |
dengan | Menunjukkan turut serta Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukanMenunjukkan benda yang digunakan Menunjukkan persamaan |
sejak, semenjak | Menjadi penanda waktu atau masa |
terhadap | Menunjukkan rujukan yang tentu |
oleh | Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif Menunjukkan sebab |
akan | Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif |
hingga, sampai | Menunjukkan had masa atau peringkat |
seperti, bagai, umpama, laksana, bak | Menunjukkan perbandingan |
Kata Bilangan
Kata bilangan menerangkan bilangan atau jumlah sesuatu,. Lihat penjenisan kata bilangan seperti rajah di bawah: Jenis | kata bilangan |
bilangan tentu | satu, dua, tiga empat... |
bilangan tak tentu | banyak semua segala |
bilangan himpunan | kedua-dua, beratus-ratus |
bilangan pecahan | Setengah, dua pertiga |
bilangan pisahan | tiap-tiap, masing-masing, setap |
contoh:
Datukku berjalan dengan sebatang tongkat.
Kata penekan -nya
Kata penekan -nya berfungsi menegaskan kata yang digabungkan dengannya.Lihat contoh-contoh di bawah.
Nampaknya masih ada yang belum membayar saman kesalahan jalan raya. |
Awak sebenarnya masih belum membereskan hutang bank. |
Kata Pembenda
Kata -Nya adalah juga kata pembenda, yakni berfungsi menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama. Ia boleh menjadi kata adjektif dan kata kerja sebagai kata nama, misalnya: Sedihnya perasaan saya tidak dapat digambarkan. (Kata sedih ialah kata adjketif; pembeda -nya menjadikannya kata nama. |
Tajuk-tajuk Perbincangan
1. Konsep Morfologi
2. Kata Nama Am
3. Kata Nama Khas
4. Kata Ganti Nama
5. Pembentukan Kata Nama Tunggal
6. Pembentukan Kata Nama Terbitan
7. Pembentukan Kata Nama Majmuk
8. Pembentukan Kata Nama Ganda
9. Kata Kerja Tak Transitif
10. Kata Kerja Transitif
11. pembentukan Kata Kerja Tunggal
12. Kata Kerja Terbitan Awalan, Akhiran dan Apitan
13. Pembentukan Kata Kerja Majmuk
14. Pembentukan Kata Kerja Ganda
15. Jenis Kata Adjektif : Sifatan, Warna, Ukuran, Bentuk dan Waktu
16. Jenis Kata Adjektif : Jarak, Cara, Perasaan dan Pancaindera
17. Pembentukan Kata Adjektif Tunggal
18. Pembentukan Kata Adjektif Terbitan
19. Pembentukan Kata Adjektif Ganda
20. Pembentukan Kata Adjektif Majmuk
21. Kata Hubung Gabungan
22. Kata Hubung Pancangan
23. Kata Seru
24. Kata Tanya
25. Kata Perintah dan Kata Pembenar
26. Kata Pangkal Ayat
27. Kata Bantu
28. Kata Penguat
29. Kata Penegas
30. Kata Nafi dan Pemeri
31. Kata Sendi Nama
32. Kata Arah dan Kata Bilangan
33. Kata Penekan dan Kata Pembenda
PENGANTAR SINTAKSIS
§ Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
§ Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Frasa
§ Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
§ Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
§ Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.Frasa Nama
Ingat, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan.
Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama.
Contoh:
Bas awam
Basikal adik
Basikal Raleigh
Contoh di atas, inti frasa ialah bas dan basikal.
Kata yang menyusul ialah penerang frasa.
Rumus Frasa Nama (FN)
Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hukum Diterangkan - Menerangkan. Contohnya - pisang goreng
Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal.
Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut:
Frasa Nama | Nota | |
Penerang | Inti | |
Perdana | Menteri | Penerang nama jawatan |
Tuan | Ahmad | Penerang gelaran/panggilan |
Timbalan | Menteri Pelancongan | Penerang nama jawatan |
Frasa Nama | Nota | ||
Bilangan | Penjodoh bilangan | inti | |
Lapan | bilah | pedang | Penerang kata bilangan dan penjodoh bilangan |
Semua | - | murid | Penerang kata bilangan |
Enam | ekor | buaya | Kata bilangan dan penjodoh bilangan |
Selain daripada susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang.
Contoh:
Inti | Penerang Adjektif | Penerang Kata Nama/Frasa Nama | Penentu belakang |
Kereta | berkilat | ayah | itu |
Frasa Kerja (FK)
1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)
Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa kerja | ||
Frasa Kerja Transitif | Frasa Kerja Tak Transitif | |
(i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada. (ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada | Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap | Frasa kerja tak transitif berpelengap |
(i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan) Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada(ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada. | (kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada. |
contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Subjek | Predikat | Nota | ||
Frasa Nama | Frasa kerja | |||
Kata bantu | Kata kerja | Keterangan | ||
Lelaki itu | sedang | makan | di atas meja. | maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang. |
Cikgu | masih | menulis | di papan hitam. | |
bayi itu | sedang | merangkak | dengan laju. | |
Jamal | akan | datang | esok | |
Khatib | sedang | berkhutbah | di surau |
contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap
Subjek | Predikat | Nota | ||||
Frasa nama | Frasa kerja | |||||
Kata bantu | Kata kerja | pelengkap | Penerang | keterangan | ||
Mereka | akan | pulang | ke rumah | secepat mungkin | dalam minggu ini | pelengkap frasa sendi nama |
Ahmad | ingin | menjadi | penyanyi | yang terkenal | di negara ini | pelengkap kata nama |
Saya | | tinggal | di Klang | | | Pelengkap frasa sendi nama |
Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat.
Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.
Contoh:
Subjek | Predikat | Nota | ||
Penguat hadapan | Kata Adjektif | Penguat Belakang | ||
Ahli Gusti itu | sungguh | handal | | |
Ali | sangat | pandai | | |
Awak | | hebat | betul | |
Frasa sendi nama
Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu
Oleh kerana sifatnya eksosentrik, ia hanya wujud bersama frasa nama.
Contoh:
Subjek | Predikat | |||
Frasa sendi nama | ||||
Kata bantu | Kata sendi nama | Kata arah | Frasa nama | |
Alias | | dari | arah selatan | Tanjung Malim |
Rombongan sekolah | akan | ke | | Menara Kuala Lumpur |
Kedai Pak Abu | | di | depan | masjid |
Klausa
Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.
Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsure utama yang wajib untuk status ayat.
Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
Klausa bebas.
Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut:
Klausa | Ayat | ||
Subjek | Predikat | Subjek | Predikat |
budak itu | mendengar radio | Budak itu | mendengar radio |
ujian tadi | amat susah | Ujian tadi | amat susah |
jambatan itu | jambatan kayu | Jambatan itu | jambatan kayu |
Mereka | ke pantai | Mereka | ke pantai |
Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali.
Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan nokhta, manakala klausa tidak.
Klausa Tak Bebas
Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat.
Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.
Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan denganteliti terlebih dahulu. |
Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga. |
Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya. |
Kalau hujan turun berlarutan, penoreh getah akan menghadapi masalah kewangan. |
Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancanan dan ayat campuran.
Ini kerana ayat-ayat ini mempunayi dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas.
Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.Ayat
§ Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
§ Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah
§ Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.
§ Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
§ Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.
Subjek Ayat | Predikat Ayat | Frasa Subjek | Frasa Predikat | Rumus Pola Ayat |
Ahmad | mengulangkaji tatabahasa | Frasa Nama | Frasa Kerja | FN + FN |
Cikgu | ke sekolah | Frasa Nama | Frasa Sendi Nama | FN + FS |
Fatimah | amat rajin | Frasa Nama | Frasa Adjektif | FN + FA |
Ah Chong | seorang usahawan | Frasa Nama | Frasa Nama | FN + FN |
Binaan Ayat
- Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.
- Perhatikan contoh di bawah:
Subjek | Subjek | ||
Bah. Ayat | Unsur | Bah. Ayat | Unsur |
Ah Tian | | guru senaman | |
Tipah | | membeli gula | |
Suara ketua pengawas itu | | serak-serak basah | |
Munainady | | menoreh getah | |
- Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
- Perhatikan ayat berikut:
Pelajar itu membaca buku. |
- Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).
- Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.
- Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:
Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat) |
- Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.
- Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)
- Lihat contoh berikut:
Subjek Ayat | Predikat Ayat | Frasa Subjek | Frasa Predikat | Rumus Pola Ayat |
Jamilah | pengurus sumber manusia | Frasa Nama | Frasa Nama | FN+FN |
Atan | budak pandai | Frasa Nama | Frasa Adjektif | FN+FA |
Penjenisan Ayat
- Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
- Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan.
- Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif.
- Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru.
- Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan.
- Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar.
- Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
- Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
- Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
- Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).
Ibu negara kita Kuala Lumpur |
Gunung KInabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara |
Di dalam almari tali leher ayah |
Nama encik siapa? |
Berapakah keuntungan kita hari ini? |
- Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
- Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
- Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu dan sebagainya.
Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa.
Cuba teliti contoh di bawah.
(1) Aminah pandai menyanyi dan menari |
(2) Aminah pandai menyanyi |
(3) Aminah pandai menari |
Kedua-dua ayat (2) dan (3) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan.
Klausa (2) dan (3) sama tarafnya iaitu klausa utama.
Lihat contoh berikut pula:
(1) Pengetahuan beliau sempit, kupasan-kupasannya cetek, serta contoh-contohnya pula tidak menarik. |
(2) Pengetahuan beliau sempit |
(3) Kupasannya cetek |
(4) Contoh-contohnya pula tidak menarik. |
Ayat (1) berasal daripada daripada ayat-ayat (1), (2) dan (3).
Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung ‘serta.’
Semua klausa sama tarafnya, iaitu klausa utama.
Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar atau fakta yang bertentangan .
Untuk fakta yang bertentangan, kata hubung seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan.
Untuk fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya digunakan .
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancagan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.
Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
Ayat Majmuk Pancangan | |||||||||
Ayat Relatif | Ayat Komplemen | Ayat Keterangan | |||||||
Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung.Perhatikan contoh berikut:
| Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. Perhatikan contoh berikut:
Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama. | Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Contoh: Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia. Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman. Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman. Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu. Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan:
| |||||||
Perhatikan pula contoh yang berikut:
| Lihat contoh berikut:
| ||||||||
Perhatikan lagi contoh berikut:
|
Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.
Biasanya, ayat jenis ini panjang.
Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah.
Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.
contoh 1:
Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1). |
contoh 2:
Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh jawatankuasa (U1) dan kami diperkenalkan kepada Pegawai Daerah (U2) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampun (U3). |
contoh 3:
Ketika pihak bomba sampai (K1) kebakaran itu mula merebak (U1) walaupun penduduk di situ cuba mengawal api (K2). |
contoh 4:
Projek-projek besar kerajaan diharap menjana pertumbuhan ekonomi negara (U1) dengan meluaskan pekerjaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K2) selain menyediakan infrastruktur negara (U2). |
Susunan ayat
Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari segi unsur yang mendirika ayat tetpi juga dari segi susunan unsur-unsur itu.JIk dilihat dari sudut ini, ayat terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
Ayat susunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa.
Jika susunan biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang.
Pendepanan boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.
Perhatikan contoh-contoh di bawah.
Adik-adik saya mandi lagi di sungai itu. |
Mandi lagi adik-adik saya di sungai itu (FK mandi lagi didepankan). |
Ahmad ke Langkawi dengan keluarganya. |
Ke Langkawi Ahmad dengan tunangnya (FS ke Langkawi didepankan). |
Jenis ayat
Jenis Ayat (mengikut tujuan ayat) | ||||||||
Ayat Penyata | Ayat Tanya | Ayat Perintah | Ayat Silaan | Ayat Permintaan | ||||
Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan. contoh:
| Untuk bertanya atau menyoal. Ayat tanya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:i. Ayat tanya tanpa kata tanya contoh:
contoh:
| Bertujuan menimbulkan tindak balas daripada orangkedua. Umumnya tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan, dan permintaan.Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan dan permintaan, maka ayat perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan sebagainya. | Ayat silaan iaah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila. Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat.contoh:
| Ayat permintaan bertujuan meminta sesuatu dan biasanya menggunakan kata perintah tolong dan minta. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan lagi ayat. |
Ragam Ayat
Dalam penggolongan kata, kata kerja terdiri daripada dua jens, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.Kata kerja tak transitif ini pula ada dua bentuk, iaitu aktif dan pasif.
Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan predikt yang mengandungi objek.
Dengan menggunakan imbuhan pasif di- atau kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar ragamnya menjadi ayat pasif.
Di samping itu, ayat aktf yang subjeknya terdiri daripada kata ganti diri orang pertama ( seperi saya, kami aku) dan orang kedua (seperti awak, kamu, engkau, anda) , kata ganti nama berkenaan boleh digunakan sebagai penanda pasif pada dasar kata kerja.
Ayat Aktif | Ayat Pasif | ||||
Subjek | Predikat | Subjek | Predikat | ||
Frasa Nama | Kata kerja | Frasa Nama (Objek) | Frasa Nama | Kata Kerja | Frasa Nama (Objek) |
Cikgu | memotong | rumput | Rumput | dipotong | oleh cikgu |
Kereta itu | melanggar | tembok | Tembok itu | terlanggar | oleh kereta itu |
Kucing itu | meratah | ayam goreng itu | Ayam goreng itu | kena ratah | oleh kucing itu |
Ayat yang sama apabila dipasifkan, mementingkan objek ayat aktif , yakni rumput, tembok itu dan ayam goreng itu, dan oleh sebab itu, objek tadi dijadikan subjek ayat pasif. (lihat jadual di atas)
Dalam hal ini berlaku perubahan peranan kepada frasa nama.
Ayat songsang
Ayat-ayat pasif yang dibentuk oleh kata ganti nama boleh didepankan predikatnya untuk menjadi ayat songsang. LIhat jadual di bawah:
Ayat Aktif | Ayat Pasif | ||
Subjek | Predikat | Subjek | Predikat |
Saya | mengarang puisi malam ini | Puiis ini | saya karang semalam |
Awak | mengukus kek itu untuk cikgu | Kek itu | awak masak untuk cikgu |
Kami | menanam pokok-pokok bunga itu | Pokok-pokok bunga itu | kami tanam |
|
Kata ganti nama diri saya, awak, dan kami bukan subjek ayat berkenaan.
Subjek ayat berkenaan ialah puisi, kek dan pokok-pokok bunga.
Ayat-ayat ini ialah ayat pasif songsang.
Predikat ayat-ayat berkenaan dicetak miring.
Tajuk Perbincangan
1. Konsep Frasa, klausa dan Ayat
2. Frasa Nama
3. Frasa Kerja
4. Frasa Adjektif
5. Frasa Sendi Nama
6. Klausa Bebas
7. Klausa Terikat
8. Ayat Penyata/Berita/Keterangan
9. Ayat Tanya
10. Ayat Perintah
11. Ayat Seruan
12. Ayat Emfatik
13. Ayat Tunggal
14. Ayat Majmuk
15. Ayat Aktif
16. Ayat Pasif
17. Proses Penerbitan Ayat
18. Tatabahasa Wacana
0 ulasan:
Catat Ulasan