Isnin, 9 Julai 2012

5.3.2    Kaedah Membaca Sekolah Pedalaman
Sesunggguhnya bukan semua kanak-kanak pedalaman dapat menguasai kemahiran membaca dengan mudah. Terdapat juga ramai kanak-kanak yang tidak boleh membaca, yang susah membaca, tidak mahir membaca dan tidak suka membaca. Situasi inilah akan menyulitkan pengajaran guru. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak  pedalaman membaca antaranya ialah; kaedah pandang dan sebut, kaedah abjad dan kaedah fonik.
a.    Kaedah Abjad
·         Kaedah abjad merupakan satu kaedah yang telah lama diamalkan oleh kebanyakkan guru bahasa di sekola. Kaedah ini disebut juga sebagai kaedah huruf dan kaedah mengeja.
·         Mengikut kaedah ini murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf yang ada di dalam sistem ejaan bahasa Melayu, iaitu huruf-huruf kecil  a hingga f ,g hingga k,l hingga p, dan r hingga z.
·         Mengenal dan menghafal huruf kecil dan besar serta menghafal nama-namanya.
·         Setelah murid diperkenalkan huruf vokal asas a,i  dan u dan daripadanya dibentuk suku kata untuk membentuk perkataan, iaitu dengan menggabungkan huruf-huruf konsonan, misalnya:

                        ba  bi  bu 
                        ca  ci  cu 
                        da  di  du 
                        ha  hi  hu 
                        ja  ji  ju 
·         Daripada suku kata itu dibentuk perkataan mudah seperti baca, babu, cucu, dada, dahi, budi dan sebagainya.
·         Perkataan-perkataan dieja mengikut nama hurufnya dan kemudian disebut perkataannya.
·         Mengeja perkataan-perkataan itu, iaitu secara huruf satu demi satu, misalnya disebut;

b,a, t, u = batu,
b, a, b, u = babu,        
b, u, d, i = budi
atau secara suku kata, iaitu
                  cu, ci = cuci
                  ba, ca = baca
                  sa, ya = saya
·         Kebaikannya ialah, kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid diasaskan pada pengenalan huruf dan suku kata. Oleh kerana sistem ejaan bahasa Melayu bersifat fonemik, iaitu setiap huruf atau lambang mewakili satu bunyi yang tertentu dan keadaannya pula tetap, maka apabila murid-murid bertemu dengan apa jua suku kata (gabungan beberapa bunyi/ huruf), mereka akan dapat menyebutnya dengan sebutan yang betul.
·         Dengan demikian mereka akan boleh membaca apa sahaja perkataan atau ayat-ayat yang dihadapkan kepada mereka walaupun mereka tidak memahami makna perkataan-perkataan.
·         Apabila mereka sudah menguasai kemahiran ini dengan baik, masalah membaca tidak lagi.

b.    Kaedah Fonik
·         Murid-murid diperkenalkan dengan bunyi huruf bukan nama huruf.
·         Menggabungkannya bunyi huruf-huruf yang lain untuk membentuk suku kata dan perkataan.
·         Sebagai contoh, lambang “S” diperkenalkan dengan bunyinya “sss”, lambang “a” dengan bunyi “aaaa”, lambang “t” dengan bunyi “teeh”, lambang “b” dengan bunyi “beh” dan seterusnya.
·         Lambang-lambang itu tidak diperkenalkan bunyinya sahaja.
·         Bunyi-bunyi itu kemudiannya dicantumkan menjadi suku kata dan perkataan, misalnya “satu” (gabungan bunyi “sa” dan “tu”) “batu”, “susu” dan sebagainya.
·         Gambar-gambar disediakan juga bagi kaedah ini dengan padanan huruf.
·         Murid pada mulanya diajarkan dengan bunyi-bunyi yang tidak bermakna tetapi ia boleh menanamkan asas yang kukuh kepada kanak-kanak untuk mengenali bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf dalam sistem ejaan.
·         Kanak-kanak membunyikan sukukata yang diwakili oleh dua lambang bunyi seperti “ng”, “ny”, “kh”, “gh” dan “sy”.
·         Begitu juga dengan bunyi [ә] dan [e] yang di dalam tulisan, hanya dilambangkan oleh huruf “e”.
·         Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain, misalnya ba, tang, = batang.
·         Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan. Misalnya,

b (beh), a (ah) = ba
t (teh), u (uh) = tu
ba + tu = batu


Kebaikannya
·         Membaca dengan kaedah ini sesuai dengan bahasa Malaysia kerana suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.
·         Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu walaupun perkataan-perkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka.

c.    Kaedah Pandang Sebut
·         Dikenali sebagai kaedah “seluruh perkataan”.
·         Perkataan ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna dari pecahan tiap-tiap hurufnya.
·         Menjadi asas untuk mengajar murid-murid mula membaca.
·         Perkataan seiring dengan gambar.

Cara menggunakan Teknik Pandang dan sebut.
·         Murid-murid cuba mengenal keseluruhan lambang-lambang itu untuk membaca.
·         Mengenal beberapa puluh ‘lambang perkataan’ sebelum boleh membaca ayat-ayat.
·         Murid-murid diajar mengeja tiap-tiap perkataan.
·         Murid diajar mengenal huruf-huruf.

Cara pelaksanaan
·         Menyebut perkataan.
·         Mencerakinkan perkataan menjadi suku kata.
·         Membaca ayat.
·         Murid-murid disuruh menyebut perkataan-perkataan itu dengan mengenali gambarnya sekali.
·         Murid cuba mengenali lambang-lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan dan untuk boleh membaca sebuah ayat pendek,
·         Hanya setelah mereka boleh menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat, barulah mereka mengenali satu demi satu akan abjad-abjad yang membentuk perkataan-perkataan itu.
·         Kaedah ini timbul sebagai reaksi kepada kelemahan kaedah abjad, yang dianggap tidak bermakna kerana menekankan penghafalan huruf-huruf dan suku kata pada peringkat awal pembelajaran.
·         Kaedah ini dikatakan lebih bermakna kerana perkataan yang diperkenalkan itu secara tersendiri memang bermakna. Dengan kata lain, murid-murid memahami apa yang mereka baca dan ini dapat mengelakkan mereka daripada merasa bosan.
·         Walau bagaimanapun, kaedah ini ada juga kelemahannya.
·         Kemahiran mengenal lambang-lambang yang membentuk perkataan tidak muncul dengan cepat. Kanak-kanak membaca bukan berdasarkan lambang-lambang yang membentuk huruf tetapi berdasarkan gambar. Jadi, mereka sebenarnya menyebut nama gambar  (kerana mereka mengenali benda dalam gambar) bukan membaca apa yang tertulis mengenai gambar itu.

Kaedah ini mementingkan dua perkara:
·         Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar.
·         Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.

Prosesnya
·         Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya dan terus menyebut perkataan itu. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaedah ini disertakan dengan gambar.
·         Seterusnya kanak-kanak diminta mengecam ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, kanak-kanak diminta terus membaca.
·         Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.

Kelebihannya
·         Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu secara keseluruhan kepada bahagian kecil dan menarik minat murid-murid.
·         Kaedah ini dari awal mementingkan makna. Dengan itu kanak-kanak  dari mula mendapat latihan memaham apa yang dibaca oleh mereka.
·         Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mulanya.

d.    Kaedah Campuran
·         Kaedah campuran yang memberatkan cerakinan.
·         Kegiatan pramembaca adalah diperlukan pada peringkat awal.
·         Melibatkan pendengaran dan penglihatan.
·         Selepas kanak-kanak menguasai kecekapan asas ini, kanak-kanak akan didedahkan pada bahan bacaan, iaitu menguasai kecekapan yang mudah kepada mereka.
·         Selepas itu barulah bacaan mekanis.
·         Kaedah suku kata dan kaedah bunyi juga diperlukan sebagai sokongan bagi menguatkan pengecaman bunyi-bunyi huruf dan suku kata, serta bentuk-bentuknya.
·         Waktu membunyikan suku kata hanya bunyi huruf konsonan awal sahaja yang ditekankan dan seterusnya digabungkan dengan bunyi vokal yang mengikutinya, seterusnya hingga menjadi perkataan.
·         Dalam pengenalan huruf-huruf, penekanan adalah pada bunyi huruf itu, dan pengenalan kepada nama huruf dibuat secara tidak langsung, dan digalakkan selepas bunyinya dikuasai.
·         Tatacara pendekatan ini bolehlah dirajahkan seperti berikut:

 





Ciri-ciri
·         Bahan yang akan dibaca harus difahami dan sebutannya dibetulkan.
·         Seluruh perkataan didahulukan untuk mengaitkan lambang  dan konsep.
·         Pengecaman simbol huruf-huruf diberatkan melalui penggunaan kaedah suku kata dan kaedah huruf/ bunyi untuk pengecaman yang lebih teliti.
·         Bahan bacaan diperingkatkan mengikut senang susah.
·         Pemilihan perkataan dan benda-benda di sekeliling yang diketahui oleh murid.
·         Aktiviti pengukuhan yang mirip kepada bahan yang dibaca untuk setiap murid dijalankan.

Bahan
·         Daripada segi bahan bacaan, perlu mengikut prinsip daripada senang kepada susah.
·         Peraturan berikut adalah sesuai bagi menentukan prinsip pemilihan bahan bacaan itu.

1.1.  Dua suku kata terbuka bermula dengan vokal: i + bu
1.2.  Dua suku kata terbuka: ba + ju
1.3.  Dua suku kata
1.3.1.  Terbuka + tertutup: bu + lan
1.3.2.  Tertutup + terbuka: lam + pu
1.4.  Dua suku kata tertutup: sam + pah
1.5.  Tiga suku kata terbuka: ke + ru + si
1.6.  Dua suku kata:
1.6.1.  Terbuka yang menggunakan sy, ng, ny, gh, kh: nya + nyi
1.6.2.  Terbuka + tertutup: kha + mis
1.7.  Dua suku kata bermula dengan vokal:
1.7.1.  in + tan
1.7.2.  em + pat
1.7.3.  un + tung
1.8.  Suku kata campuran:
1.8.1.  ber + la + ri
1.8.2.  me + lu + kis
1.8.3.  mem + ba + ca
1.8.4.  me + nga + nga
1.8.5.  pe + rem + pu + an
1.9.  Dua vokal berganding termasuk diftong:
1.9.1.  Main, kain
1.9.2.  Laut, taat
1.9.3.  Buih, amboi

Pengelolaan
·         Tunjukkan gambar (baju) dan minta murid menamakan, kemudian berbual mengenainya dengan menyerapkan isi pengetahuan daripada mata pelajaran alam dan manusia.
·         Tunjukkan kad perkataan baju dan minta murid sebut perkataan itu.
·         Gandingkan kad perkataan baju pada gambar tadi, dan minta murid sebut perkataan tersebut.
·         Ketepikan kad gambar, minta murid menyebut (membaca) kad perkataan itu. Begitulah seterusnya dengan perkataan-perkataan lain.
·         Tanpa menggunakan gambar, guru tunjukkan kad-kad perkataan dan minta murid membacanya.
·         Tunjukkan kad-kad suku kata satu persatu bagi perkataan tadi.
·         Gandingkan suku kata ba + ju pada kad perkataan baju dan minta murid menyebutnya dengan meneliti persamaan perkataan itu.
·         Cantumkan dengan segera dan minta murid-murid membacanya. Tunjukkan semula kad perkataan baju dan minta murid-murid membacanya.
·         Pecahkan suku kata tadi pada huruf-huruf dengan menggunakan kad lain dan minta kelas membunyikan huruf-huruf itu –
a(a), b(beh), u(u), j(jeh)     =    ba(ba), ju(ju)      sebut    ( baju)
e.    Jenis-Jenis bacaan

i.      Bacaan Mekanis

Tujuan Bacaan Mekanis

Membolehkan membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul serta jelas. Selain itu, membolehkan murid membaca dengan irama bacaan yang betul. Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul. Seterusnya membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca mekanis/bersuara.

 

Cara Melaksanakan Bacaan Mekanis

·            Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid.
·            Bersoal jawap dan membantu murid-murid dengan perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.
·            Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid pula menyemak bacaan guru.
·            Guru membaca dan murid-murid mengikut.
·            Guru berbincang dan bersoal jawap dengan murid-murid tentang isi bacaan untuk  menguji kefahaman mambaca mereka (dilakukan secara lisan dan bertulis).
·            Guru membaca sebagai contoh dan murid mengikut.
·            Guru memandu murid membaca secara individu bergilir-gilir.
·            Bersoal jawab dan membantu murid- murid dengan perkataan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.
·            Guru memberi satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan dgn kebolehan dan umur murid.

ii.             Bacaan Mentalis

Tujuan Bacaan Senyap  adalah untuk melatih murid- murid supaya boleh membaca dengan sendiri . Selain itu untuk melatih murid- murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya dan melatih murid- murid membaca senyap dan pantas untuk mendapatkan pengetahuan.


Cara Melaksanakan Bacaan Senyap
·         Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman
·         Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan- bahan yang sedikit dan senang kepada bahan- bahan yang banyak dan susah
·         Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran diadakan guru membantu dan membimbing murid- murid yang lemah.
·         Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah.

5.3.4    Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu Sekolah Pedalaman
Pendidikan pemulihan perlu diambil perhatian serius oleh guru-guru di sekolah pedalaman. Keadaan ini adalah untuk mengelakkan bertambahnya bilangan murid-murid yang buta huruf apabila tamat persekolahan peringkat rendah. Keadaan ini akan membebankan guru-guru di sekolah menengah.  Pendidikan pemulihan ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid-murid sekolah pedalaman yang menghadapi masalah pembelajaran. Pemulihan peringkat pertama dijalankan dalam kelas biasa iaitu selepas kelemahan menguasai satu kemahiran berbahasa (focus utama/sampingan) dikesan melalui aktiviti penilaian. Sekiranya murid itu masih gagal dalam pemulihan yang dijalankan dalam kelas  biasa, mereka akan ditempatkan dalam bilik pemulihan khas  dan akan menjalankan  aktiviti pemulihan yang dirancang oleh guru pemulihan khas.
a.    Rasional pendidikan pemulihan di sekolah pedalaman.
·         Murid mempunyai pelbagai perbezaan
·         Guru mengajar menggunakan kaedah keseluruhan kelas
·         Murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran asas
·         Masalah pembelajaran diharap tidak berhimpun sehingga akhir persekolahan
·         Murid lemah memerlukan perhatian dan bimbingan
·         Program pemulihan harus disediakan bagi membantu menghadapi masalah pembelajaran

b.    Tujuan pemulihan
·         Membantu murid menghadapi masalah pembelajaran
·         Membantu murid menguasai kemahiran mengikut aktiviti
·         Layanan yang sesuai dengan kebolehan dan kognitif
·         Mengembangkan potensi dan minat murid
·         Peluang pendidikan yang sama dan aktiviti sosial yang baik
·         Menanam sikap positif serta keyakinan diri, berdikari
·         Meneruskan pembelajaran dalam persekolahan biasa.



c.    Pendidikan Pemulihan dalam KBSR
·         Dalam Buku Panduan Asas KBSR, guru disarankan merancang aktiviti P&P  berdasarkan kebolehan  dan perbezaan murid.
·         Murid-murid dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu cerdas, sederhana dan lemah.
·         Semasa kumpulan cerdas dan sederhana menjalankan pengayaan kumpulan lambat menjalankan aktiviti pemulihan dan akan dinilai semula
·         Murid yang berjaya dipulihkan akan diberi aktiviti/pelajaran seterusnya
·         Murid yang masih belum menguasai kemahiran itu akan ditempatkan dalam kelas pemulihan khas
·         Dalam rancangan KBSR, semua program pemulihan tertumpu kepada kemahiran asas iaitu lisan, membaca, menulis dan mengira.

Sumber Rujukan:

Juriah Long dan rakan-rakan,(1990),Perkaedahan Pengajaran bahasa Malaysia, Fajar Bakti
Sdn Bhd Petaling Jaya , Selangor.

Kamaruddin Hj Husin, (1986), Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa,
Selangor: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1997), Penguasaan Kemahiran
Menulis. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, Pengajian Melayu 2, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd, 1996.
Mok Song Sang,(1994), Asas Pedagogi 1 dalam Pengajaran Pembelajaran,Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Selangor.
Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam, (1987), Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, Fajar Bakti Sdn Bhd , Selangor.



0 ulasan: