Ahad, 29 Julai 2012

Modul Bahasa Melayu Akademik

JABATAN PENGAJIAN MELAYU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,
BESUT,  TERENGGANU.









MODUL BAHASA MELAYU AKADEMIK 1


SEMESTER  1 PPISMP





PENULIS MODUL:

NORMAIZAM BT HAMID
FUADI BIN HJ. ABDUL RAZAK
HELMI BIN HUSSAIN
DR. ROSLI BIN AB. RAHMAN
ROSLI BIN ABDUL GHANI
MOHAMMAD ALI BIN CHE AWANG TEH
MD. JAAFAR BIN MAMAT
ANUA BIN HARIS
AZRIZAN BIN ABU BAKAR







ASAL USUL BAHASA MELAYU


Untuk mengetahui asal usul bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul  penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi
Kira-kira dalam tahun 1500 tahun sebelum masihi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka  ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.
Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.

 BAHASA –BAHASA AUSTRIS

 
Rajah 1: Rumpun Bahasa Austris

BAHASA-BAHASA TIBET-CINA
 
BAHASA-BAHASA AUSTRONESIA
 
BAHASA-BAHASA AUSTRO-ASIA
 
                                 




Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil :

1.    Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara.
Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain.

2.    Bahasa-bahasa Polinesia
Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti

3.    Bahasa-bahasa Melanesia
Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia

4.    Bahasa-bahasa Mikronesia
Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.


Bahasa Melayu tergolong dalam cabang bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.

Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai bahasa Melayu kuno dan jauh berbeza dengan bahasa Melayu yang moden. Bentuk bahasa Melayu kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut :

  1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang
  2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) – Palembang
  3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) – Pulau Bangka, Palembang
  4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) – Palembang

Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh bahasa Melayu kuno di dalamnya. 

Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 masihi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk  mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan dengan tegas. Ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masehi :

1.    Batu Bersurat Gandasuli (832 M) – Gandasuli, Jawa Tengah
2.    Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masehi.
3.    Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029 M dengan tulisan pada kaki alasnya
4.    Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian belakangnya.













PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu (Abad ke-13 hingga 18 Masihi)

Pada zaman ini tiga buah batu bersurat yang menunjukkan perkembangan bahasa Melayu telah dijumpai :

1.    Batu Bersurat Pagar Ruyong, Minangkabau (1356 M) – ditulis dalam tulisan India dan memperlihatkan pengaruh Bahasa Sanskrit.
2.    Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M) – juga ditulis dalam tulisan India dengan beberapa perkataan Arab
3.    Batu Bersurat Terengganu – dijumpai di Sungai Teresat, Kuala Berang Terengganu. Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai ditulis antara tahun 1303 M hingga 1387 M. Ia ditulis dalam tulisan Jawi.

Abad ke –13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab.

Zaman penting bagi bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 masihi tidak menamatkan pengaruh bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

1.    Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Ia merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan adalah daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya bahasa Melayu tersebar.

2.    Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

3.    Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan bahasa Melayu seperti berikut :
“Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

Satu bukti tentang tingginya martabat bahasa Melayu dan luas penggunaannya  di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :

1.    Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
2.    Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
3.    Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)

Ketiga-tiga surat ini tersimpan di Perpustakaan Bodelein, London

Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Antara tokoh-tokoh di Acheh ialah :

1.    Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)
2.    Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)
3.    Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)
4.    Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-Salakin”.

Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga muncul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”.  Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani  di Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.


Bahasa Melayu (Abad ke-19 dan 20 Masihi)

Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui bahasa Melayu dan tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20, tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan bahasa Melayu selanjutnya.

Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab “Al-Hakim” oleh Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan “Sabil Al-Hidayat” oleh Sayyed Aluwi Ba’aluwi (1899 M)

Hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia persuratan Melayu ialah karya Raja Ali Haji, iaitu “Bustan Al-Katibin” (1857 M), “Pengetahuan Bahasa” (1859 M), “Salasilah Melayu dan Bugis” (1865 M) dan “Tuhfat Al-Nafis” (1865 M). Pada masa itu juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti “Hikayat Negeri Johor” dan “Kitab Pemimpin Johor”.

Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara.

Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu.

Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan.

Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.

Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi “tuan” dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka.

Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab.

Kemerosotan bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan.

Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh Kepulauan Melayu.


KONSEP DAN TAKRIF BAHASA

Hasil Pembelajaran
Setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat:
1.    Menjelaskan konsep bahasa secara umum;
2.    Menjelaskan takrif bahasa secara umum;
3.    Memberikan konsep dan takrif bahasa berdasarkan kamus;
4.    Memberikan konsep dan takrif bahasa berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa

PENGENALAN
Bahasa boleh didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat semula jadi bahasa, peranan dan fungsinya. Namun demikian, kebanyakan ahli bahasa dan ahli linguistik telah memberikan konsep dan takrif bahasa yang hampir sama. Bahasa boleh diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada alat-alat artikulasi yang ada pada mereka. Lambang-lambang yang diujarkan itu mempunyai makna-makna tertentu berdasarkan lingkungan masyarakat yang menuturkannya. Dalam setiap kegiatan manusia, bahasa memainkan peranan dan fungsi untuk memenuhi pelbagai tujuan dan matlamat tertentu. Antara fungsi bahasa yang amat ketara ialah peranannya sebagai alat untuk membantu manusia menyampaikan percakapan, buah fikiran dan maklumat kepada orang lain.

3.1 DEFINISI BAHASA
Bloch dan Trager (1942), mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang-lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Proses komunikasi bahasa berlaku apabila adanya penutur dan pendengar. Menurut Chomsky (1957). Setiap penutur dan pendengar mempunyai dua perkara penting iaitu kecekapan bahasa dan pengucapan bahasa. Kecekapan bahasa berada dalam otak manusia dan ia diertikan sebagai satu sistem rumus bahasa yang mampu menghasilkan kalimat yang tidak terbatas banyaknya.
Dari segi pragmatik, ahli-ahli linguistik bersetuju bahawa bahasa merupakan satu sistem yang menghubungkan maksud kepada bunyi, sama ada berdasarkan aksi penutur atau pendengar. Dengan andaian bahawa manusia mempunyai beberapa makna yang hendak disampaikan, dia mengucapkan bunyi-bunyi dengan tepat. Orang yang mendengar bunyi-bunyi tersebut akan cuba memberikan makna kepada ujaran yang dilafazkan oleh penutur.

3.2  KONSEP BAHASA
Bahasa merupakan satu sistem ujaran dan tulisan konvensional yang digunakan oleh manusia untuk berkongsi budaya dan berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa dapat menggambarkan dan memberikan kesan terhadap cara berfikir serta perubahan dan perkembangan budaya. Sesuatu bahasa itu akan menjadi semakin berbeza jika penuturnya terasing daripada penutur bahasa yang lain. Sebaliknya, jika sesuatu bahasa itu sentiasa dikomunikasikan, misalnya digunakan dalam urusan perdagangan, bahasa tersebut boleh mempengaruhi pengguna bahasa yang lain.
Kebanyakan bahasa yang ada pada hari ini adalah sekeluarga dengan bahasa yang lain, iaitu berasal daripada satu rumpun bahasa yang lebih besar. Sebagai contoh, semua bahasa Romawi berasal daripada bahasa Latin yang merupakan cabang kepada bahasa Indo-Eropah. Hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain ditentukan dengan membandingkan tatabahasa dan sintaksis, terutama dengan melihat bentuk-bentuk yang sama sifatnya atau perkataan yang sama.
Bahasa mempunyai struktur yang kompleks, tetapi boleh dianalisis dan diperlihatkan secara sistematik. Semua bahasa bermula dengan bahasa lisan, beberapa lama sebelum wujudnya sistem bahasa tulisan. Bahasa mengandungi sturktur ayat yang berbeza-beza untuk menyampaikan makna. Kandungan bahasa terdiri daripada bentuk dan susunan perkataan, struktur sintaksis dan intonasi ujaran.
           
            3.3  KONSEP DAN TAKRIF BAHASA MENGIKUT KAMUS
Terdapat konsep dan takrif bahasa yang dipetik daripada beberapa naskhah 
 kamus seperti berikut:

(a)  The American Heritage Science Dictionary
Bahasa ialah satu sistem objek atau simbol seperti bunyi atau sesuatu huruf yang berurutan yang boleh digabungkan dengan berbagai-bagai cara dengan mematuhi peraturan tertentu, terutamanya untuk melahirkan pemikiran, perasaan dan memberikan arahan.
(b)  The American Heritage Dictionary
Bahasa merupakan alat komunikasi bagi menyampaikan pemikiran dan perasaan melalui sistem tanda yang arbitrari seperti bunyi, gerak isyarat atau simbol-simbol tulisan. Bahasa merupakan satu sistem yang mengandungi peraturan-peraturan tertentu yang menggabungkan komponen seperti perkataan. Bahasa merupakan satu sistem yang digunakan oleh masyarakat atau komuniti yang berbeza untuk berinteraksi.

(c)  Oxford University Press (Language Software)
Bahasa merupakan salah satu cara terbaik untuk mengklasifikasikan manusia kepada suku atau etnik tertentu. Cara ini juga pernah digunakan pada zaman dahulu untuk menentukan asal usul manusia dan pengelompokan manusia kepada kaum-kaum tertentu. Walaupun kaedah ini masih boleh digunakan, tetapi pada hari ini terdapat cara baharu untuk mengetahui asal usul, keturunan dan genetik manusia melalui sains dan teknologi yang lebih canggih.

(d)  Etymology Dictionary
Bahasa terdiri daripada makna sistematik yang dikomunikasikan melalui penggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda konvensional. Bahasa terdiri daripada ujaran perkataan daripada mulut atau teks yang bertulis. Bahasa melibatkan proses kognitif dalam menghasilkan dan memahami bunyi dan sistem tanda linguistik.



            3.4 KONSEP DAN TAKRIF BAHASA MENURUT
               AHLI BAHASA  
Konsep dan takrif bahasa yang diberikan oleh beberapa orang ahli bahasa dan    ahli linguistik yang terkemuka sdalah seperti berikut:
 

(a)  Edward Sapir                 Bahasa selalu digunakan oleh manusia dan   
(1921)                              merupakan   kaedah yang digunakan untuk 
                                         menyampaikan idea, perasaan dan keinginan 
                                         melalui bunyi-bunyi bahasa yang
 

(b)  G. Trager                  Bahasa ialah satu sistem lambang vokal yang   
(1949)                       arbitrari  dan bermakna yang digunakan oleh anggota
                                  Masyarakat untuk berhubung sebagai satu cara  
                                  mereka   bersosialisasi.
                       
 

(c)  Noam Chomsky             Bahasa ialah set ayat, sama ada terbatas atau
(1957)                              tidak  dan setiap ayat yang terbatas panjangnya
                                        dibina   oleh satu set elemen  yang terbatas juga.



 

(d)  R.A. Hall           Bahasa merupakan institusi yang membolehkan 
 (1964)               manusia    berkomunikasi dan berhubung antara satu 
                          sama lain yang  mengandungi makna dan  menggunakan    
                          lambang-lambang arbitrari  lisan-pendengaran.      
 

(e)  Michael Halliday                    
  (1973)                             Bahasa ialah satu urutan kemungkinan dan 
                                          pilihan   tingkah laku yang bersesuaian dengan  
                                          individu sebagai manusia yang  bersosialisasi.                 









AKTIVITI

Dengan menggunakan ayat anda sendiri, jelaskan takrif bahasa secara umum


Ciri-Ciri Bahasa
      Menurut Lyons (1988)  bahasa-bahasa di dunia memilik sifat dan ciri sepunya. Ia merangkumi cara menyampaikan perasaan, menanyakan soalan, mengemukakan permintaan, memberi perintah dan membuat kenyataan. Oleh  sebab bahasa boleh berkembang dan berubah maka kerap terdapat istilah-istilah baharu di dalam sesuatu bahasa berbanding dengan bahasa yang lain. Semua bahasa terdiri daripada konsonan dan vokal serta gabungan kedua-duanya akan menghasilkan bunyi yang bermakna. Manakalan set-set konsonan dan vokal bila bercantum akan menghasilkan ayat-ayat yang berbeza.
Bahasa Sebagai Satu Sistem
Maksudnya ialah bahasa mempunyai cara serta kaedah untuk diujarkan atau dituliskan. Kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah teratur.
Bahasa Sebagai Satu Simbol
Bahasa sebagai simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh penutur kepada pendengar sebagai proses interaksi melalui saluran komunikasi tertentu. Bahasa sebagai simbol perpaduan membawa makna bahasa tertentu itu menjadi alat penutur utama bagi masyarakat dalam sesebuah negara.
Bahasa Sebagai Alat Komunikasi
Bahasa sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara iaitu secara lisan dan tulisan. Komunikasi dua hala melibatkan penutur dan pendengar yang memerlukan kemahiran  berbahasa. Penutur harus boleh bercakap dengan jelas melalui sebutan yang betul, kemas, teratur dan berupaya untuk menggunakan jeda, tekanan dan gaya yang tepat. Pendengar pula harus mendiskriminasikan bunyi-bunyi  ujaran, mendengar dengan teliti, memahami dan mentafsirkan percakapan yang didengar  dan seterusnya bertindak balas terhadap apa yang didengainya itu. Bahasa sebagai alat komunikasi juga melibatkan jarak tempat dan jarak masa. Dengan bantuan teknologi canggih komunikasi boleh berlaku walaupun jarak penutur dan pendengar berjauhan antara satu dengan  yang lain.
Bahasa Bersifat Arbitrari
Ini bermakna untuk satu simbol yang sama manusia menggunakan bunyi bahasa berbeza disebabkan oleh pengaruh budaya masing-masing. Bunyi bahasa dengan benda yang dimaksudkan tidak semestinya ada perkaitan. Makna bahasa juga bersifat arbitrari, seperti bunyi ring.., ring.., ring.. adalah bunyi loceng tertentu untuk tujuan yang tertentu pula.

Bahasa Bersifat Unik
Bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti binaan ayat, susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan kata kerja. Bahasa bukan di warisi tetapi dipelajari maka tidak hairanlah kalau bayi berbangsa Cina dibesarkan di dalam keluarga Melayu boleh bercakap bahasa Melayu.

Bahasa Bersifat Sejagat.
Bahasa dapat dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Secara umum bunyi bahasa dan gabungan perkataan dalam ayat dapat menghasilkan makna. Dengan makna inilah manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi di antara satu dengan yang lain.

Bahasa Bersifat Dinamis
Bahasa mempunyai potensi untuk berkembang, membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Melalui pergaulan dan berinteraksi di kalangan manusia berlakulah pertembungan kebudayaan menyebabkan pertambahan dan pengayaan perbendaharaan  kata sesuatu bahasa.
Bahasa Bersifat Bervariasi
Terdapat kelpebagaian bagi sesuatu bahasa melibatkan cara dan gaya mengujarkannya.

Pandangan pakar terhadap ciri-ciri bahasa.
Anderson (1972)
Bahasa merupakan satu sistem terdiri dari vokal dan bunyi-bunyi ujaran. Terdapat lambang yang arbitrari yang menjadi alat perhubungan mempunyai kaitan rapat dengan budaya tempat bahsa itu dituturkan. Bahasa sentiasa berubah-ubah serta mempunyai sifat khas dan unit.


Brown (1980)
Bahasa merupakan sesuatu yang sistematik yang mempunyai lambang yang sewenang-wenangnya mungkinn bersifat bunyi, visual atau grafik. Lambang bahasa mempunyai makna kebiasaan bersifat kemanusiaan dan universal.
Tugasan.
1. Bentuk 5 kumpulan perbincangan,  kaji ciri-ciri bahasa yang terdapat dalam penggunaan bahasa daerah salah satu etnik di Malaysia.
2. Salah satu ciri bahasa ialah dinamik dan universal. Berdasarkan penggunaan bahasa Melayu,  jelaskan dua ciri tersebut.
3. Pada pendapat anda, bolehkah  bahasa Melayu dijadikan bahasa antarabangsa pada masa hadapan ?.
Rujukan:
Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) Fajar Bakti.





FUNGSI BAHASA MELAYU

OBJEKTIF
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1.    Mengenal pasti fungsi dan peranan bahasa Melayu.
 
                                  




PENGENALAN
Ada pepatah Melayu yang berbunyi “Maju Bahasa Majulah Bangsa” dan “ Bahasa Jiwa Bangsa”. Kebenaran dan kebijaksanaan kata-kata ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini disedari melalui usaha-usaha untuk mendaulatkan bahasa Melayu menerusi penerapan falsafah dan Dasar Bahasa Kebangsaan. Konsep “Satu Bahasa Satu Bangsa” akan membolehkan usaha-usaha yang berterusan bagi mendaulatkan bahasa Melayu sebagai penyatuan rakyat yang berbilang kaum dan sebagai bahasa yang mencerminkan masyarakat yang berdaulat dan berjaya.
Bahasa Melayu semenjak zaman Empayar Sriwijaya telah memainkan peranannya sebagai bahasa lingua franca di nusantara secara berterusan sampai sekarang. Penjajahan kuasa asing tidak menjejaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca. Ciri ketahanan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai potensi untuk terus berkembang pada masa akan datang.
Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan; yang akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya, Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut “Bahasa Kebangsaan Negara ini ialah bahasa Melayu”.
Sebagai bahasa kebangsaan negara baru yang berdaulat, bahasa Melayu ditambah peranan atau fungsinya sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa urusan perniagaan dan bahasa komunikasi. Pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu akan melahirkan rasa cinta  terhadap bahasa Melayu. Hal ini akan mendorong kita untuk mempelajari, menghayati, menguasai, dan menggunakannya dengan berkesan. Selain itu, sebagai rakyat Malaysia akan berasa bangga terhadap bahasa kebanggaan negara kerana bahasa ini merupakan lambang jati diri dan kedaulatan negara. Sesungguhnya, pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu ini dapat mewujudkan persefahaman pemikiran dan tindak-tanduk kita dalam kehidupan seharian.


5.1       Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang dapat memperlihatkan identiti nasional dan lambang bagi sesuatu bangsa atau negara. Kedaulatan bahasa Melayu muncul kembali apabila bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam dan Singapura. Bahasa kebangsaan mempunyai kaitan rapat  dengan sejarah bangsa dan negara itu sendiri. Setiap negara yang merdeka perlu memiliki bahasa kebangsaan yang dapat melambangkan identiti bangsa dan negara tersebut. Sesuatu bahasa itu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan melalui penggubalan undang-undang.
Fungsi utama bahasa kebangsaan secara khusus adalah untuk menyerlahkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan. Tidak ketinggalan juga pengisian bahasa kebangsaan juga dapat bertindak sebagai alat perhubungan dan seterusnya akan menghasilkan satu kumpulan besar masyarakat yang mempunyai pandangan hidup yang hampir sama.  Bahasa kebangsaan juga adalah digunakan untuk perpaduan dalam kalangan warganegara kerana mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan. Sebuah negara yang merdeka memerlukan satu bahasa kebangsaan untuk menjadi dasar satu identifikasi nasional. Jawatankuasa yang merangka Perlembagaan Persekutuan yang diketuai oleh Lord Reid sedar peri pentingnya bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia. Justeru, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.
Bahasa kebangsaan perlu diwujudkan dalam sesebuah negara kerana melambangkan identiti kebangsaan dan kedaulatan negara. Bahasa kebangsaan juga berfungsi menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum serta membentuk satu bangsa Malaysia mempunyai identiti keperibadian yang dibanggakan dan kesetiaan yang tinggi. Bahasa kebangsaan juga boleh menggalakkan pertumbuhan corak kebudayaan kebangsaan dan alat komunikasi bagi rakyat Malaysia yang mempunyai etnik yang menutur pelbagai bahasa.
Untuk memenuhi hasrat ini, pada peringkat awal bahasa kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah-sekolah. Kemudian, apabila kedudukan bahasa Melayu sudah mentap dan menjadi keperluan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat serta memupuk keperibadian masyarakat, istilah ‘Bahasa Malaysia’ pula digunakan. Hal ini bermakna, bahasa Malaysia merujuk kepada bahasa Melayu. Namun demikian, istilah bahasa Melayu dan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan tetap tidak berubah dan terus kekal dalam perlembagaan negara.

5.2       Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Bahasa rasmi merupakan bahasa yang diberikan status sedemikian secara sah oleh sesebuah negara, negeri atau wilayah. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan, urusan perdagangan dan perusahaan, kehakiman, upacara rasmi dan antarabangsa. Bagi sesetengah negara, bahasa rasmi digunakan oleh kerajaan dan pemerintah dalam dokumen rasmi kerajaan berbanding penggunaan bahasa kebangsaan.
Dalam konteks Malaysia, bahasa rasmi bererti pelaksanaan bahasa Melayu sebagai wahana pembinaan negara dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan seharian negara dan fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:
i.              Bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi negara.
ii.            Media dalam segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan.
iii.           Penulisan dokumen dan rekod kerajaan.
iv.           Media untuk menulis semula undang-undang dan peraturan negara.
v.            Penulisan semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.

Bahasa Melayu yang dipilih sebagai bahasa kebangsaan namun bahasa Inggeris masih digunakan secara rasmi antara tahun 1957 hingga 1967.  Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia melalui penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang mula berkuat kuasa pada April 1963. Akta ini mengandungi tiga seksyen yang meliputi aspek-aspek tulisan, bentuk angka dan bahasa yang digunakan dalam borang rasmi kerajaan. Pada tahun 1967, Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan dan mula berkuat kuasa oada 1 September 1967 di Semenanjung Malaysia. Akta ini kemudian disemak dan akhirnya disatukan dengan Akat Bahasa Kebangsaan 1063 dan dikenali sebagai Akta Bahasa Kebangsaan 1967.
Kedua-dua akta ini jelas menunjukkan tentang bahasa Melayu yang dipilih  sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi kegunaan masyarakat. Akta bahasa kebangsaan 1967 memperuntukkan bahawa selepas 1 September 1967, bahasa Melayu hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi, kecuali kes tertentu seperti undang-undang yang sedia ditulis dalam bahasa Inggeris, perhubungan antarabangsa, hubungan diplomatik dan sebagainya. Penekanan tentang penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi ini semakin mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

5.3       Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu / Bahasa Akademik
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu  bermaksud fungsi bahasa bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden, iaitu ilmu sains, teknologi, ekonomi, kejuteraan, kedoktoran, dan undang-undang di samping sastera dan agama. Dengan kata lain bahasa Melayu harus boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-lars bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu moden, misalnya dalam bidang kejuteraan, bahasa Melayu harus mempunyai laras-laras bahasa yang khusus untuk menerangkan hal-hal tentang kejuteraan awam, kejuteraaan elektrik dan elektronik, kejuteraan mekanikal dan kejuteraan kimia. Begitu juga dalam bidang kedoktoran, bahasa Melayu perlu mempunyai laras bahasa untuk memperkatakan hal-hal dengan tepat tentang bidang anatomi, biokimia, farmakologi, fisiologi, mikrobiologi perubatan, obstetrik dan ginakologi dan lain-lain lagi.
Laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, laras sejarah, laras seni ukir, laras sains rumah tangga dan sebagainya (Nik Safiah Karim, 1986:6). Sebagai bahasa ilmu bahasa Melayu harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa, perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan dan perangkaan. Maksudnya kekuatan bahasa Melayu seharusnya setanding dengan kekuatan bahasa Inggeris dalam memperkatakan konsep dan pemikiran ilmu moden. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jerman dan bahasa Jepun yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya.
Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai ciri keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Keintelektualan bahasa ini dapat dicapai, terutamanya melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa. Bahasa Melayu pada hari ini dapat memperkatakan bidang yang berbeza daripada apa yang mampu dilakukan oleh bahasa Melayu suatu masa dahulu. Oleh itu, sifat perbendaharaan kata bahasa Melayu juga turut mengalami perubahan. Jika dahulu perbendaharaan kata bahasa Arab dan Sanskrit, kini perkataan bahasa Inggeris sering digunakan, terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan moden.
Sistem tatabahasa pula merujuk kepada segala aspek tatabahasa sama ada ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan dan seumpamanya. Penekanan harus diberi kepada aspek imbuhan dan ejaan kerana kesilapan dalam penggunaannya boleh mengubah maksud sebenar sesuatu ayat yang dihasilkan itu. Bagi menangani perkara ini, terutamanya dari aspek sebutan, perancangan dan pelaksanaan bahasa baku dijalankan. Hal ini bertujuan untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bertaraf tinggi dan ada keselarasan dalam penggunaannya.
Berdasarkan begitu banyak teks, kamus, majalah, istilah dan bahan-bahan bacaan dan rujukan sudah diterbitkan untuk kegunaan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi baik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka mahupun penerbit-penerbit swasta, dan berpegang kepada hakikat bahawa bahasa Melayu sudahpun mempunyai pelbagai laras bahasa dalam beraneka bidang ilmu pengetahuan, kita dengan penuh keyakinan menyatakan bahawa bahasa Melayu sudahpun berjaya sebagai bahasa ilmu.

5.4       Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
Dengan tercatatnya dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Penyata Razak (1956), usaha untuk mencapai tujuan ini telah mula dijalankan. Mulai tahun 1958, bahasa Melayu yang dahulunya digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah Melayu hingga ke peringkat darjah VI telah digunakan sebagai bahasa pengantar di kelas menengah Melayu yang kemudiannya menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan.
Di Semenanjung dan di Sabah, pertukaran bahasa pengantar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris telah dijalankan secara berperingkat-peringkat dan dimulakan pada bulan Januari 1968 dengan menetapkan mata pelajaran Jasmani, Ilmu Kesihatan, Seni Lukis dan Pertukangan Tangan, Pelajaran Tempatan dan Muzik diajarkan dalam bahasa Melayu di darjah 1 – 111. Ini diikuti pula oleh mata pelajaran Tatarakyat, sejarah dan Geografi di darjah IV pada tahun 1969. Pada tahun 1970, semua mata pelajaran di darjah I, melainkan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda selain dari bahasa Melayu, diajar dalam bahasa Melayu. Pada tahun 1975, semua Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Di Sarawak, pelaksanaannya dimulakan pada tahun 1977, iqitu untuk darjah 1.
Bagi Sekolah Menengah pula, pada tahun 1973, semua mata pelajaran sastera di Tingkatan 1 diajarkan dalam bahasa Melayu. Untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu, murid dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang menerima pelajaran rendah mereka dengan berpengantarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil, bahasa Melayu telah diajarkan sebagai satu mata pelajaran. Seterusnya pada tahun 1975, kelas peralihan bahasa Melayu telah dimulakan supaya pelajar dari sekolah rendah jenis kebangsaan ini dapat meneruskan pelajaran menengah mereka dalam bahasa pengantar bahasa Melayu. Pada tahun 1976, semua Tingkatan 1 menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, dan semua mata pelajaran sastera di Tingakatan IV diajarkan dalam bahasa Melayu. Mulai tahaun 1980, semua sekolah menengah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Tingkatan 1 – V, melainkan Tingkatan VI akan menggunakannya mulai tahun 1981.
Kepentingan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan juga sebagai satu mata pelajaran diperkuatkan lagi dalam sistem peperiksaan dengan menjadikan kelulusan dalam mata pelajaran bahasa Melayu sebagai syarat untuk mendapatkan sijil.
Penyata Razak telah menyarankan bahawa bahasa Melayu boleh dijadikan satu mata pelajaran yang penting dalam latihan perguruan. Penyata Rahman Talib telah mengesyorkan supaya Menteri Pelajaran menetapkan satu tarikh yang kelulusan di dalam bahasa Melayu menjadi syarat wajib untuk kemasukan ke mana-mana skim latihan perguruan, dan dalam memilih bakal guru pelatih, keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang mempunyai kelulusan di dalam bahasa Melayu.
Bahasa Melayu telah dijadikan mata pelajaran wajib di dalam kursus perguruan sejak tahun 1957. Program. Program untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di maktab perguruan telah dijalankan secara beransur-ansur mulai tahun yang sama. Mulai tahun 1970, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar utama untuk kursus perguruan sekolah rendah dan mulai tahun 1973, semua maktab perguruan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar  dalam hampir semua kursus.
Dasar bahasa Melayu di universiti tidak terpisah daripada dasar bahasa Melayu dalam Perlembagaan Malaysia dan dasar pelajaran kebangsaan. Dewasa ini pelajar yang mengikuti pengajian di universiti diwajibkan mendapat sekurang-kurangnya pangkat lulus dalam bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, melainkan Universiti Teknologi Malaysia yang memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya taraf kepujian.  Di universiti tempatan, kedudukan penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dari aspek pengajaran dan aspek pentadbiran. Dalam bidang pengajaran, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajaran tertentu, dan juga diajar sebagai satu mata pelajaran. Dalam bidang pentadbiran, pada umumnya, bahasa Melayu sudah digunakan sepenuhnya. Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di universiti telah menunjukkan perkembangan yang menggalakkan. Menjelang tahun 1983, pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran sastera di peringkat tahun pertama dilaksanakan.





5.5       Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan
Sepanjang bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa lingua franca dari zaman Sriwijaya hingga hari ini, bahasa Melayu telah berperanan sebagai alat perpaduan. Pada masa Sriwijaya berkuasa, kemudian diikuti pula oleh Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau, bahasa Melayu telah menjadi alat perpaduan yang menyatupadukan suku-suku bangsa di Nusantara. Pada masa penjajahan Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu masih memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan. Apabila Malaysia dan Indonesia didatangi oleh suku-suku bangsa yang bukan serumpun dengan suku-suku bangsa di Nusantara, iaitu Cina dan India, sekali lagi bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan. Bangsa-bangsa pendatang ini bersedia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara pelbagai kaum di Malaysia.
Penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan oleh semua kaum adalah suatu tanda bahawa mereka menerima konsep bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia. Mereka menerima bahawa bahasa Melayu patut dipelajari oleh semua kaum agar mereka dapat berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain. Oleh itu, mata pelajaran bahasa Melayu diwajibkan kepada semua pelajar pada semua peringkat sekolah, sebaik sahaja bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia. Oleh itu, bahasa Melayu bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur daripada berbagai-bagai bangsa dan berupaya untuk menyatupadukan bangsa yang dikenal sebagai bangsa Malaysia.

5.6       Bahasa Melayu sebagai Bahasa Komunikasi
Komunikasi bermaksud perhubungan antara orang dengan orang atau antara organisasi dengan organisasi, dengan menggunakan bahasa atau isyarat. Komunikasi ini boleh berbentuk lisan atau tulisan dalam erti kata yang tradisional. Sebaliknya, pada zaman serba canggih ini, komunikasi boleh mengambil bentuk-bentuk yang berbeza. Sebagai contoh, filem dapat menjadi alat komunikasi yang sangat berkesan. Cerita yang dipaparkan dapat menimbulkan pelbagai perasaan dan emosi. Oleh itu, sesebuah filem dapat menaikkan imej seseorang atau sesebuah negara ataupun sebaliknya. P. Ramlee, melalui filem-filemnya telah meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mampu merentasi batasan bangsa dan budaya dan telah diterima oleh mesyarakat pada ketika itu sehingga kini. Bahasa Melayu dalam konteks komunikasi tradisional telah memainkan peranannya sebagai bahasa lingua franca semenjak zaman Empayar Sriwijaya lagi. Pada hari ini, hampir semua rakyat Malaysia dapat berkomunikasi dengan menggunakan bahasa kebangsaan kita. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa dalam semua bentuk komunikasi secara meluas melainkan dalam sektor swasta.Bahasa Melayu sebenarnya mempunyai potensi untuk menjadi bahasa antarabangsa kerana empat buah negara Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
“Era digital”, “dunia tanpa sempadan”, dan “global” adalah istilah-istilah yang menggambarkan senario masa depan dunia. Era baru ini dapat dijadikan jentera untuk memperkaya sesuatu bahasa dan memperkenalkannya ke seluruh dunia. Satu daripada cara untuk memperkenalkannya ke seluruh dunia adalah dengan menggunakan Internet. Pada masa yang sama, bahasa Melayu dapat diperkenalkan melalui program “Belajar Bahasa Melayu” melalui internet.

5.7       Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Urusan Perniagaan
Kadar penggunaan bahasa Melayu dalam urusan perniagaan amat bergantung pada sejauh mana penutur-penutur ibunda bahasa itu menggunakannya dalam urusan perniagaan mereka. Sekiranya banyak antara mereka terlibat dalam perniagaan, maka bahasa yang digunakan mereka akan dijadikan alat komunikasi dalam urusan perniagaan dengan meluas. Bahasa Inggeris, sebagai contoh, menjadi pilihan ahli-ahli perniagaan pada masa kini kerana besarnya jumlah perniagaan yang dijalankan oleh negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Britain. Sebaliknya, bahasa Melayu tidak akan menjadi bahasa perantaraan dalam kalangan ahli perniagaan sekirannya negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu tidak cergas terlibat dalam bidang tersebut.

Kesimpulan
 Tujuh fungsi bahasa yang dibincangkan dalam bab ini khusus merujuk kepada bahasa Melayu. Dengan kata lain, bahasa Melayu yang telah diiktiraf dalam Perlembagaan Malaysia itu mempunyai tujuh fungsi, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu/akademik, bahasa pengantar, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi dan bahasa urusan perniagaan. Kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan bahasa Melayu harus memikul tanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca supaya dikenali dan boleh diguna pakai oleh masyarakat dunia.





Latihan
  1. Antara fungsi bahasa Melayu adalah sebagai bahasa perpaduan. Bincangkan sejauh manakah  bahasa Melayu telah berjaya dalam menyatupadukan penduduk yang berbilang kaum di Malaysia.
  2. Jelaskan lima fungsi bahasa Melayu.
  3. Bagaimanakah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mampu memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu.
  4. Apakah kelebihan dan kelemahan sistem pendidikan yang mengizinkan rakyatnya memilih sekolah rendah mengikut aliran bahasa ibunda masing-masing?

Rujukan
Abdullah Hassan, (1986). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan, (2007). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdsn. Bhd.
Abdul Hamid Mahmood, (1997).  Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media                Printext (M) Sdn. Dhd.
Habibah Mohd. Samin, Hasnah Awang, (2010). Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk PPISMP. Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Yousof@Saat Md Yasin, Open Universiti Malaysia, (2007). MPW 1113/2113 Bahasa Kebangsaan A. Kuala Lumpur:Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn.Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1. Shah Alam, Selangor: Oxford fajar Sdn. Bhd.

           

PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI


1.0 Hasil Pembelajaran
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan definisi fonologi, fonetik, fonemik dan alat-alat artikulasi;
2. Menerangkan perbezaan fonetik dan fonologi;
3. Menerangkan fungsi alat-alat pertuturan;


2.0 Pengenalan
Topik ini berkaitan dengan fonetik dan fonologi. Dalam tajuk ini, anda akan mengetahui mengenai konsep fonologi, fonetik, alat-alat artikulasi bunyi dan fungsi alat-alat artikulasi. Melalui modul ini juga, anda dapat menguji kefahaman anda mengenai tajuk fonologi dan fonetik melalui soalan-soalan latihan yang disediakan.   

3.0 Isi Pelajaran

3.1 Konsep Fonologi
Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia (Ali Mahmood, 2010). Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa.



3.2 Konsep Fonetik
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia (Indirawati Zahid, 2006). Fonetik ialah kajian yang  ditinjau dari segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu,fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa dan pendengaran (Ali Mahmood, 2010).

3.3 Konsep Fonemik
Fonemik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu (Ali Mahmood, 2010).

3.4 Alat-alat Artikulasi
 Alat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat penting dalam mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah terdiri daripada bibir atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara.

Menurut Kamus Dewan, alat membawa maksud bahagian tubuh manusia yang mengerjakan sesuatu atau organ ( 1998 : 27 ). Tutur pula bererti apa yang diucapkan, kata, perkataan atau ucapan ( 1998 : 1502 ). Manakala peranannya menjelaskan maksud mempunyai peranan, tugas, fungsi atau memainkan sesuatu peranan ( 1998 : 1011 ). Dalam pula menjelaskan tentang antara, bahagian atau yang berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu ( 1998 : 264 ). Pengeluaran pula membawa maksud perihal mengeluarkan, usaha ( proses ) menghasilkan atau penghasilan (1998:620 ). Bunyi mengikut Kamus Dewan merupakan sesuatu yang kedengaran atau dapat didengar ( 1998 : 191 ).

Manakala bahasa ialah satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu dengan individu yang lain ( 1998 : 87 ). Melayu pula menjelaskan maksud nama suatu bangsa dan bahasa ( terutama di Semenanjung Malaysia ) ( 1998 : 874 ) Jelaslah sudah bahawa definisi berkaitan tajuk ini ialah membincangkan bahagian- bahagian alat artikulasi pada tubuh manusia dan seterusnya menyatakan peranan alat-alat tersebut sewaktu atau dalam menghasilkan bunyi bahasa. Kesemua alat yang dinyatakan di atas berfungsi bagi menghasilkan bunyi bahasa ( vokal, konsonan dan diftong ) yang dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran yang terlibat. Tegasnya bunyi bahasa merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam pertuturan.

Bunyi-bunyi bukan bahasa pula adalah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat tutur ( artikulasi ) manusia tetapi masih belum dapat dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia ini. Contoh-contoh bukan bunyi bahasa ialah bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi orang berdehem, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang kedinginan ( menggigil ) dan sebagainya.

Menurut Kamus Dewan, alat membawa maksud bahagian tubuh manusia yang mengerjakan sesuatu atau organ ( 1998 : 27 ). Tutur pula bererti apa yang diucapkan, kata, perkataan atau ucapan ( 1998 : 1502 ). Manakala peranan menjelaskan maksud mempunyai peranan, tugas, fungsi atau memainkan sesuatu peranan ( 1998 : 1011 ). Dalam pula menjelaskan tentang antara, bahagian atau yang berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu ( 1998 : 264 ). Pengeluaran pula membawa maksud perihal mengeluarkan, usaha ( proses ) menghasilkan, atau penghasilan (1998:620 ). Bunyi mengikut Kamus Dewan merupakan sesuatu yang kedengaran atau dapat di dengar ( 1998 : 191 ).

Manakala bahasa ialah satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu dengan individu yang lain ( 1998 : 87 ). Melayu pula menjelaskan maksud nama suatu bangsa dan bahasa ( terutama di Semenanjung Malaysia ) ( 1998 : 874 )
Jelaslah sudah bahawa definisi berkaitan tajuk ini ialah membincangkan bahagian- bahagian alat artikulasi pada tubuh manusia dan seterusnya menyatakan peranan alat-alat tersebut sewaktu atau dalam menghasilkan bunyi bahasa.

Alat tutur ( artikulasi ) atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa terdiri daripada alat-alat yang berikut:

i. Paru-paru ( lungs ).
ii. Batang tenggorok ( trachea ).
iii. Pangkal tenggorok ( larynkx ).
iv. Pita-pita suara ( vocal cord ).
v. Krikoid ( cricoid ).
vi. Tiroid ( throid ) atau halekum.
vii. Aritenoid ( arythenoids ).
viii. Dinding rongga kerongkong ( wall of pharynx ).
ix. Epiglotis ( epiglottis ).
x. Akar lidah ( root of the tongue ).
xi. Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah ( hump, back of tongue, dorsum ).
xii. Tengah lidah ( middle of the tongue, medium ).
xiii. Daun lidah ( blade of the tongue, lamina ).
xiv. Hujung lidah ( tip of the tongue, apex ).
xv. Anak tekak ( uvula ).
xvi. Langit-langit lembut ( soft palate, velum ).
xvii. Langit-langit keras ( hard palate, palatum ).
xviii. Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi alveola, ( alveolum ).
xix. Gigi atas ( upper teeth, deria ).
xx. Gigi bawah ( lower teeth, denta ).
xxi. Bibir atas ( upper lip, labia ).
xxii. Bibir bawah ( lower lip, labia ).
xxiii. Mulut ( mouth ).
xxiv. Rongga mulut ( oral cavity, mouth cavity ).
xxv. Rongga hidung ( nose cavity, nasal cavity ).

ALAT-ALAT ARTIKULASI
STPM_BM941a
 









1.
Bibir atas
11.
Tengah lidah
2.
Bibir bawah
12.
Belakang lidah
3.
Gigi atas
13.
Akar lidah
4.
Gigi bawah
14.
Epiglotis
5.
Gusi
15.
Pita suara
6.
Lelangit keras
16.
Rongga tekak
7.
Lelangit lembut
17.
Rongga Hidung
8.
Anak tekak
18.
Rongga mulut
9.
Hujung lidah
19.
Rahang
10.
Hadapan lidah
20.
Tenggorok










Rajah 1 :Alat-alat yang Mengeluarkan Bunyi Bahasa Melayu

Latihan:
1. Apakah yang anda faham dengan konsep fonetik?
2. Apakah perbezaan antara fonetik dan fonologi?
3. Kedua-dua bidang fonetik dan fonologi adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Bincangkan hubungan yang wujud antara kedua-duanya. Kemukakan contoh yang sesuai.
4. Bincangkan kepentingan organ artikulasi dan daerah artikulasi yang sempurna dalam penghasilan sesuatu bunyi.
5. Hujahkan kepentingan mempunyai pengetahuan dalam bidang fonetik dalam menguasai bidang fonologi.
6. Setiap bahasa dalam dunia ini mempunyai sistem fonologi dan fonetiknya tyang tersendiri. Hujahkan penyataan ini.

Kata Kunci:
Artikulasi
Fonetik
Fonemik
Rujukan:

Ali bin Mahmood et al. (2010). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.Modul Open University Malaysia.
Indirawati bt Zahid dan Mardian Shah bt Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Siti Hajar bt Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

 BUNYI BAHASA

Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di dunia ini. Dengan kata lain, bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Bunyi-bunyi bukan bahasa ialah bunyi-bunyi bukan bahasa seperti batuk, bunyi orang berdehem, bunyi siulan, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang kedinginan (menggigil) dan sebagainya.

Bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara ada kaitannya dengan keadaan pita suara. Sekiranya semasa udara keluar melalui pita suara, keadaan pita suara (atau khususnya glotis) itu agak rapat, akan berlakulah getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi bersuara. Kalau keadaan glotis itu renggang atau terbuka, sewaktu udara keluar melaluinya tidak berlaku getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara. Udara dikeluarkan dari kedua-dua belah paru-paru melalui ruang tenggorok dan pita suara, kemudian masuk ke rongga tekak, seterusnya ke rongga mulut atau rongga hidung. Di dalam perjalanan keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut, udara tersebut mungkin menerima gangguan atau sekatan daripada alat-alat artikulasi yang lain atau mungkin juga tidak.

Sekiranya semasa udara itu melintas pita suara yang tertutup rapat, udara terpaksa keluar secara terdesak, maka bunyi yang timbul ialah bunyi batuk. Kalau pita suara renggang sedikit, udara dapat keluar melaluinya menyebabkan ia bergetar, maka bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Apabila pita suara renggang udara boleh keluar dengan mudah dan pita suara tidak bergetar, maka bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara. Udara yang keluar dari pita suara tadi akan memasuki rongga tekak dan dari sini, mungkin terus ke rongga hidung atau rongga mulut. Lelangit lembut atau anak tekak akan mengatur jalan udara ini sama ada ke rongga mulut atau rongga hidung. Kalau lelangit lembut dan anak ekak tidak menutupi ruang ke rongga hidung, udara akan keluar melalui hidung. Bunyi yang terhasil disebut bunyi sengau. Sekiranya ruang ke rongga hidung tertutup, udara keluar melalui rongga mulut dan bunyi yang terhasil bukanlah bunyi sengau. Selepas udara melepasi pita suara, ia bergerak pula ke rongga tekak. Dari rongga tekak, udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal).

Lelangit manusia terbahagi kepada dua. Di sebelah depan dinamakan lelangit keras dan di bahagian belakang, dikenali sebagai lelangit lembut. Bahagian hujung lelangit lembut dinamakan anak tekak. Lelangit lembut dan anak tekak boleh digerak-gerakkan. Apabila bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada belakang tekak dan dengan itu menutup rongga hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga oral. Oleh itu, /a/ ialah bunyi oral.

Bunyi nasal pula ialah bunyi yang dikeluarkan melalui rongga hidung. Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral ditutup dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir.






Bunyi  Vokal

Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru- paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan. Vokal  boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
i    Vokal hadapan
ii   Vokal tengah
iii  Vokal belakang

Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah

Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu.

Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:



Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang akan dibunyikan. Selain itu, bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir boleh berbentuk seperti berikut:

• Hampar
• Separuh hampar
• Bundar
• Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau
bundar dan separuh bundar.
Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:
Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan kedudukan bibir semasa.




Konsonan
Konsonan ialah bunyi selain daripada bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara dalam bahasa melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan  pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa Melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

  • dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
  • dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
  • dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k,  g ).
  • satu konsonan hentian glo tis. ( ? )
  • dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
  • dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan geseran glotis bersuara ( h ).
  • satu konsonan getaran bersuara ( r ).
  • satu konsonan sisian bersuara ( I ).
  • empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
  • dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua
bibir bersuara ( w ).
  • satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga hidung.

Diftong

Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak. Bunyi diftong adalah terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal, iaitu  pada mula-mulanya hadir tanpa menampakkan sebarang puncak kelantangan.  Keadaan apabila ketiadaan puncak kelantangan semasa proses penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja semata-mata.Diftong hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, yakni yang merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan mempunyai dua suku kata. Contoh vokal rangkap terdapat pada kata main. Vokal a dan i pada kata tersebut ialah merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku kata, yakni ma dan in.
Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu yakni / ai /, / oi / dan /au/.
Bunyi / i / akan menggeluncur ke bunyi / a / dan bunyi / i / tersebut akan hilang puncak kelantangannya. Sama juga dengan / i / iaitu pada diftong / oi / dan juga / u / pada diftong / au /. Lambang [ ˆ ] dapat digunakan untuk menggambarkan sesuatu diftong.
Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan diftong dalam Bahasa
Melayu.

















ARTIKULASI FONEM BAHASA MELAYU

Artikulasi Fonem Vokal

 Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi [ i ]
Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam keadaan dihamparkan. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian rongga untuk membuat sekatan, halangan atau sempitan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan digetarkan. Sebagai contoh:

Awalan       pertengahan       akhiran
 [ijab]              [minum]           [beli]
[insan]            [kilang]             [cari]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan
sempit atau tinggi [ i ].


Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ]
Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi iaitu rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan anak tekak pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung.Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan. Bersamaan dengan itu juga, bahagian pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sebagai contoh:

awalan       pertengahan        akhiran
[ekor]          [kekok]                 [kole]
[enak]         [belok]                  [tauge]


Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan
separuh sempit atau separuh tinggi [ e ].


 Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ε ]
Bunyi vokal /ε/ dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang dinaikkan separuh rendah ke daerah lelangit keras, iaitu rendah sedikit daripada cara menghasilkan bunyi vokal /e/. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut dan pita suara digetarkan. Manakala bibir pula adalah berada dalam keadaan dihamparkan. Vokal ini juga dikenali juga sebagai vokal depan lampau separuh rendah.
Sebagai contoh:

awalan              pertengahan        akhiran
[εsok]                 [kεk]                    [sorε]
[εnak]                 [bεlok]                 [olε-olε]


Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh luas atau
separuh rendah [ ε ].


 Vokal Hadapan Luas atau Rendah [ a ]
Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah. Untuk menghasilkan bunyi vokal tersebut, hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah yang mungkin. Kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian nasal. Seterusnya udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Walau bagaimanapun,udara yang keluar ini tidak mengalami sebarang halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini adalah dalam keadaan yang melampau dan bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a].
Sebagai contoh:

awalan                      pertengahan                   akhiran
[angsa]                      [rapi]                                [lupa] 
[alis]                          [palam]                            [kena]
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan
luas atau rendah [ a ].


 Vokal Belakang Sempit atau Tinggi [ u ]
Vokal /u/ dihasilkan dengan cara belakang lidah dinaikkan ke daerah lelangit lembut untuk menyempitkan bahagian rongga mulut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bersamaan dengan itu, pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sementara itu, bibir dibundarkan dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal /u/. Sebagai contoh:

awalan                    pertengahan               akhiran
[ungka]                       [tuba]                       [batu]
[ulam]                         [pucat]                     [kelu]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang sempit atau
 tinggi [ u ].







 Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]
Bahagian belakang lidah sedikit antara paling tinggi belakang dan yang paling rendah boleh dicapai di belakang lidah. Bibir dibiarkan dalam keadaan bundar. Apabila udara disalurkan keluar maka bunyi yang dihasilkan ialah vokal /o/. Sebagai contoh:

awalan             pertengahan                  akhiran
[orang]              [roket]                             [milo]
[onar]                [pocong]                         [keromo]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh sempit [o].






 Vokal Separuh Luas atau Separuh Rendah [כ ]

Vokal ini juga dikenali sebagai vokal belakang separuh luas rendah. Untuk menghasilkan vokal /כ/ ini, belakang lidah hendaklah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut. Manakala, lelangit lembut dan juga anak tekak pula dinaikkan untuk menutup rongga nasal sementara pita suara dirapatkan sambil digetarkan. Bibir pula hendaklah dalam keadaan bundar. Bunyi vokal dihasilkan ialah vokal /כ/.
Sebagai contoh:

awalan               pertengahan             akhiran
[כleh]                   [b כleh]                     [pidat כ]
[כpera]                 [pr כton]                   [tomat כ]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh luas atau separuh rendah [כ].




Vokal Tengah [ ə ]
Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan ke bahagian pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak hendaklah dinaikkan untuk menutup bahagian rongga nasal. Pita suara dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya, maka pita suara pula akan bergetar. Bunyi /ə/ akan dihasilkan di mana vokal ini pula hanya terdapat di bahagian awalan dan di pertengahan perkataaan sahaja. Sebagai contoh:

awalan                   pertengahan      
[əmak]                      [bəlah]
[əmas]                      [cəlah]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal tengah [ə].



Artikulasi Fonem Konsonan


 Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ].
Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat kebelakang rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan, dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

awalan           pertengahan          akhiran
[batu]              [lumba]                 [kelab]
[balu]              [labu]                    [maktab]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir bersuara [b].





 Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p].
Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan, dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

awalan               pertengahan          akhiran
[palu]                  [sampah]                [malap]
[pedang]             [sepah]                   [kejap]



Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p].





 Konsonan letupan gigi-gusi bersuara [ d ].
Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan, rapat ke belakang rongga tekak. Manakala udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta- merta sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:
awalan              pertengahan           akhiran
[datuk]                [sedut]                    [salad]
[diari]                  [saderi]                   [nomad]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi bersuara [d].


 Konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [ t ].
Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan, rapat ke belakang rongga tekak. Manakala udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta- merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

awalan           pertengahan            akhiran
[tebu]              [satu]                       [selat]
[tabur]             [ketum]                    [pelat]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [t].


 Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ].
Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

awalan          pertengahan         akhiran
[gajah]            [megah]               [beg]
[gelap]            [sergah]               [jag]


Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g].


 Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ].
Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

awalan             pertengahan              akhiran
[kalau]              [bekal]                        [selak] 
[kari]                 [cekal]                        [elak]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].


 Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ].
Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.Kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara.
Sebagai contoh:

awalan                  pertengahan              akhiran
[jambu]                   [laju]                           [kolaj]
[jambang]               [baju]                          [mesej]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j].




 Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č].
Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara.
Sebagai contoh:

awalan              pertengahan             akhiran
[čatan]                 [beča]                     [mač]
[čuba]                  [kača]                     [klač]


Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č].




 Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ].
Bahagian hujung lidah dinaikkan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang keluar daripada paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan. Sebagai contoh:

awalan                    pertengahan               akhiran
[rotan]                      [kerap]                        [pakar]
[rancang]                 [perap]                        [cakar]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan getaran gigi-gusi bersuara [r].


Konsonan sengauan dua bibir bersuara [m].
Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh:

awalan                      pertengahan            akhiran
[mantan]                     [semak]                  [selam]
[maki]                         [amal]                     [suram] 

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun dua bibir bersuara [m].


 Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n].
Bahagian hujung lidah dirapatkan ke bahagian gig-gusi. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh:

awalan              pertengahan               akhiran
[naga]               [benam]                      [ikan]
[niaga]              [enam]                        [lokan]



2
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n].


 Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [n].
Bahagian depan lidah dirapatkan ke lelangit keras. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh:

awalan                        pertengahan             
[nawa]                          [senap]
[nasi]                            [guna]

2
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit keras bersuara [n].


 Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ].
Bahagian belakang lidah dinaikkan rapat ke lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh:

awalan                pertengahan                 akhiran
[ŋilu]                      [baŋsal]                       [senaŋ]
[ŋaŋa]                   [seŋal]                         [renaŋ]

4
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit lembut bersuara [ŋ].


 Konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f].
Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

awalan             pertengahan            akhiran
[feri]                   [safari]                    [mualaf]
[fasa]                 [kafir]                      [alaf]

5
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f].


 Konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v].
Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

awalan                pertengahan            
[van]                     [larva]
[violin]                  [kanvas]

6
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v].


 Konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ].
Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

awalan              pertengahan             akhiran
[θabit]                [iθnin]                        [wariθ]
[θelasa]             [peθan]                      [keriθ]


000
 Konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ].


Konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z].
Daun lidah didekatkan di daerah gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar, sambil lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru dibiarkan, bergeser di daerah gig-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah tersebut, sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh:


awalan           pertengahan             akhiran
[zikir]                [nazak]                    [lafaz]
[zaman]           [azimat]                   [hafaz]

7
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z].


 Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara  [ x ].
Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat satu sempitan. Lelangit lembut sendiri dinaikkan ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru dibiarkan, bergeser pada sempitan di daerah lelangit lembut dengan bahagian belakang lidah tersebut, sambil pita suara tidak digetarkan. Sebagai contoh:

awalan              pertengahan            akhiran
[xianat]              [maxluk]                   [tarix]
[xamis]              [axbar]                     [marix]

8
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan  pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara [x].


 Konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s].
Daun lidah didekatkan ke bahagian gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar. Kemudian, lelangit lembut  dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yangdisalurkan keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah itu. Pita suara pula tidak digetarkan. Sebagai contoh:

awalan                pertengahan            akhiran
[sama]                 [nasi]                        [kipas]
[silap]                  [asap]                       [tulus]

9
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s].




 Konsonan geseran glotis tak bersuara [h].
Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara direnggangkan luas dan udara keluar dari paru-paru dengan bebas melalui glotis yang terbuka itu seperti keadaan biasa ketika bernafas. Sebagai contoh:

awalan             pertengahan              akhiran
[hantu]              [mahir]                        [sirih]
[haram]             [dahan]                       [madah]


10
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan  geseran glotis tak bersuara [h].


 Konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ].
Hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi. Kemudian, lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru disalurkan melalui rongga mulut, tetapi hanya dapat keluar melalui tepian lidah serta pita suara digetarkan. Sebagai contoh:

awalan                pertengahan                  akhiran
[lapar]                  [balik]                             [cekal]
[lima]                   [bila]                               [pukul]

11
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sisian  gigi-gusi bersuara [ l ].




 Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w].
Bahagian bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Sebagai contoh:
awalan                pertengahan                 akhiran
[wakil]                   [bawal]                         [straw]
[wilayah]               [tawakal]                      [takraw]

12
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w].


 Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y].
Bahagian depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Sebagai contoh:
awalan             pertengahan
[yuran]              [sayu]
[yakni]              [bayar]


13
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y].

 Konsonan geseran gigi bersuara [ð].
Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu sambil menggetarkan pita suara.
Sebagai contoh:

awalan             pertengahan
[ðaif]                 [farðu]
[ðarurat]            [haðir]

14
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran gigi bersuara [ð].



 Konsonan geseran lelangit keras-gusi tak bersuara [š].
Bahagian daun lidah dirapatkan ke daerah di antara lelangit keras dengan gusi untuk membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan bergeser keluar di daerah sempitan gusi itu tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:
awalan             pertengahan           akhiran

[širik]                [muškil]                   [Quraiš]
[šurga]             [ašik]                       [skuaš]

15
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran lelangit keras-gusi tak bersuara [š].


 Konsonan lelangit lembut bersuara [o].
Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat suatu sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

awalan           pertengahan             akhiran
[oaib]               [looat]                      [tablio]
[oairah]            [maorib]                   [balio]

16
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan  lelangit lembut bersuara [o].







 Artikulasi Fonem Diftong

 Artikulasi fonem diftong [ai ]
Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang terhampar. Sebagai contoh:

awalan                  pertengahan                   akhiran
[aising]                   [hairan]                           [belai]
[aikido]                   [kailan]                            [kedai]

17
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ ai ].


 Artikulasi fonem diftong [ au ]
Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang bundar. Sebagai contoh:

awalan            pertengahan             akhiran
[aur]                  [maulana]               [pulau]
[aurat]               [saudara]                [relau]

18
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong  [ au ].





 Artikulasi fonem diftong [oi ]
Mula-mulanya, vokal belakang separuh sempit lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang bundar kepada
keadaan yang terhampar.
Sebagai contoh:

pertengahan             akhiran
[boikot]                      [kaloi]

19
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ oi]


GLOSARI

Fonemik 􀀐 Proses pengeluaran bunyi yang melibatkan bunyi bunyi bahasa ditahap mental dan masih belum dilahirkan.

Fonetik 􀀐 Suatu kajian mengenai bunyi yang bermakna yang manusia berupaya melahirkannya. Kajian ini melibatkan organ pertuturan, arus udara dan cara dan daerah pertuturan bunyi bahasa.

Fonologi 􀀐 Suatu kajian mengenai sistem atau struktur bunyi yang terdapat di dalam sesuatu bahasa. Fonologis mengkaji bunyi yang membawa makna dan sistem sistem yang terdapat di dalam bahasa tersebut.



SOALAN LATIHAN
1. Sila lukis gambarajah organ artikulasi dan namakan bahagian-bahagiannya.
2.  Jelaskan maksud pita suara dan fungsinya.
3.  Jelaskan maksud bunyi-bunyi vokal utama .
4. Huraikan maksud vokal sengau dan sertakan contohnya sekali.
5. Apakah diftong? Nyatakan jenisnya.
6.  Huraikan bagaimana konsonan letupan dihasilkan beserta contoh yang   
     bersesuaian.




















FONEM BAHASA MELAYU
Pada asasnya bahasa terdiri daripada beberapa unit. Ayat merupakan unit paling besar manakala fonem ialah unit paling kecil. Fonem merujuk kepada unit bahasa yang terkecil dan boleh dipenggal-penggalkan. Hal ini kesesuaian dengan sifat fonem yang memang boleh diasing-asingkan antara satu dengan yang lain. Sebagai contohnya, perkataan ‘pitam’ boleh dipenggalkan kepada lima unit penggalan yang lebih kecil atau lima fonem yang berasungan iaitu /p/, /u/, /l/, /a/ dan  /u/. Unit-unit terkecil ini tidak mempunyai makna jika diletakkan secara berasingan. Sebaliknya, jika salah satu daripada unit terkecil atau fonem itu digantikan dengan satu fonem yang lain, maka perkataan itu akan berubah. Misalnya, jika fonem /u/ pada perkataan ‘pulau’ tersebut digantikan dengan satu fonem yang lain akan menghasilkan perkataan /pulas/ , /pulai/ , dan /pulang/. Keadaan ini menunjukkan bahawa fonem mempunyai fungsi distingtif, iaitu fonem berperanan dalam membezakan dan mengubah makna perkataan.
            Maksud yang lain bagi fonem ialah unit penggalan bahasa yang terkecil yang boleh membawa perbezaan makna. Fonem juga boleh didefinisikan sebagai himpunan bunyi yang mempunyai lambing asas yang sama, yang berbeza hanyalah lambing-lambang diakritiknya. Tegasnya, fonem ialah unit pada tingkat bunyi yang distingtif, iaitu sifat bunyi yang mampu membezakan makna bagi sesuatu kata.
            Kedua-dua fonem vokal dan konsonan bahasa Melayu berperanan dalam membezakan makna. Konsonan dan vokal  menggambarkan huruf-huruf yang mempunyai bunyi yang saling berkaitan. Ahli fonologi berminat dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta simbol-simbol fonetik yang digunakan untuk menggambarkannya.  Huruf-huruf vokal dan konsonan digunakan  bagi melambangkan bunyinya tetapi suatu simbol yang jelas diwujudkan bagi menghilangkan kekaburan dan kekeliruan dalam penulisan dan percakapan.

Fonem Vokal
Terdapat enam vokal dalam bahasa Melayu standard, iaitu /a/ , /e/ , /i/ , /o/ , /u/ , dan /ә/ dan penyebarannya adalah seperti yang berikut:

Huruf

Fonem
Penggunaan Fonem Vokal


Awal
Tengah
Akhir
a
/a/
/awa?/
/aku/
/cakap/
/gagap/
/mana/
/pula/
e
/e/
/ena?/
/ekor/
/leher/
telen
/tauge/
/ole-ole/
i
/i/
/ikat/
/iman/
/pilih/
/gigih/
/tuli/
/tari/
o
/o/
/oleh/
/oraŋ/
/bohoŋ/
/toloŋ/
//pidato/
/solo/
u
/u/
/ubat/
/ular/
/bulat/
/pulut/
/sudu/
/palu/
e
 /ә/                                                                                                                       
/әmak/
/әmpat/
/pәnat/
/tәpat/
/nasionalismә/
/mekanismә/

Huruf ‘e’ digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu:
a)    fonem e pepet yang ditulis secara fonetik /ә /
b)    fonem e taling yang ditulis secara fonetik /e/
Penutur bahasa Melayu lazimnya dapat membezakan dua sebutan tersebut dan dapat menggunakannya dengan betul. Selain itu, /ә/ juga sering digunakan bagi menggantikan bunyi vocal bagi perkataan yang berakhir dengan huruf /a/.

Fonem Konsonan
Dalam bahasa Melayu, terdapat 18 fonem konsonan asli. Boleh dikatakan hampir setiap huruf Rumi mewakili satu sebutan fonem dan ini menjadi salah satu faktor bahasa Melayu itu mudah dipelajari, iaitu disebabkan sistem fonologinya yang juga mudah. Jadual yang berikut memperlihatkan fonem konsonan asli Melayu dan contoh penggunaannya dalam perkataan.
Huruf
Fonem
Penggunaan Fonem Konsonan


Awal
Tengah
Akhir
b
/b/
batuk
lambat
sebab
c
/č/
cantik
benci
Mac
d
/d/
datuk
ladang
abad
g
/g/
gagal
ligat
monolog
h
/h/
hapak
sahabat
telah
j
/ĵ/
jamu
sejuk
garaj
k
/k/
kilas
sakit
tapak
l
/l/
lama
Melayu
kebal
m
/m/
manis
taman
sekam
n
/n/
nanti
tanda
makin
ng
/ŋ/
nganga
tangkup
belang
ny

nyanyuk
senyap
-
p
/p/
panas
papan
kudup
r
/r/
rasa
arus
luhur
s
/s/
senak
ansur
deras
t
/t/
tamat
pantun
sukat
w
/w/
warisan
sawah
takraw
y
/j/
yuran
wayang
-
                                                                                                                                    
Konsonan Pinjaman
Terdapat lapan konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu. Konsonan ini berasal daripada bahasa Arab, bahasa Inggeris atau bahasa selain bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, penggunaan konsonan pinjaman ini telah sebati dengan penutur bahasa Melayu sehingga konsonan ini telah diiktiraf sebagai huruf konsonan Melayu juga. Berikut merupakan konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu dan contoh penggunaannya dalam perkataan.
Huruf
Fonem
Contoh Penggunaan
f
/f/
filem
v
/v/
variasi
th
/ө/
mithal (misal)
dh
/ð/
dharab (darab)
z
/z/
zaman
sy
/š/
mesyuarat
kh
/x/
khat
gh
/
ghaib
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            

PROSODI  DAN SUPRASEGMENTAL
Pengertian Prosodi dan Suprasegmental :
Definisi prosodi sangat luas, bergantung kepada cara ia berperanan dalam bahasa.    Dalam linguistik prosodi menjelaskan segala perkara yang berkaitan bentuk bunyi bahasa yang dapat didengar di telinga, iaitu yang tidak dapat dijelaskan melalui simbol tulisan.

Prosodi berfokus kapada ujaran, iaitu yang berkaitan dengan intonasi dan rima.
Prosodi turut melihat perubahan  kepada kepanjangan suku kata, kelantangan nada dan beberapa perkara yang berkaitan dengan struktur bunyi ujaran yang dilafazkan

Dalam  tulisan  tanda baca seperti tanda noktah, koma, noktah bertindih, koma bernoktah, tanda seru, tanda soal dan sebagainya untuk menandakan sesuatu supaya pembaca peka terhadap keperluan tertentu dalam teks yang dibaca. Dalam bahasa lisan pula kita menggunakan bunyi-bunyi tertentu pada kata, frasa, klausa dan ayat untuk mendapatkan perhatian pendengar.

Bunyi-bunyi ini bukan ciri-ciri ujaran peringkat individu, tetapi digunakan dalam wacana lisan secara keseluruhan.Bunyi-bunyi ini dinamakan suprasegmental atau bunyi bukan segmental.

Antara kesan bunyi-bunyi tersebut ialah tekanan,intonasi, tempo dan rima yang semuanya dikenali sebagai ciri-ciri prosodi.

Ciri-ciri prosodi bagi sesuatu unit ujaran seperti suku kata, kata, frasa, dan klausa lazimnya dipanggil ciri-ciri suprasegmental. Ini bermakna prosodi dan suprasegmental mempunyai ciri yang dikongsi bersama.

Sesetengah ahli bahasa menganggap kedua-duanya sama sahaja kerana berkaitan dengan aspek yang bukan segmental seperti fonetik dan fonologi

Ciri-ciri prosodi yang digunakan untuk menandakan ujaran adalah seperti berikut:

a)Tekanan
Tekanan merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan.

Tekanan digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud seperti hairan atau rasa marah atau sebagai desakan kepada pendengar.

Tekanan juga merupkan suatu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberi penekanan pada tempat tertentu, terutama pada suku kata dengan tujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan.

Lambang bagi tekanan ialah [ ‘ ]. Misalnya [bu’dak], [ker’tas], [me’ja] dan lain-lain.

Dalam bahasa Melayu tekanan tidak membezakan bunyi sebagaimana dalam bahasa Inggeris.

Tujuan tekanan adalah untuk:                                                                                                                                           i.  menyedapkan percakapan atau bacaan seperti dalam deklamasi sajak dan pengucapan dialog                                                                                                                                                                    ii.  menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian.

b) Intonasi dan nada
Intonasi merupakan keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa bercakap. Juga disebut sebagai variasai nada ketikabertutur

Dalam bahasa Melayu intonasi berperanan dalam menetukan jenis ayat yang diujarkan.
Ayat penyata/berita mempunyai intonasi menurun pada bahagian akhir ayat, sementara ayat tanya intonasinya meninggi pada akhir ayat.

Antara intonasi yang digunakan dalam ujaran ialah:

i.              Intonasi manaik – bermakna nada suara dinaikkan mengikut masa
ii.            Intonasi menurun – bermakna  nada suara diturunkan mengikut masa
iii.           Intonasi puncak – bermakna nada suara daripada naik kepada turun
iv.           Intonasi ‘dipping’ – bermakna nada suaara daripada turun kepada naik

Tingkat nada dalam intonasi ditandai oleh angka seperti berikut:

       Angka 1 – menunjukkan nada yang paling rendah
       Angka 2 – menunjukkannada permulaan ujaran
       Angka 3 – menunjukkan nada tekanan dalam ujaran
       Angka 4 – menunjukkan nada yang paling tinggi

Dalam bahasa Melayu nada tidak bersifat fonemik sebagaimana dalam bahasa Cina, sebagaimana contoh berikut:

        ma 1 -- bererti kuda
        ma 2 – bererti emak
        ma 3 – bererti jerami
        ma 4 – bererti marah

c)Tempo
Tempo merujuk kepada kadar cepat atau lambat sesuatu percakapan, untuk tujuan atau sebab-sebab yang tertentu. Ia berlaku kerana sesorang itu berhadapan dengan situasi yang menghendaki dia melafazkan ujaran sedemikian rupa.

Contohnya apabila sesorang membuat ulasan selari sesuatu pertandingan memerlukan penutur bercakap cepat dengan ujaran yang padat dalam tempoh yang singkat.

Dalam keadaan tertentu tempo memberi kesan kepada sesuatu makna, iaitu untuk memberi rangsangan dan mendapatkan perhatian.

d) Rima
Rima terhasil daripada penggunaan pola tekanan,tempo dan nada. Secara formal rima terdapat dalam bidang puisi dan muzik. Namun dalam pertuturan biasa juga ada rima, cuma kuarang diberi perhatian. Malah ahli bahasa mengatakan semua ujaran ada rima. Contohnya apabila ujaran itu diulang-ulang dengan menggunakan pola yang sama.

e) Mora
Mora juga disebut panjang pendek yang merujuk kepada kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya sama dengan ‘harakat’ dalam bahasa Arab.

Lambang bagi unsur ini ialah [:] dan disebut mora. Lambang [::] bermaksud dua mora, manakala lambang [.] bermaksud setengah mora.

Dalam bahasa Melayu mora kurang berperanan dan tidak membezakan makna sebagaimana dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

f) Jeda
Jeda disebut ‘persendian’. Unsur jeda digunakan untuk memisahakan elemen linguistik seperti kata, rangkai kata dan ayat.

Dalam ujaran atau pertuturan jeda berperanan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [=]. Sebagai contoh lihat ayat berikut:
 
i.              [= saya minum susu lembu =]
(Bermakna orang yang bercakap itu memberi tahu dia minum susu lembu)

ii.            [= saya minum susu = lembu]
(Bermakna  orang yang bercakap itu memberitahu orang yang dilawan bercakap, iaitu lembu bahawa dia minum susu) 

Lambang jeda untuk memisahkansuku kata atau perkataan ialah [+] . Dalam bahasa Melayu lambang ini berfungsi membezakan makna. Contohnya:

        Berikan:    ber + ikan (bermaksud mempunyai ikan)
                          beri + kan (bermaksud menyerahkan)    

 RUJUKAN
Norhashimah Jalaludin, 2007. Asas Fonetik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Bahasa Melayu 1, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

0 ulasan: