Isnin, 16 Julai 2012

KEMAHIRAN MEMBACA

PERINGKAT-PERINGKAT PEMAHAMAN MEMBACA
Pemahaman membaca bermaksud suatu sistem yang merekod segala
maklumat secara kontekstual dalam pemikiran pembaca. Setiap konsep
membentuk satu set minda atau dikenali sebagai ‘mind of fail’ dalam pada
waktu yang sama, pembinaan makna berlaku. Pengalaman lalu, sedia
ada menggabungkan pengalaman baru,memberi kekuatan kepada
pemahaman makna yang sebenar.
Terdapat empat peringkat pemahaman bacaan, iaitu:
 Peringkat Lateral (Penubuhan makna)
 Peringkat Interptretasi (Pentafsiran makna)
 Peringkat Inferens (Perumusan makna)
 Peringkat Menilai (Penilaian makna)
Ciri-ciri Penubuhan Makna
(iii)Memahami makna perkataan sebagaimana yang digunakan dalam
ayat atau konteks tertentu.
(ii) Mengecam dan memahami makna perkataan yang membawa erti
yang sama atau berlawanan.
(iii) Mengenal dan mengecam ayat-ayat topik, isi-isi penting dan
sampingan dalam perenggan.
(iv) Memahami dan mengecam urutan idea dan peristiwa sesuatu
petikan.
(v) Mengenal pasti dan memahami bahasa kiasan, perumpamaan,
simpulan bahasa dan bidalan.
(vi) Mengecam dan memahami makna perkataan, frasa, ayat dan
perenggan sama ada dalam prosa atau puisi.
Ciri-ciri Pentafsiran Makna
(iii)Memahami maksud idea atau isi yang tersurat atau isi yang tersirat
dalam bahan bacaan.
(ii) Mengenali hubungan sebab dan akibat serta dapat mengenal pasti
bahan yang dibaca berdasarkan isi dan jalan cerita.
(iii) Membuat andaian tentang masa, tempat, dan nada sesuatu bahan
yang dibaca.
(iv) Menggabungkan pengetahuaan sedia ada dengan bahan bacaan
untuk dibuat bandingan.
(v) Memahami makna perkataan atau rangkai kata dalam pelbagai
situasi.
(vi) Membuat ramalan dan memahami tujuan penulisan sesuatu tulisan
bahan yang dibaca.
Ciri-ciri Perumusan Makna
(iv)Rumusan yang terdapat dalam bahan bacaan menjadikan
pengetaahuan sedia ada semakin berkembang. Bahan atau teks
dapat dirumus selepas proses pembacaan.
(ii) Makna dapat ditafsirkan sendiri oleh pembaca sebagai satu proses
minda.
(iii) Merumus makna luaran dan makna dalaman. Makna luaran
makna yang disepakati oleh pembaca. Makna dalaman pula
makna yang penulis sahaja yang boleh merumuskan.
(iv) Perumusan merupakan satu tindakan mengambil satu keputusan
dari pelbagai sudut.
(v) Perumusan dapat mengubah tingkah laku pembaca.
Ciri-ciri Penilaian Makna
(iii)Pembentukan pendapat peribadi berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam teks.
(ii) Memberikan alasan atau sebab mengapa sesuatu isu itu dipilih.
(iii) Mampu membuat keputusan atau rumusan terhadap bahan yang
telah dibaca.
(iv) Mengenal pasti bahan bacaan yang dibaca mengandungi
propaganda, prasangka atau emosi lain.
(v) Dapat membezakan antara fakta dan pendapat.
(vi) Menganalisia bahan yang dibaca dari pelbagai sudut kandungan.
TEKNIK-TEKNIK KHUSUS BACAAN DAN PEMAHAMAN
Terdapat beberapa teknik membaca dan tujuan
membaca. Teknik-teknik ini boleh dijalankan dalam bilik
darjah. Penggunaan teknik ini bergantung kepada situasi,
kecerdesan pelajar, dan tujuan pembelajaran membaca.
Berikut beberapa teknik membaca:
6. Teknik Membaca SQ3R
8. Teknik Membaca KWLH
10. Teknik Directed Reading – Thingking Activity (DR-TA)
(Aktiviti Membaca Berfikir Terarah)
Teknik Membaca SQ3R
Teknik ini digunakan pada tahap pelajar berpencapian baik dan mahir
membaca. Tujuan menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman
pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan
tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopori Robinson (1941).
S-SURVEY (Tinjau)
• Pelajar membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal
tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri. Pelajar bebas
dalam erti kata menanggap apa yang dibaca. Pelajar hanya
memfokuskan/menumpukan bahan/teks kepada tajuk
umum/besar, sub-tajuk, gambar, simbol, ilustrasi, grafik,
pemenggalan teks.
• Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan
scanning.
Q-QUESTION (penyoalan / pertayaan)
• Pelajar menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati) yang terkandung
dalam teks.
• Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh pelajar tentang
topik/isu dalam teks.
• Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan
tugasan yang diberi.
• Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar.
• Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari jawapan – peramalan
jawapan yang paling relavan.
R-READ (Baca)
• Pelajar dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan
kepada teks yang dibaca.
• Dalam masa yang sama pelajar cuba mencari jawapan kepada soalan
yang disenaraikan tadi.
• Dalam masa yang sama juga, pelajar boleh menyenaraikan soalan
tambahan.
• Sepanjang masa membaca, pelajar boleh menaakul maklumat yang
terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan.
• Di samping itu pelajar boleh bertukar-tukar fikiran dengan sama ada
menerima atau menolak konsep maklumat yang dibaca. Hal ini bererti
pelajar tidak semestinya menerima semua maklumat yang terdapat dalam
teks.
R-RECITE (Imbas kembali)
• Setelah pelajar membaca keseluruhan teks/bahan, pada
peringkat ini pelajar dikehendaki mengingat kembali
semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks.
• Pelajar menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan
soalan atau tugasan. Seterusnya pelajar dapatlah
menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat
dalam teks.
• Di samping itu pelajar juga boleh memberikan jawapan
kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat
teks. Pelajar boleh membandingkan ketepatan jawapan
mereka.
 R-REVIEW (Baca semula)
• Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki membaca semula
soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat.
• Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang
ada pada peringkat recit (imbas kembali) di atas.
• Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta
dan maklumat dalam teks.
• Pelajar jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan
pada peringkat question / pertanyaan.
Melalui proses teknik SQ3R, pelajar memperoleh maklumat
yang tepat, cepat, dan dapat menyelesaikaan tugasan secara
berkesan.
Teknik Membaca KWLH
Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia
ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia
ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya. Dalam proses
pembelajaran, pengetahuan sedia ada (PSA) amat penting untuk meningkatkan
keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan / teks yang dibaca.
Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang diperoleh daripada
pembacaannya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca
lagi.
K W L H bermaksud:
K (know) – Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca)- catat pengetahuan
sedia tentang tajuk atau topik bahan bacaan.
W (what) – Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) – catat apa yang ingin
diketahui tentang tajuk atau topik bahan bacan.
L (learned) – Apa yang telah diketahui (selepas membaca) – catat isi penting
daripada tajuk atau topik yang dibaca.
H (how) – Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan
seterusnya) – catat bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan
selepas membaca teks/tajuk tersebut.
Apakah tujuan teknik KWLH diterapkan dalam pengajaran?
Tujuannya ialah:
(iv)Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan
atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
(ii) Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada
bahan atau teks yang sediakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
(iii) Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari
daripada sumber lain, selain sumber yang telah sediakan.
(iv) Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan
yang sedang berikan (semasa).

Teknik Directed Reading – Thingking Activity (DR-TA)
( Aktiviti Membaca Berfikir Terarah)
Teknik DR-TA, diperkenalkan oleh Russel Stauffer,
(1969/1975). Menurut beliau teknik ini membolehkan pelajar
membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan
bacaan (teks, imej,simbol,grafik), lalu memproses idea dan
menguji jawapan dengan mengambil bahagian dalam
pusingan membaca. Mereka boleh meramal dan
mengesahkan sari pati / isi maklumat yang dibaca.
Pendekatan yang digunakan ialah dengan cara guru
membimbing pelajar:
(i) Menggerakkan pemikiran pelajar: “Apakah pendapat
anda (pelajar) tentang
petikan/tajuk/buku teks yang dibaca...:”
(ii) Menggerakkan pemikiran (mencabar idea) pelajar:
“Mengapakah anda (pelajar) berpendapat begitu ...”
(iii) Mengumpulkan bukti: pelajar dikehendaki
membuktikan hujah atau idea mereka berdasarkan
pemahaman mereka.
Tujuan teknik DR-TA:
(iii)Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca bahan
bacaan/teks secara kritis dan reflektif.
(ii) Menghala-tujukan tujuan pelajar membaca bahan bacaan/teks.
(iii) Mengaktifkan pandangan dan fikiran pelajar tentang topik yang
akan dibaca.
(iv) Meminta pelajar mengenal pasti, mengasimilasasi maklumat,
dan memaham bahaan bacaan/teks yang dibaca.
(v) Guru mengkaji bahan bacaan berdasarkan tujuan membaca.
(vi) Guru membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang dibaca
oleh pelajar.
(vii) Guru dan pelajar boleh membuat rumusan, pertimbangan,
penilaian, dan membuat keputusan terhadap bahan yang
dibaca.
Fasa I ialah hasilan / produk DR-TA iaitu peluasan dan
pemurnian pendapat dan pemikiran murid.
Langkah-langkah dalam Fasa 1
Langkah 1: Memperkenalkan teks yang akan dibaca.
(ix)Guru menggalakkan pelajaar membuat ramalan teks /
hipotesis tentang judul cerita, melalui perbincangan kelas.
(ii) Guru membuat pengesahan tentang ramalan pelajar.
Ramalan yang tidak tepat disanggah.
(iii) Mencatat segala ramalan.
Soalan guru:
(iii)Pada pendapat anda, apakah isi kandungan cerita
yang telah ditunjukkan, atau
(ii) Pada pendapat anda, apakah maksud gambar yang
dipaparkan/tayangkan.
(iii) Mengapa anda berpendapat sedemikian?
Jelaskan/tafsirkan.
(iv) Pada pendapat anda mengapakah perkara itu terjadi?
(v) Anda sudah meramal. Yang manakah pada pendapat
anda ramalan yang paling baik / benar. Hujahkah /
berikan sebab.
Penggunaan Teknik DR-TA secara Individu :
• Selepas pembacaan, pelajar berkongsi hasil dengan
membuat poster, laporan, berdrama, dan menjalankan aktiviti
yang sesuai.
• Pelajar menyimpan rekod cerita yang dibaca, aktiviti selepas
pembacaan, dan kecekapan-kecekapan yang diperoleh untuk
melihat perkembangan dan pencapaian.
Kelebihan teknik DR-TA
Teknik ini mempunyai beberapa kelebihan dalam pelaksanaan pengajaran
bacaan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
(v) Tugas guru sebagai pemudah cara/fasiltator semasa soal jawab, bukan
penilai.
(ii) Ketika situasi bacaan, berlangsung pelajar membaca sambil berfikir. Oleh itu,
teknik ini menggalakkan supaya pelajar sedar tentang proses membaca dan
membuat ramalan.
(iii) Pelajar memperoleh konsep membaca, strategi metakognitif dan dapat
berkomunikasi makna.
(iv) Menggalakkan pelajar menggunakan klu konteks untuk memahami makna
dalam frasa atau perkataan.
(v) DR-TA suatu teknik yang melibatkan semua pelajar mencapai satu pencapaian
yang dikehendaki.
Perancangan Aktiviti Membaca
3. Aktiviti membaca perlukan perancangan yang teliti dan sebaikbaiknya
agar pelajar tidak terbeban dengan pembacaan yang sukar
dan tidak bermotivasi.
5. Perancangan harus menelti dengan tahap pelajar. Tahap pelajar
rendah sesuai dengan bahan bacaan yang bersifat mudah dibaca.
Mudah dibaca bermaksud, jumlah suku kata, perkataan, ayat sesuai
dengaan peringkat pelajar. Sebagai contoh pelajar mesti menguasai
perkataan yang hampir dengan rutin mereka. Perkataan yang tinggi,
sukar disebut, abstrak, bombastik boleh mematikan minat dan
kecekapan pelajar untuk menjadi pembaca yang baik.
7. Masa membaca yang dicadangkan kepada pelajar juga mesti sesuai.
Kesesuaian bermaksud guru tidak menekan dengan masa senggang
pelajar untuk membaca. Masa yang secukupnya wajar diberi kepada
pelajar untuk membaca dan memahami isi bahan bacaan.
Memilih/Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran Kemahiran
Membaca
Guru mesti memilih dan membina bahan pengajaran kemahiran
membaca yang boleh menarik minat.
Pemilihan bahan yang berkaitan dengan isu semasa wajar diberi
keutamaan. Isu semasa membantu pengetahuan sedia ada pelajar
untuk menguasaipembacaan seterusnya.
Tanpa pengetahuan sedia ada, pelajar akan gagal menguasai
kecekapan memaham, menaakul dan berkomunikasi dengan baik.
Bahan berupa grafik, gambar berwarna, bentuk huruf daan latar
belakang teks atau bahan bacaan perlu diambil kira. Hal ini kerana,
pelajar akan menjadi minat, tertarik, mudah memaham dengan
bahan yang mereka sukai. Contohnya ilustrasi kartun dalam
teks boleh menjanakan atau mencapahkan idea pelajar.
Menilai
Proses membaca dapat dirumuskan sebagai perlakuan yang kompleks.
Hasil pembacaan ialah pemahaman apa yang dibaca daripada
pengecaman daan penyebutan huruf ,perkataan dan ayat.
Penilaian pengajaran kemahiran membaca antara lain ialah:
(vii)Membolehkan pelajar mengenal huruf, menyebut nama huruf, menyebut
perkataan yang dibentuk daripada jalinan huruf-huruf. Dengan perkataan lain,
murid dapat mengeja, menyebut perkataan dan membunyikan keseluruhan
ayat yang lengkap.
(ii) Guru melatih pelajar membaca dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul
berdasarkan teks yang dibaca. Hal ini dapat melahirkan pelajar menguasai
bacaan dengan baik.
(iii) Guru melatih pelajar membaca senyap dan pantas untuk memahami bahan
bacaan. Pelajar yang hanya membaca tanpa memahami isi kandungan yang
dibaca sebenarnya tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik.
Fungsi membaca ialah memahami isi kandungan yanag dibaca. Justru,
pelajar messti tahu, faham dan dapat menaakul bahan bacaan.
(iv) Pelajar dapat memetik isi-isi penting bahan yang dibaca dengan
cepat, pantas,tepat dan menyatakan semula isi bahan bacaan
kepada orang lain dengan menggunakan ayat yang betul dan
mudah difahami.
(v) Guru juga perlu melatih pelajar membina kebiasaan menuturkan
ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan bacaan.
(vi) Apabila pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dengan
baik, guru dapat menanam minat membaca dalam kalangan
pelajar. Pemupukan minat membaca memberi kuasa intelek
kepada pelajar dengan pengetahuan baru sepanjang masa.
(vii) Melalui kemahiran membaca, kita boleh menilai peluasan
perbendaharaan kata dalam pelbagai konteks. Keupayaan pelajar
berkomunikasi tertakluk kepada banyak mana perbendaharaan
kata ada dalam mindanya.
(viii) Penilaian daripada kemahiran membaca dapat
merujuk kepada masa hadapan iaitu penyelesaian
masalah sendiri dan masyarakat. Masyarakat
banyak pada masa hadapan bergantung kepada
individu yang berpengeetahuan tinggi. Pengetahuan
tinggi dapaat dicapaai melalui bahan bacaannya.
(ix) Kita dapat mengenali dan menghayati
keindahan bahasa dan keseniaan bahasa. Dalam
konteks ini, pencapaian bahasa yang bermutu
adalah melalui pembacaan inddividu.
(x) Kemahiran membaca boleh mengujudkan
suasana santai, hiburan, dan kelegaan daripada
tekanan. Penilaian sebegini wajar dilihat secara
umum, sebagai matlamat akhir tujuan membaca.

0 ulasan: